CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14208|Reply: 8

'Penjara ghaib' Beting Beras Basah

[Copy link]
Post time 29-1-2010 02:41 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Hazirah Che Sab

Ariffin Mohd Dahlan berdiri di samping bendera di Beting Beras Basah, empat tahun lalu.



Lokasi wajib tabal Sultan di Sungai Perak ini turut dikenali lubuk misteri

KAWASAN Beting Beras Basah yang terletak di Bagan Datoh Perak, sememangnya sinonim dengan catatan sejarah kesultanan Perak sejak sekian lamanya. Namun, di sebalik kewujudannya sebagai lokasi wajib diziarahi Sultan baru, ada pelbagai catatan lain yang mengaitkannya sebagai lubuk misteri yang menggerunkan.

Ini termasuk kaitannya sebagai tempat penunggu, tempat makhluk ghaib ‘dipenjara’, selain kewujudan lubuk pusar ketika air pasang.

Menyingkap kewujudannya, penyelidik dan pengkaji sejarah, Ariffin Mohd Dahlan atau Pak Engku mendakwa semuanya bermula pada 1528 apabila pembesar Perak mengadap Sultan Mahmud Shah, pemerintah terakhir Melaka yang bersemayam di Kampar, Sumatera, ketika itu.

Permintaan mereka ialah supaya salah seorang putera baginda dijadikan pemerintah Perak yang tidak mempunyai Sultan. Permintaan itu diperkenankan dan Raja Muzaffar dititah menjadi pemerintah Perak pertama.

“Bagaimanapun Raja Muzaffar lari ke Pagar Ruyong ketika itu kerana merajuk apabila adindanya dilantik Sultan Johor, sedangkan beliau anak sulung. Rombongan diraja itu belayar membawa bersama alat kebesaran diraja Melaka seperti nobat, nafiri, pedang Chura Simanjakini, cop mohor halilintar dan beberapa alat lain.

“Rombongan diiringi Megat Terawis. Mereka singgah di Siak, kemudian ke Klang dan seterusnya ke kuala Sungai Perak dengan pelayaran dikemudi Nakhoda Tumi. Bagaimanapun, bahtera Raja Muzaffar dilanda ribut taufan dan ombak besar ketika melalui kawasan lubuk pusar di Beting Beras Basah. Bahtera baginda tidak boleh bergerak sehingga terpaksa membuang segala peralatan kecuali alat kebesaran diraja,” katanya pada majlis sembang sejarah Kesultanan Perak, baru-baru ini.

Pak Engku berkata, jin yang menjaga lubuk pusar itu, Datuk Maharaja Siraja Jin, meminta baginda membuang mahkota yang dipakai ke laut.

“Arahan itu dituruti Raja Muzaffar. Selepas itu barulah ribut taufan reda dan bahtera boleh belayar. Sejak itu, Perak tidak memakai gelaran Tengku Mahkota memandangkan mahkotanya sudah dibuang sebaliknya diganti dengan gelaran Raja Muda.

“Selepas Raja Muzaffar berseru ‘Selikit Tanah Minangkabau, Selengkung Pulau Perca, Dilingkung Ular Saktimuna, Sebenarnya Aku Menjadi Raja, Jauhkan Segala Malapetaka, Perpisahan Aku Di Selat Melaka” barulah bahtera baginda dapat bergerak ke tepi tebing dan disambut rakyat negeri Perak yang diketuai Tun Saban. Baginda kemudian dibawa mudik ke hulu dan ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama di Tanah Abang,” katanya.
Kajian Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Abdullah Jumain Abu Samah, pula menyebut Raja Muzaffar terpaksa menyelam ke dasar laut selama tujuh hari tujuh malam untuk mengadakan perjanjian dengan makhluk ghaib yang menjaga kawasan berkenaan.

Bagi Pak Engku, lokasi Beting Beras Basah di kuala Sungai Perak dan menghala ke selat Melaka itu juga kaya dengan pelbagai misteri tersendiri.

“Kawasan beting ialah kawasan lubuk pusar yang kadang-kadang timbul dan tenggelam apabila air pasang. Keadaan pasirnya keras dan putih, seluas padang bola seperti beras basah. Ia tempat pertabalan Sultan Perak sejak Sultan Muzaffar Shah I, Sultan Perak pertama pada 1528 hingga sekarang. Setiap Sultan yang bakal menduduki takhta Perak dimestikan menziarahi Beting Beras Basah dan menjejakkan kaki di atas beting pasir,” katanya.

Beliau berkata, kawasan lubuk pusar itu dikenali sebagai Tasik Pawa Janggi dan menurut cerita rakyat Perak, ia tempat yang digeruni kerana banyak perkara misteri berlaku. Di dasar tasik itu dikatakan mempunyai kerajaan yang diperintah tujuh jin.

Kawasan berkenaan dikatakan menjadi tempat pawang memenjarakan makhluk ghaib yang jahat sejak dulu sehingga sekarang.

“Ia juga dikatakan ‘pusat’ makhluk ghaib seluruh dunia, termasuk Islam serta perkampungan orang bunian,” katanya yang turut berharap catatan sejarah itu mendapat perhatian dan pengiktirafan Persatuan Sejarah Malaysia dan bahannya dapat dibukukan untuk tatapan serta rujukan pencinta sejarah tanah air,” katanya.

Malah, Pak Engku sendiri tidak terkecuali mengalami pengalaman pelik sepanjang mengenali Beting Beras Basah.

