CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 962|Reply: 12

[Tempatan] PAS beri amaran pada usaha penukaran agama anak Loh

[Copy link]
Post time 29-3-2022 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by mojarean_X at 29-3-2022 03:27 PM


Sebelum ini Loh Siew Hong, yang juga ibu tunggal mendapat hak penjagaan tiga anaknya yang masih bawah umur daripada pihak berkuasa agama Perlis, memohon pengisytiharan bahawa bekas suaminya tidak layak secara sah untuk mengislamkan mereka.

PETALING JAYA: PAS memberi amaran kepada mana-mana pihak yang berhasrat untuk menukar agama anak seorang ibu tunggal, Loh Siew Hong.

Ketua Penerangannya, Khairil Nizam Khirudin berkata, umat Islam di negara ini juga akan bersatu demi menyelamatkan akidah anak tersebut yang telah memeluk Islam.

“PAS pada hari ini ingin memberikan amaran tegas bahawa jangan ada mana-mana pihak yang ingin atau berhasrat menukar agama anak-anak ini. Umat Islam di negara ini akan bersatu demi keselamatan aqidah mereka,” katanya dalam kenyataan.


Katanya, keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum ini untuk menyerahkan tiga anak itu kepada Loh hanyalah melibatkan hak penjagaan dan tidak menyentuh isu agama apatah lagi memerintahkan atau membenarkan anak-anak tersebut meninggalkan agama Islam.

“Keislaman mereka adalah atas dasar kefahaman, kesedaran dan kerelaan mereka sebagai manusia yang merdeka hasil daripada pengajian serta pendidikan Islam yang mereka lalui,” katanya

Beliau juga menyeru semua ahli politik, para cendekiawan, mufti, pendakwah, NGO serta seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam supaya bersatu dan senada dalam isu keselamatan aqidah anak-anak wanita itu.

Sebelum ini Loh yang juga ibu tunggal yang mendapat hak penjagaan tiga anaknya yang masih bawah umur daripada pihak berkuasa agama Perlis bulan lalu, memohon pengisytiharan bahawa bekas suaminya tidak layak secara sah untuk mengislamkan mereka.

Loh turut memohon pengisytiharan bahawa peruntukan dalam enakmen negeri Perlis yang membenarkan ibu bapa menukar agama anak bawah umur secara unilateral adalah tidak berperlembagaan.

Wanita itu juga mahu pengisytiharan bahawa anak perempuan kembarnya berusia 13, dan anak lelaki berusia 10 tahun adalah beragama Hindu.

Pada 21 Feb, hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan habeas corpus Loh untuk mendapatkan semula hak penjagaan tiga anaknya daripada pendakwah, Nazirah Nanthakumari Abdullah.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2022 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam victim pula.  Kau jaga je lah haruan makan anak yg ramai kat sana tu dgn kut ketum dadih bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 03:37 PM | Show all posts
Born muslim pun ko tak mampooo nak selamatkan akidah tak merogol, mendadih, membohjan bohsia....
Ni pulak nak api2kan supaya huru hara mcm kes natrah zaman dulu2 tu..

Awat tak sibukkan akidah si bapak yg Islam kan anak2 ni?
Masuk Islam tapi memalukan Islam mendadih, masuk penjara, anak2 pun terbiar sampai dikutip jabatan kebajikan..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 04:21 PM | Show all posts
sarahmirza replied at 29-3-2022 03:37 PM
Born muslim pun ko tak mampooo nak selamatkan akidah tak merogol, mendadih, membohjan bohsia....
Ni  ...

ko hindu ka?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 04:25 PM | Show all posts
tanda2 pas dah nak hilang kuasa,jawatan sbb tu gigih nak buat huru-hara balik mcm time jadi pembangkang dulu..

selama 24bulan pas jadi kjaan rumput padang merbok tumbuh subur menghijau sbb takde walaun turun buat demo memporak perandakan negara.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya tu pengganas sudah memberi amaran.

Nanti negara Malaysia jadi seperti Pakistan ataupun Afghanistan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2022 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 29-3-2022 12:41 AM

Berharap kepada si ibu buatkan yang terbaik untuk anak anak tu.
Pergi buat report polis di atas kes ugutan dan polis ambil tindakan di atas kes ugutan!
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 05:13 PM | Show all posts
tiada paksaan dalam beragama... so PAS ni ikut kitab mana pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2022 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih x faham isu kah PAS ni?

Kalau btol nk dan ikhlas nk jaga akidah,  ugutlah kerajaan pinda artikel dlm perlembagaan yg mengurabgkan kuasa mahkamah syariah dan meletakkan Perlembagaan sbg yg tertinggi.....

Bagi kata dua kat PM, pinda atau kamibtekan butang,  kalau btol PAS nk jaga akidah...

Bkn dok melalak bagi amaran tanpa selesaikan kekusutan di peringkat akar....

Yg dok buat riuh kat ranting agar nmpk berjuang lantang demi agama,  sedangkan akat berselirat dan bersimpul x terungkai....

Cowstool lah penubggang agama
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia semakin hari semakin hampir ke arah negara Taliban
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ommmmnm namae Shiva The Destroyer Narayana Narayana Udit Narayan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 05:33 PM | Show all posts
Barulah nak bersuara
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 08:52 PM | Show all posts

Muslim dan tak pernah sokong PAS...
Tak payah letak siggy ala2 muslim terpaling...
Tak perlu persoal apa agama orang lain...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.047307 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list