View: 41197|Reply: 68
|
penjenayah dan tangkal kebal
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by AsSaMbOi at 26-2-2010 12:16
Beberapa kumpulan penjenayah warga Indonesia yang ditembak mati selama ini dikesan menggunakan tangkal kononnya membolehkan mereka tidak cedera walaupun ditembak bertalu-talu anggota polis.
Malah,ada antara penjenayah warga asing ini sanggup mengamal petua jijik memakan daging mayat manusia dan menyetubuhi mayat bagi membolehkan mereka dianugerahkan ilmu hitam itu sebelum berani bermaharajalela melakukan rompakan di negara ini.
Terbaru, seorang anggota Geng Ah Boy yang ditembak polis selepas cuba menyerang anggota polis dengan parang menimbulkan tanda tanya berikutan masih gagah dan mampu melawan walaupun selepas ditembak tiga kali di kepala dan tubuh.
Suspek hanya menghembuskan nafas terakhir apabila tapak kakinya tidak lagi menyentuh tanah yang dianggap sebagai pantang larang ilmu sesat yang dituntut sebelum ini.
Sumber berkata, siasatan polis sebelum ini turut mendapati kebanyakan warga asing membawa atau memakai pelbagai tangkal atau kertas mentera yang diyakini membolehkan mereka kebal.
“Difahamkan ilmu kebal yang dipelajari itu menyebabkan‘tuan punya’ tubuh tidak luka walaupun dirempuh motosikal atau kereta.Pengamal ilmu berkenaan seolah-olah mempunyai kulit diperbuat daripada keluli dan urat dawai menyebabkan hanya baju atau seluar saja yang terkoyak.
“Ada antara penuntut ilmu kebal dari daerah Jambi,Indonesia, pada mulanya menuntut ilmu ini untuk tujuan keselamatan diri dan keluarga, namun akhirnya menyeleweng dengan menggunakannya sebagai modal melakukan jenayah,” katanya.
Menurutnya, ada antara pengamal ilmu kebal ini belajar ilmu terbabit semata-mata untukmelindungi diri daripada terkena ilmu pukau, santau, racun sihir atau mengesan bahaya dari jauh.
“Malah jika diamalkan dengan betul mengikut landas agama, pengamal mampu memperoleh kekuatan ilmu dalaman,ilmu pernafasan, ilmu marifat dan pelbagai ilmu lain yang dalam digunakan untuk kebaikan,” katanya.
Beliau berkata, ilmu kebal berlandaskan ajaran sesat itu turut boleh menyebabkan rakan penjenayah yang disentuh atau dipegang turut sama menjadi kebal dan tidak dapat dicederakan dengan sebarang senjata.
“Malah dalam kebanyakan kes, ada yang percaya peluru yang ditembak ke arah mereka langsung tidak menyentuh tubuh sebaliknya berhenti beberapa sentimeter sebelumj atuh ke bumi.
“Pemakaian tangkal dan amalan ilmu kebal untuk tujuan jahat ini dianggap satu daripada cabaran getir yang perlu dihadapi anggota polis dalam menumpaskan penjenayah. Bagaimanapun,polis mempunyai ‘kaedah’ tersendiri untuk menangani suspek sebegini.
“Polis kini perlu lebih berhati-hati selain turut mengamalkan beberapa petua berlandaskan ayat al-Quran dalam memastikan penjenayah kebal ini dapatditewaskan,” katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
depa nie dtg malaysia bwk mcm2 ilmu hah...untuk kebaikan xpe jugak...nie kejahatan menggangu keaman negara org jek..:@ |
|
|
|
|
|
|
|
diowng nk jd kaye cepat kot....
