CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1557|Reply: 1

Betul Ke Dakwaan Tiada Ayat Mengatakan Al-Quran Perlu Dibaca Dalam Bahasa Arab, Hanya Faham Maksudnya?

[Copy link]
Post time 26-3-2022 09:43 AM | Show all posts |Read mode
Betul Ke Dakwaan Tiada Ayat Mengatakan Al-Quran Perlu Dibaca Dalam Bahasa Arab, Hanya Faham Maksudnya?



Kita biasa membaca Al-Quran dalam bahasa Arab. Sejak kecil lagi, kita dituntut untuk memastikan Al-Quran dibaca dengan tepat dan pada masa yang sama cuba maksud ayat-ayat yang dibaca.

Namun, ada sesetengah pihak mendakwa tiada ayat yang mengatakan al-Quran perlu di baca dalam bahasa Arab dan yang penting hanya kefahamannya sahaja. Jelas sekali perkara ini mengelirukan orang ramai.

Justeru itu, pihak Mufti Wilayah Persekutuan telah berkongsi pandangan dan penjelasan lanjut tentang perkara ini untuk membantu orang ramai agar tidak terkeliru dengan dakwaan tersebut. Tambah pula, bulan Ramadan semakin menghampiri dan umat Islam digalak memperbanyakkan ibadah seperti membaca Al-Quran. Jadi kita tidak mahu dakwaan-dakwaan ini tidak dijawab dan mematahkan semangat mereka yang ingin membacanya pula.

Jom ikuti penjelasan di bawah. Semoga ia bermanfaat kepada semua.

Soalan:

Assalamualaikum Datuk Mufti, ustaz dan ustazah. Saya ada terbaca satu kenyataan berkenaan tiada ayat yang menyatakan keperluan untuk membaca al-quran dalam Bahasa Arab dan cukup sekadar memahami sahaja. Kenyataan tersebut turut didatangi dengan dalil dari Surah Ibrahim ayat ke-4. Mohon penjelasan Datuk berkenaan perkara ini. Terima Kasih.



Ringkasan Jawapan:

Secara ringkasnya, tidak boleh membaca al-Quran dengan bahasa lain selain bahasa Arab. Hal ini kerana, al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab dan mendapat pahala apabila dibaca dalam bahasa berkenaan walaupun tidak memahami maknanya. Adapun merujuk terjemahan adalah untuk memahami maksud ayat yang dibaca dan tidak mendapat pahala dari segi bacaan atau tilawah jika sekadar membaca terjemahan tersebut, serta tidak sah solat jika membaca terjemahan ayat al-Quran.

Huraian Jawapan:

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat serta mereka yang mengikut jejak langkah baginda hingga hari akhirat.

Terlebih dahulu perlu difahami definisi al-Quran yang mana ia merupakan kalamullah yang diturunkan kepada Rasulullah SAW dalam sebagai petunjuk dan panduan kepada umat Islam. Berdasarkan persoalan yang diutarakan, perlu difahami terlebih dahulu maksud ayat dari surah Ibrahim:

وَمَا أَرْسَلْنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا بِلِسَانِ قَوْمِهِ لِيُبَيِّنَ لَهُمْ ۖ فَيُضِلُّ اللَّهُ مَن يَشَاءُ وَيَهْدِي مَن يَشَاءُ ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ ‎﴿٤﴾‏

Maksudnya: “Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki oleh-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki oleh-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

(Surah Ibrahim: 4)

Berdasarkan ayat berikut, diutuskan para rasul mengikut jenis dan bahasa sesebuah kaum adalah sebagai penerang dan penyampai kepada kaum tersebut. Ibnu Kathir telah menafsirkan lagi ayat berikut di dalam karyanya bahawa ia adalah salah satu dari rahmat dan kasih sayang Allah SWT dengan mengutuskan seseorang rasul mengikut bangsa dan kaumnya supaya dapat memberi kefahaman dari apa yang ingin disampaikan oleh-Nya. [1]

Oleh sebab itu, turunnya wahyu Allah SWT dalam bahasa arab kerana Rasulullah SAW lahir dari masyarakat Arab dan berperanan sebagai pemberi kefahaman kepada masyarakat tersebut. Sesungguhnya Allah SWT juga telah menyatakan tujuan penurunan al-Quran dalam bahasa arab sebagai penerang dan penjelas di dalam firmannya:

كِتَابٌ فُصِّلَتْ آيَاتُهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لِّقَوْمٍ يَعْلَمُونَ ‎﴿٣﴾

Maksudnya: “Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu: iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya”.

