CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 341|Reply: 2

[Dunia] India sambung semula penerbangan antarabangsa

[Copy link]
Post time 29-3-2022 08:38 AM | Show all posts |Read mode

BEBERAPA pesawat diparkir di Lapangan Terbang Antarabangsa Netaji Subhash Chandra Bose, Kolkata pada 25 Julai 2020 ketika penerbangan antarabangsa dihentikan akibat pandemik. – AFP

India sambung semula penerbangan antarabangsa

NEW DELHI – Direktorat Penerbangan Awam India menyatakan bahawa negara itu menyambung semula penerbangan antarabangsanya bermula semalam selepas menghentikan  operasi selama dua tahun, lapor laman berita Wion News.

India menghentikan penerbangan antarabangsa sejak Mac 2020 disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, penerbangan antarabangsa negara itu  kini beroperasi semula pada kapasiti 100 peratus, demikian menurut Kementerian Penerbangan India.

“Disebabkan kes #Covid-19  mencatatkan penurunan dan susulan kejayaan program vaksinasi, @MoCA_GoI (kerajaan) membuat keputusan untuk menyambung semula operasi udara antarabangsa,” kata Pihak Berkuasa Lapangan Terbang India dalam satu hantaran di laman Twitter.

Menurut arahan tersebut, syarikat penerbangan asing berjadual dilaporkan telah memohon kebenaran bagi jadual antarabangsa mereka.

Jadual Musim Panas 2022 pula dijangka berkuatkuasa bermula 27 Mac hingga 29 Oktober tahun ini.

Sebanyak 60 syarikat penerbangan luar dari 40 buah negara termasuk Mauritius, Malaysia, Thailand, Turki, Amerika Syarikat dan Iraq dilaporkan telah mendapat kebenaran untuk mengendalikan 1,783 kekerapan penerbangan ke/dari India ketika Jadual Musim Panas 2022.

Selain itu, beberapa syarikat penerbangan baharu termasuk Salam Air, Air Arabia, Qantas dan American Airline dijadual memulakan operasi di India. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2022/03 ... angan-antarabangsa/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2022 05:31 PM | Show all posts
Negara lain pun dah mula rancak semula tak kan nak ketinggalan
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Calcutta, taxi taxi taxi eh

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.041485 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list