CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1247|Reply: 19

[Tempatan] Pengeluar makanan tarik balik sekatan terhadap minyak sawit

[Copy link]
Post time 29-3-2022 08:40 AM | Show all posts |Read mode
Pengeluar makanan tarik balik sekatan terhadap minyak sawit

Pasaraya Iceland terpaksa ‘langgar sumpah’ tak guna minyak sawit pada 2018 kerana kekurangan mendadak minyak bunga matahari berikutan perang Russia-Ukraine. - Foto hiasan NSTP


KUALA LUMPUR: Kekurangan bekalan minyak bunga matahari secara tiba-tiba telah memaksa pengeluar makanan untuk menarik balik sekatan terhadap minyak sawit dan kembali kepada minyak sayuran ini bagi bahan makanan mereka.

Pasaraya Iceland pada 2018 berjanji untuk mengeluarkan minyak sawit daripada semua makanan jenamanya sendiri, membuat pemulihan kepada tanaman yang menarik ini.

Pasar raya itu telah mengharamkan minyak sawit daripada makanan jenamanya sendiri dalam usaha menentang penebangan hutan tropika.

Pengarah Urusan Iceland, Richard Walker dilaporkan menyatakan penyesalannya kerana terpaksa mengingkari ikrarnya untuk mengeluarkan minyak sawit daripada semua barangan jenamanya sendiri.

"Satu-satunya alternatif untuk menggunakan minyak sawit dalam keadaan semasa adalah dengan membersihkan peti sejuk dan rak kami daripada pelbagai jenis makanan ruji termasuk produk kentang.

"Langkah itu adalah 'langkah terakhir dan langkah sementara yang ketat' dan kami hanya akan menggunakan minyak sawit mampan yang diperakui sebagai ramuan," katanya dalam laporan akhbar, United Kingdom Daily Telegraph.

"Iceland akhirnya sedar dengan hakikat bahawa ia tidak boleh meletakkan produk makanan di rak runcitnya tanpa minyak sawit sebagai ramuan," kata seorang veteran 50 tahun dalam industri agrokomoditi, MR Chandran kepada BERNAMA.

Walker telah menugaskan Greenpeace untuk menghasilkan video 'Rang Tan' (video yang memburukkan minyak sawit) pada November, tahun 2018 untuk meningkatkan jualan Krismas Iceland.

The Daily Telegraph juga melaporkan bahawa pengilang makanan UK telah memberi amaran bahawa bekalan komoditi itu mungkin kehabisan dalam beberapa minggu kerana hasil tanaman itu terperangkap di Ukraine dan Rusia.

Ukraine dan Rusia menyumbang hampir 70 peratus daripada minyak bunga matahari dunia.

Minyak sawit menyumbang 32 peratus daripada pengeluaran minyak dan lemak dunia diikuti minyak kacang soya sebanyak 25 peratus dan minyak lain sebanyak 24 peratus.

Minyak rapeseed dan minyak bunga matahari masing-masing menyumbang sebanyak 11 peratus dan lapan peratus.

Sementara itu, ditanya sama ada Malaysia mempunyai kapasiti untuk menampung permintaan yang semakin meningkat, Chandran berkata: "Ya, Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) yang diperakui masih lagi sekitar 75 peratus.

"Ini bermakna terdapat minyak sawit mampan yang diperakui mencukupi di pasaran untuk diperoleh Iceland. Bagaimanapun, mereka perlu membayar premium yang tinggi," katanya.

Beliau berkata Malaysia hanya menggunakan antara 10 hingga 12 peratus daripada pengeluaran minyak sawitnya dan selebihnya dieksport.

Secara berasingan, Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) berkata harga minyak sawit telah meningkat secara berterusan sejak suku ketiga 2021 disebabkan pengeluaran yang lebih rendah daripada jangkaan di Malaysia dan Indonesia.

Ketua Pegawai Eksekutif, Wan Aishah Wan Hamid berkata konflik antara Rusia dan Ukraine telah mengakibatkan lonjakan permintaan untuk minyak sawit kerana ia adalah yang paling banyak didapati.