(Surah Fussilat: 3)

Berdasarkan ayat di atas, al-Quran yang diturunkan mempunyai fungsinya dalam memberi penerangan kepada pembacanya. Ibn Kathir telah menafsirkan ayat tersebut bahawa al-Quran itu berperanan dalam menjelaskan makna dan hukum-hukum bagi sesuatu ayat.[2]

(Rujuk Tafsir al Quran al ‘Azim: 7/161)

Oleh itu, di dalam isu ini membaca al-Quran hendaklah dibaca dalam bahasa Arab kerana al-Quran diturun dalam bahasa tersebut. Imam Nawawi ada menyatakan hukum membaca al-Quran selain dari bahasa Arab sama ada seseorang itu mahir atau kurang mahir di dalam bahasa berkenaan meskipun diluar solat adalah tidak harus. [3]

(Rujuk Al-Majmuk Syarh al-Muhazzab: 3/379)

Meskipun begitu, tidak menjadi satu masalah bagi mereka yang ingin membaca terjemahan al-Quran untuk memahami maksud bagi sesuatu ayat. Namun membaca terjemahan tidak seperti membaca al-Quran kerana terjemahan tidak dianggap sebagai mushaf. Bahkan membaca al-Quran dalam bahasa arab juga perlu menitik beratkan beberapa aspek seperti hukum tajwid, waqaf dan sifat bagi sesuatu huruf supaya terpelihara maknanya. Sesungguhnya perkara ini telah dinyatakan oleh Allah SWT dalam firmanNya:

وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا

Maksudnya: “Dan bacalah Al-Quran dengan Tartil.”

(Surah al-Muzammil: 4)

Menurut Imam al-Mawardi tentang membaca al-Quran secara tartil ialah membaca al-Quran mengikut susunan dan turutan tanpa mengubah lafaz serta tidak mendahulukan ayat yang akhir pada yang awal. [4] Dengan kata lain, membaca al-Quran secara tertib dan mengikut hukum tajwid di dalam al-Quran.[5]

(Rujuk Tafsir Al-Mawardi: h892)

Oleh sebab itu, menjadi ibadat kepada mereka yang membaca al-Quran yang mana orang yang membacanya akan diberi ganjaran bagi setiap satu huruf dengan sepuluh ganjaran kebaikan.[6] Hal ini juga sama seperti mana dalam hadis riwayat Abdullah bin Mas’ud:

من قرأ حرفا من كتاب الله تعالى فله حسنة والحسنة بعشر أمثالها لا أقول ألم حرف ولكن ألف حرف ولام حرف وميم حرف

Maksudnya: “Sesiapa yang membaca satu huruf dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan, dan setiap kebaikan itu dengan sepuluh ganjaran yang seumpama dengannya, aku tidak mengatakan (الم) itu satu perkataan akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.” [7]

(Sunan Tirmidhi: 2910)

Kesimpulan:

Dari sudut hukum tidak boleh membaca al-Quran dengan bahasa lain selain bahasa Arab. Hal ini kerana al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab dan mendapat pahala apabila dibaca dalam bahasa Arab walaupun tidak memahami maknanya. Adapun merujuk terjemahan adalah sekadar untuk memahami maksud ayat yang dibaca dan tidak mendapat pahala dari segi bacaan atau tilawah jika sekadar membaca terjemahan tersebut. Bahkan tidak sah solat sekiranya membaca terjemahan di dalam ibadat tersebut.

Wallahu A’lam.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2022 07:35 AM | Show all posts
Salam TT

Kalu ikut sunnah nabi s.a.w. Al-Quran wajib disampaikan dlm bahasa kebangsaan. Betul ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.077564 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list