Sempena hari kelahiran baginda rasul tok guru kita semua pada esok hari,
pada 12 rabi'ul awal, bersamaan dengan 19.10.21, sila share info tentang selawat, sunnah dan sirah Nabi.
setahu aku asal usul maulid Nabi bermula ketika zaman salahuddin al-ayubi,
di mana ketika itu sedang sengit dengan Perang Salib.
maulid di adakan pada masa tu untuk mengingatkan tentang sirah Nabi,
dan menaikkan semangat jihad.
Khilafah Uthmaniyah meneruskan tradisi Maulid Nabi hingga sampai lah ke Nusantara.
nanti kalau jumpa balik sejarah Maulid Nabi tu akan aku share di sini.
PERHATIAN:
lobai wahabi yang anti Maulid Nabi, dan anti zikir/selawat,
sila blah dari sini
Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang sesuai dengan dalil-dalil yang sahih adalah:
[]
Allahumma Solli ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad
(Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.)
Dari hadis An-Nasae’i: 1292, sahih.
Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperoleh syafaatku pada hari kiamat.” (Riwayat Tabrani)
Allahumma Shalli wa Sallim ’Ala Sayyidina wa Maulana Muhammadin ’adada ma fî ’ilmillahi Shalatan daimatan bi dawami Mulkillahi
Artinya : "Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada junjungan kami, Nabi Muhammad S.A.W sebanyak bilangan yang ada dalam pengetahuan Allah, dengan limpahan rahmat yang abadi, selama keabadian kerajaan Allah".
*Sekali membaca selawat as-Sa'adah ini bersamaan 600,000 kali bersalawat seperti mana dijelaskan oleh Imam Dardiri dan Syed Ahmad Dahlan.
*Dikatakan juga oleh banyak aulia' bahawa jika kita membaca selawat ini sekali, kedudukannya setara dengan seolah-olah kita telah membaca salawat 600,000 kali dan jika kita membacanya 70x setiap hari, kita akan dibebaskan dari api neraka.
Selawat ini seperti yang pernah disebutkan oleh Tuan Guru Syeikh Zainul Asri hafizhahullahu Ta’ala. Selawat ini hanya memerlukan masa tidak sampai 20 minit sahaja untuk melengkapkan sebanyak 1000 kali.
Lafaz selawatnya ialah,
صلى الله على سيدنا محمد
Selawat Nabi Khidir ini juga merupakan selawat yang disyorkan oleh Tuan Guru Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki hafizhahullahu Ta’ala.
Selawat Jibril
Perbezaan antara selawat ini dengan selawat Nabi Khidir hanyalah pada lafaz “Sayyidina” (سيدنا). Selawat Jibril tidak mengandungi lafaz “Sayyidina” seperti berikut,
صلى الله على محمد
Selawat ini telah disebutkan kepada kami oleh Guru Mulia Ustaz Suhaimi hafizhahullahu Ta’ala, ketika beliau berkongsikan 4 rahsia mengenai Selawat Burdah di Masjid Nabawi, Madinah Al-Munawwarah. Beliau telah berpesan bahawa untuk beramal dengan selawat ini sekurang-kurangnya sebanyak 500 kali selepas solat Isyak.