“Saya bermimpi seseorang berpakaian ihram, duduk di atas sejadah mengarahkan supaya saya ke Beting Beras Basah. Saya ingat tarikh pertama kali ke sana iaitu 5 Januari 1976. Pada jam 6.30 pagi saya bertolak dari jeti Sepani Kampung Kayan, Bagan Datoh menyusuri Sungai Perak sehingga tiba di Beting Tepi, tempat pertabalan Sultan Perak pada jam 7.00 pagi.

“Saya turun ke laut mengambil segenggam tanah dan kemudian menuju ke muara Sungai Perak di kawasan lubuk pusar Beting Beras Basah iaitu beting tengah,” katanya.

Selama hampir 15 minit, bot yang dinaikinya mengelilingi lubuk pusar itu sementara menanti beting berkenaan muncul.

“Tiba-tiba saya ternampak kain berwarna-warni muncul dari lubuk pusar itu. Apabila air semakin surut, beting timbul dan saya dapati ada bendera tujuh warna terikat di tujuh batang tiang setinggi kira-kira 4.5 meter.

“Kain berkenaan berwarna putih, hijau, kuning, biru, merah, hitam dan ungu. Kain dengan warna bendera negeri perak berada pada tiga tiang tengah, dua lagi tiang dengan kain pelbagai warna itu di kiri dan kanan tiang bendera perak, manakala kain putih membentuk tiga segi di hujung kiri dan kanan,” katanya.

Beliau mendakwa warna berkenaan mewakili setiap satu jin yang memerintah kerajaan bawah laut. Pada jam 7.20 pagi berkenaan, Pak Engku meminta pawang yang mengiringinya membacakan tahlil dan doa arwah di situ. Selesai majlis beliau terus menuju ke kolam air pusar membawa kain tujuh warna yang dibawa untuk diikat pada tiang bendera negeri Perak.

“Pada awalnya ia tiada masalah tetapi sebaik menghampiri kawasan pusar itu, saya tidak boleh melangkah seolah-olah ada sesuatu yang menghalang.

“Saya cuba merempuh tetapi gagal dan akhirnya saya berseru ‘Aku adalah keturunan Panglima Hitam daripada Raja yang berdaulat. Mudahkan segala pekerjaanku.’ Selepas itu barulah kain tujuh warna berkenaan dapat diikat pada tiang bendera berkenaan. Saya juga sempat berdoa sebelum keluar.

“Selepas keluar dari kolam itu untuk mengambil wuduk, saya lihat ke arah laut dari luar kolam dan nampak seperti mata manusia tetapi cuma sebelah memerhatikan saya. Saya tidak berkata apa-apa kerana sudah dipesan, jika ternampak sesuatu di situ jangan ditegur,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2010 03:01 PM | Show all posts
dah ada weeehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2010 03:08 PM | Show all posts
cuma nak tahu dan bertanya....
kenapa kene seru ckp mcm tuh siap sebut keturunan..kenapa tak minta berdoa kepada Allah sahaja permudahkan pekerjaan?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2010 03:49 PM | Show all posts
Tuhan masih sayangkan kita. Walaupun kita seru
yang bukan padaNya, Dia tetap permudahkan apa
yang kita hajatkan.....Tidakkah kita sedar akan
kekuasaan Allah?


Yseven...

http://www.buatduit68.co.cc
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2010 03:50 PM | Show all posts
Tuhan masih sayangkan kita. Walaupun kita seru
yang bukan padaNya, Dia tetap permudahkan apa
yang kita hajatkan.....Tidakkah kita sedar akan
kekuasaan Allah?


Yseven...

http://www.buatduit68.co.cc
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2010 04:12 PM | Show all posts
5# yseven

wajar lah mintak apa2 dgn Allah..

pendapat aku, masa tu kepercayaan kepada perkara2 spt ini kan menebal..akibat dari pengaruh
hindu. so, bila adat & kepercayaan datok nenek moyang, so sampai skrg terus2an menjadi
tradisi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2010 10:57 AM | Show all posts
yelahkan, kenapa nak sebut/seru keturunan segala??
kenapa tak minta kat Allah swt..
bukankah tiada yg lbh berkuasa melainkan Allah swt??
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2010 10:49 PM | Show all posts
Post Last Edit by sya_sugar_sugar at 30-1-2010 22:56

ni aku amik dari blog Merah Silu (ada kaiatan dgn future phenomenon)

CREDITS: Mr. Rashid @ Merah Silu




Ini adalah gambar kawasan misteri yang dikenali sebagai Beting Beras Basah iaitu betul-betul di bahagian selatan kuala Sungai Perak. Nampak tak kawasan seperti kelabu hitam terbentang memanjang di bahagian belakang gambar?




Ini pula potongan dari gambar yang sama, dibesarkan untuk menunjukkan bendera Perak yang terpacak pada satu bahagian Beting Beras Basah. Untuk pengetahuan ia menandakan tempat terakhir yang perlu dijejaki seseorang Sultan Perak dalam proses pertabalan, sebagai mengingati tempat kapal Sultan Muzaffar Shah, Sultan pertama Perak tersangkut ketika mahu masuk ke Perak sekitar tahun 1528.



ni ada gambar satelit dari Google Earth yang ditambah tanda untukmelihat di manakah kedudukan sebenar Beting Beras Basah dari pekanBagan Datoh. Jarak antara keduanya adalah sekitar 6 km gitu. Lihatdalam bulatan besar. Boleh kelihatan kan beting kelabu hitam menjulurkeluar ke laut? Itulah dia Beting Beras Basah.


***DI QUOTE BULAT2 DARI BLOG MERAH SILU.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2010 09:55 AM | Show all posts
Owhh ic,.!~
TQ for info TT
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.115743 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list