sne duit murah,sini duit mahal,hhehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Huiyoooooooooooooooooooooooooooooooooooooo
mcam fantastik 4 plakssssssssss
dasatt owhh dornggg,. tu laa kasik lagikkkkkk share lgik malaysia ni ngn warge luar,. melmpao lmpaooo |
|
|
|
|
|
|
|
zaman camni pun ade lagi pakai ilmu ni.. baik la pakai armor kevlar dan sewaktu dengannye... |
|
|
|
|
|
|
|
Yang datang keja jadi maid pun ada ajek bawak ilmu hitam sekali. |
|
|
|
|
|
|
|
ishhh...brg2 tu smua bawak g merompak ker... |
|
|
|
|
|
|
|
diorang ni xtakot ke balasan tuhan? hum.. datang negra orang tapi buat dajal kt sni |
|
|
|
|
|
|
|
sekebal2 manusia, akhirnya mati ditembak jua...... |
|
|
|
|
|
|
|
Masyarakat Indonesia di sesetengah tempat mmg penuh dgn Ilmu mistik ni..samp[ailah sekarang....di Malaysia ( masa nama masih tanah melayu ) kan ramai jugak pengamal2 ilmu mistik ni....termasuklah ilmu kebal...
Botak Chin tu dulu pun kalau x silap aku menuntut ilmu kebal jugak kan...
Tp sekebal manapun...kecundang jua akhirnya... |
|
|
|
|
|
|
|
yup!
botak chin,betong kali,mona fendi dan mat komando sume pakai ilmu hitam siot...
ni sume penjenayah dikehendaki polis...
penjenayah lagenda di malaysia la..... |
|
|
|
|
|
|
|
huh...patutla 'hebat' semacam jerk...
ade ilmu kebal rupanya..kiranya mase dorang wat jenayah tu ..khadam dorang tolong skali la ek... |
|
|
|
|
|
|
|
penah seorang polis pencen cite pengalaman die kat aku,penah skali dalam kejadian tembak menembak dgn penjenayah,tiada 1 butir peluru pun berjaya tembusi tubuh penjenayah tu.memang kebal la!dengan x semena2 seorang anak buah die melaungkan azan!bru la penjenyah tu tumpas dengan peluru menembusi!die cakap penjenayah kebal banyak pakai jin,setan sebagai pendiding!bile orang tembak makhluk tu yg lindungi body die!..dh lame aku x jumpe ngn pak cik tue. |
|
|
|
|
|
|
|
dia pakai badn jin...... |
|
|
|
|
|
|
|
"Suspek hanya menghembuskan nafas terakhir apabila tapak kakinya tidak lagi menyentuh tanah yang dianggap sebagai pantang larang ilmu sesat yang dituntut sebelum ini."
xfhmlah ayat ni, ada sesiapa boleh terangkan x? |
|
|
|
|
|
|
|
15# funkyolliey
setiap ilmu ada pantang larang yg slalunya akn jadi titik kelemahan dia..
so nak kalahkan kene tau apa pantang dia..
in this case, ilmu kebal dia batal kalau kakinya x jejak tanah..
so, bila kene tembak masa tu dia leh mati sbb peluru leh tembus.. |
|
|
|
|
|
|
|
15# funkyolliey
setiap ilmu ada pantang larang yg slalunya akn jadi titik kelemahan dia..
so nak kalahkan kene tau apa pantang dia..
in this case, ilmu kebal dia batal kalau kakinya x jejak tan ...
halimi78 Post at 27-2-2010 22:12
maksudnye sebagai contoh la,dia dlm kereta(kaki xjejak tanah)
mcm tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
dorg ni sume dtg negara kita dah berisi..even bibik2 tu pun
lepas tu bile kne tangkap and kne tahan kt depoh,sume bende yg dibawak tu dorg tinggal kt situ jek..dah officer kt depoh tu kne handle kesrasuk pulak:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Satu lagi penjenayah yang pakai tangkal kebal ialah ........ Ismail Kerbau.
Polis terpaksa gari dia sampai 6 gari. |
|
|
|
|
|
|
|
Satu lagi penjenayah yang pakai tangkal kebal ialah ........ Ismail Kerbau.
Polis terpaksa gari dia sampai 6 gari.
DARSITA Post at 28-2-2010 16:38
ceter laa lebey lanjot nakk tao jugakk pasala ismail kerbao ni,,...maaseh idop kah lagikk atao da mati |
|
|
|
|
|
|
| |
|