CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1628|Reply: 6

'Jangan terpedaya skim pelaburan tipu guna nama, tagline saya'

[Copy link]
Post time 16-12-2021 11:31 AM | Show all posts |Read mode
'Jangan terpedaya skim pelaburan tipu guna nama, tagline saya'               Disember 16, 2021 @ 10:50am            


Dr Nazri Khan bersama rakan Vega Hermosa Sdn Bhd menunjukkan bukti dan laporan polis pada sidang media di Berjaya Hotel Times Square, semalam.


Kuala Lumpur: Pakar pengurusan dan pelaburan kewangan yang terkenal dengan tagline 'Tak Hensem Tak Apa, Janji Kaya' menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada ketika ingin membuat pelaburan bagi mengelak menjadi mangsa aktiviti skim penipuan pelaburan tidak wujud.
Datuk Dr Nazri Khan yang lebih dikenali sebagai DDNK, turut menjadi mangsa aktiviti penyalahgunaan namanya oleh pihak tertentu terutama scammer yang menggunakan akaun palsu menerusi laman media sosial seperti Facebook, aplikasi Whatsapp dan laman web tertentu serta panggilan telefon.
Beliau berkata, terdapat aduan daripada orang ramai yang menjadi mangsa penipuan oleh scammer, individu dan agensi tertentu yang menyalahgunakan nama, poster dan video dirinya dan syarikat Vega Hermosa International Sdn Bhd.
"Mereka ini menggunakan tagline saya 'Tak Hensem Tak Apa, Janji Kaya' dan petikan kata-kata motivasi saya sebagai modus operasi penipuan mereka hingga menyebabkan mangsa kehilangan ribuan ringgit dan ada yang kehilangan puluhan ribu ringgit.
Disyorkan Untuk Anda







"Setakat ini pihak saya dan Vega Hermosa sudahpun membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta lebih 20 laporan polis kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK)," katanya pada sidang media khas di sini, semalam.
Katanya, jumlah kerugian yang dialami setiap mangsa penipuan yang menggunakan nama DDNK dianggarkan adalah antara RM20,000 hingga RM100,000.
"Vega Hermosa mempunyai senarai individu dan agensi tertentu yang menyalahgunakan namanya untuk menipu orang ramai membuat pelaburan dan dianggarkan lebih 100 entiti yang menggunakan namanya menerusi laman media sosial.
"Sebelum ini SKMM pernah mengambil tindakan menutup laman web syarikat pelaburan berkenaan namun aktiviti penipuan pelaburan menggunakan nama DDNK ini akan kembali dengan menggunakan laman web atau akaun Facebook yang baharu sehingga," katanya.
Nazri memberitahu aktiviti penipuan menggunakan nama dan syarikatnya semakin ketara sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Fasa ke-3 mula dilaksanakan awal tahun ini.
"Sebelum pandemik COVID-19 melanda negara kita, memang ada dua atau tiga aktiviti pelaburan yang menggunakan nama saya namun selepas PKP 3, ianya tumbuh bagaikan cendawan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang ingin mengambil kesempatan terhadap golongan B40, golongan Bumiputera serta makcik pakcik yang tinggal di luar bandar yang mudah tertarik dengan tawaran istimewa membuat pelaburan.
"Kebanyakan mangsa penipuan ini dihubungi pihak tertentu yang kononnya menyamar sebagai diri saya DDNK atau sebagai pegawai kanan saya yang menawarkan perkhidmatan pelaburan dan pengurusan kewangan yang menjanjikan pulangan tidak munasabah.
"Jangan terpedaya dengan helah mendapat keuntungan 100 peratus dalam jangka masa pendek seperti melabur RM1,000 dan akan memperoleh RM100,000 dalam masa tiga hari," katanya.
Dia juga mengingatkan orang ramai supaya menyemak sijil pendaftaran setiap syarikat pelaburan dan pengurusan kewangan melalui laman rasmi Suruhanjaya Sekuriti sebelum membuat sebarang pelaburan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.
Katanya, segala maklumat berhubung pengurusan dan pelaburan kewangan secara rasmi mengenai syarikatnya boleh didapati di akaun Facebook Dato Dr. Nazri Khan dan mendaftar di www.menangsaham.com

  



  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2021 12:10 PM | Show all posts
TT x komen ke??
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 05:30 PM | Show all posts
Mengantuk tengok dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia berlakon cite apa...
Jimbit ah
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tergelak tgk nama tt
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Choii TT ni paste artikel sekali dengan link joyah repah launch merve cosmetics pun ada

Mujur takde link

*pendakwah menumbuk sambal*
*Retis muda bermain bersama burung*

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2021 12:06 AM | Show all posts
Tagline bodoh.
Tp sesuai la dgn muke ko.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.376639 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list