"Hasilnya, harga minyak sawit meningkat sebanyak 21 peratus kepada AS$1,990 setan metrik (US$1=RM4.21) pada 2 Mac 2022 daripada AS$1,640 setan metrik yang didaftarkan pada 25 Feb 2022," katanya dalam kenyataannya ketika pembentangan semasa Seminar Internet Minyak Sawit (Pointers), hari ini. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berit ... rhadap-minyak-sawit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2022 02:06 PM | Show all posts
Bila dah dilanda kekurangan mulalah semuanya boleh jadi cepat2lah ambil peluang
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 02:11 PM | Show all posts
naik lagi ke harga sawit pasni
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 02:18 PM | Show all posts
poyo2 je sekat konon
ingat bekalan alternatif byk sgt
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 02:24 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 29-3-2022 06:06 AM
Bila dah dilanda kekurangan mulalah semuanya boleh jadi cepat2lah ambil peluang

actually minyak kelapa sawit dengan minyak bunga matahari ni apa bezanya ?yang dok gi kedai mamak tengok mamak masak goreng macam2 tu minyak mana ?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 02:26 PM | Show all posts
Tiba2 concern pasal alam sekitar padahal negara diorg dah banyak menjahanamkan hutan sendiri. Ada hati utk concern kononnn....prfffghhh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2022 02:50 PM | Show all posts
gigahertz replied at 29-3-2022 02:24 PM
actually minyak kelapa sawit dengan minyak bunga matahari ni apa bezanya ?yang dok gi kedai mamak  ...

Quality berbeza harga pun turut berbeza.  Minyak sawit masuk peti ais boleh beku minyak bunga matahari tidak.  Sebab murah kebanyakan peniga pastinya akan memilih menggunakan mintak kelapa sawit.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 05:30 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 29-3-2022 02:50 PM
Quality berbeza harga pun turut berbeza.  Minyak sawit masuk peti ais boleh beku minyak bunga mata ...

sembang la minyak matahari masuk peti ais tak beku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2022 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Mata Hari tersenyum sinis

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 29-3-2022 02:50 PM
Quality berbeza harga pun turut berbeza.  Minyak sawit masuk peti ais boleh beku minyak bunga mata ...

Eh betulka? I mmg guna sunflower oil dan kdg2 rapeseed oil...beku ja minyak tu dlm fridge. Yg tak beku honey aja
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergi simpan minyak masak dalam peti sejuk nak buat apa?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergilah masuk dalam ketuhar pasti lemak perut cair spt margarine masuk kuali
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Terpaksa la pakai juga khens. Bila terdesak semua boleh, lupa habis nk selamatkan alam kononnya  lupa habis konon tanaman kelapa sawit kurangkan hutan, bunuh hewan, tula manusia. Tiada yg terpenting selain survival sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 10:18 PM | Show all posts
ninja boy replied at 29-3-2022 07:46 PM
Pergilah masuk dalam ketuhar pasti lemak perut cair spt margarine masuk kuali

ni dah mcm citer Hansel and Gretel... nenek kebayan kena tolak masuk ke dalam ketuhar..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 10:21 PM | Show all posts
gigahertz replied at 29-3-2022 02:24 PM
actually minyak kelapa sawit dengan minyak bunga matahari ni apa bezanya ?yang dok gi kedai mamak  ...

dolu2 western countries dok buyuk2kan minyak kelapa sawit sbb kelapa sawit ni byk ditanam kat negara dunia ketiga, termasuk mesia. so deme habaq la kajian deme yg minyak sawit ni tak baguih la, voley sebabkan sakit la, etc.. atuk pernah ulas psl ni dolu2. padahal, omputih ni tanak duit disalurkan ke negara2 dunia ketiga jahh..

siapa sangka disebabkan perang russia-ukraine deme dah terpaksa guna minyak sawit.. giteww..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 29-3-2022 10:21 PM
dolu2 western countries dok buyuk2kan minyak kelapa sawit sbb kelapa sawit ni byk ditanam kat nega ...

Trimas abe puting
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2022 10:43 PM | Show all posts

matahari ni laki ka pompan berloceng?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 29-3-2022 10:43 PM
matahari ni laki ka pompan berloceng?

Of course lah perempuan, sexpionage tersenyum sinis

Sumber: Netflix Spycraft episod 3 "Sexpionage" https://www.netflix.com/my-en/title/81014547?preventIntent=true

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa meols merayap kat Spain, mana2 makanan siap iklan TV semuanya 'sans palma'. Benci betul diorg dengan minyak kelapa sawit. Meols kalau tumis2, memang pakai sunflower oil, minyak dia tak sebeku macam minyak sawit. Minyak sawit guna utk goreng2. La ni tak mampu dah pakai sunflower oil, naik dekat 30% sejak January. Gilo.....
Jaga2 uols, silap2 nanti kita akan macam indonesia pulak, minyak naik gila2. Jiwa prepper meols memang akan stock up minyak kalau ada offer.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 11:07 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 29-3-2022 10:56 PM
Of course lah perempuan, sexpionage tersenyum sinis

Sumber: Netflix Spycraft episod 3 "Sexpiona ...

gigihnya tgk netflix
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.052641 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list