View: 1661|Reply: 2
|
MINI The Coopers Edition 2022 di M’sia
[Copy link]
|
|
Varian Coopers Edition bagi MINI Cooper S 5 Door yang diperkenalkan baru-baru ini turut dipamerkan di PACE 2022 dibawakan oleh Auto Bavaria. Jika ingin mendekati kereta ini, anda boleh berkunjung ke Pusat Persidangan Setia City, berakhir Ahad 20 Mac.
Ini kami bawakan galeri penuh Coopers Edition, yang dijual pada harga RM274,495.05 atas jalan tidak termasuk insuran. Ini sudah mengambil kira pengecualian cukao SST (50% untuk model CBU ini) dan termasuk jaminan dua-tahun, tanpa had perbatuan. Jika ingin lanjutkan tempoh berkenaan kepada empat tahun, jaminan tanpa had perbatuan dengan servis berjadual percuma, harganya akan menjadi RM283,255.05.
Sudut mekanikalnnya sama seperti Cooper S 5 Door, dengan enjin B48 2.0 liter turbocas empat-silinder yang menghasilkan 192 PS (189 hp) dan 280 Nm tork. Transmisi pula menggunakan jenis klac berkembar tujuh-kelajuan yang menghantar kuasa ke roda depan, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 6.8 saat dan laju maksimum 235 km/h.
Yang menjadikan edisi ini berbeza adalah kemasan hitam berkilat pada label sisi, dengan tulisan The Coopers dan tandatangan John Cooper, pereka kereta lumba legenda. Selain itu, jalur putih pada bonet juga berbeza berbanding model biasa Cooper S 5 Door, manakala bumbung pula menerima warn biru. Rim menggunakan saiz 18-inci Pulse Spoke dwi-tona.
Di dalam, lebih banyak tempat diberikan tulisan “The Coopers” berdekatan kluster instrumen serta pada pelapik pintu. Tulisan klasik “Cooper” juga diletakkan pada roda stereng, serta pada sisi kabin sebelah penumpang.
Selebihnya, versi Coopers Edition ini menggunakan kelangkapan yang sama dengan Cooper S 5 Door. Ciri standard yang ada termasuklah panel instrumen digital lima-inci, sistem infotainmen dengan skrin sentuh 8.8-inci Radio MINI Visual Boost (dengan Apple CarPlay), kawalan pendingin dwi-zon, balutan kulit hitam, permukaan petak Silver Chequered, stereng balutan kulit Nappa, Comfort Access, lampu LED, Light Package dan Ambient Light.
Sistem bantuan pemandu juga sama, termasuk ciri Driving Assistant dengan amaran penukaran lorong (dalam kelajuan 70 km/j hingga 210 km/j), bantuan kepekaan pemandu, bantuan parkir, bantuan pemanduan dengan amaran mendekat serta AEB, DSC, kawalan cengkaman, enam beg udara dan kamera belakang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lawa...pernah bawak adiknye...steady.... |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah memiliki Cooper S Countryman. Memang best. |
|
|
|
|
|
|
| |
|