CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5481|Reply: 86

[Tempatan] Program wakaf naskhah al-Quran dibimbangi ada unsur ‘bisnes agama’

[Copy link]
Post time 31-3-2022 11:47 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 31-3-2022 11:47 AM

Program wakaf naskhah al-Quran dibimbangi ada unsur ‘bisnes agama’
By MALAYSIA DATELINE / March 30, 2022




Menjelang Ramadan, program wakaf naskhah al-Quran dilihat semakin meriah. Namun, dibimbangi program itu sekadar topeng melindungi ‘bisnes agama’.

Ikuti pendapat Ustaz Zolkharnain Abidin berkenaan isu ini:

Maafkan saya sekiranya saya curiga dengan program wakaf naskhah al-Quran yang dibuat oleh pelbagai pihak seperti yang melintas di dinding FB setiap hari.


Semakin hampir Ramadhan, semakin meriah pula promosi program itu dengan pelbagai tawaran sampingan seperti pewakaf diberi hadiah dan sebagainya.

Ada penganjur wakaf yang meletak nilai wakaf senaskhah al-Quran sebanyak RM350 untuk satu nama.

Sebahagian penganjur yang lain menawarkan nilai wakaf mengikut bilangan pewakaf yang ditetapkan untuk setiap naskhah al-Quran.

Misalnya, satu nama RM20 dan setiap naskhah ditetapkan 20 nama. Maknanya, senaskhah al-Quran itu bernilai RM400

Untuk menzahirkan “kelebihan” program wakaf ini yang diharap mendapat pahala berlipat ganda, nama pewakaf akan ditampal di dalam naskhah al-Quran berkaitan.

Kadang-kadang tercatat nama pewakaf sendiri atau nama pihak yang diniatkan misalnya ibu bapa yang sudah meninggal dunia atau sebagainya.

Kemudian, diuar-uarkan naskhah al-Quran wakaf tadi disumbang kepada sekolah tahfiz atau kelas-kelas pengajian al-Quran.

Sebenarnya, saya tercium bau bisnes naskhah al-Quran atas nama wakaf. Atau dalam istilah lain, menjual jenama wakaf untuk buat duit atas angin melalui naskhah al-Quran.

Misalnya, jika harga sebenar naskhah al-Quran di pasaran ialah RM150 – setakat yang saya tahu, versi dalam harga ini pun sudah cukup cantik dan berkualiti – jika kadar wakafnya ialah RM350 senaskhah, maka penganjur mendapat hasil lebihan sebanyak RM200

Bayangkan jika kutipan wakaf mencapai 1,000 naskhah, maknanya sudah terkumpul hasil lebihan sebanyak RM200,000. Banyak tu!

Dengan sentimen al-Quran, wakaf, bulan Ramadhan bulan kebajikan, saya fikir, projek wakaf ini bukan beroleh 1,000 naskhah, mungkin jumlahnya berlipat kali ganda.

Saya sedang berfikir:

i. Betulkah setiap naskhah al-Quran yang diuar-uarkan wakaf itu berharga sehingga ratusan ringgit?

iii. Jika tidak diambil kadar tertentu atas wakaf tadi, dari sumber manakah pengurusan wakaf naskhah al-Quran beroleh dana untuk menguruskan wakaf?

ii. Luluskah dari sudut syarak duit yang diterima atas nama wakaf diambil kadar tertentu oleh pihak pengurusan wakaf tadi?
iv. Adakah masyarakat Islam (dan bukan Islam) dalam negara ini terlalu memerlukan naskhah al-Quran sehingga projek sebegini perlu dibuat?

v. Apa perlunya disumbang wakaf al-Quran itu kepada pusat tahfiz kerana biasanya anak-anak tahfiz sudah ada naskhah al-Quran peribadi masing-masing?

Saya tidak menuduh program ini dengan sebarang tuduhan negatif, cuma saya fikir orang Islam perlu peka dengan hal-hal sebegini supaya mereka tidak terlibat dengan sebarang unsur “bisnes agama” atau “bisnes produk agama”.

Kepada orang Islam pula, usah mudah terpesona dengan program berjenama agama seperti wakaf, tahfiz, masjid, surau dan seumpamanya kerana sudah acap kali jenama itu diambil kesempatan oleh golongan yang tidak jujur.

Pada hemat saya, jika kita mahu mewakaf secara tunai (wakaf tunai) lebih menenangkan hati diserah kepada institusi agama yang tersusun pengurusan dan diaudit.

Atau, berilah wang kita itu kepada sanak-saudara kita sendiri yang fakir, kepada jiran kiri kanan rumah, anak-anak yatim, fakir yang terlantar secara terus, berbanding memberi kepada pihak-pihak tadi, sama ada atas nama wakaf atau apa sahaja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2022 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Beli je alquran letak je kat masjid. Tak pun hantar je sendiri ke sekolah2
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat Malaysia ni letak je nama agama, mana tak untung. Tapi ingat, Allah tu maha mengetahui.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 11:56 AM | Show all posts
baru tahu ke ustaz?..kat Msia ni biz jual agama la yg plg masyukk sbb tu ummah berlumba2 buat ngo,bukak tahfiz,palestin kehulu kehilir mintak derma atas nama agama
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 12:01 PM | Show all posts
Akak tidak pandai nak berikan duit pada orang2 yang suka bisnes manipulasi ini
apabila akak offer untuk mengajar guitar kepada anak anak itu, pengetuanya tidak mahu pula...
mahu sumbar ugama dan duit saja
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 12:02 PM | Show all posts
Akak tidak pandai nak berikan duit pada orang2 yang suka bisnes manipulasi ini
apabila akak offer untuk mengajar guitar kepada anak anak itu, pengetuanya tidak mahu pula...
mahu sumbar ugama dan duit saja
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2022 12:24 PM | Show all posts
Edited by JamilBinAbu at 31-3-2022 03:14 PM

Ada scammers terulung guna modus operandi wakaf al-quran ni suatu ketika dulu. Pakai niqab. Lepas kantoi, yang sorang tu dah hilang terus -  sakit kononnya. Sorang lagi dah tukar profession jadik mental illness advocate, bukak niqab dah, rambut mengerbang... dua-dua ada title "dr.", obviously title pun menipu. gigih guna nama acah-acah cina mualaf

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Nih konsep sama je mcm jd ibu kutu tu. kutu beli baranh letrik.
Harga barang tu kalau beli cash jauh lagi murah berbanding beli melalui kutu. Sbb mak kutu nak bhgn upah dia gak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2022 12:53 PM | Show all posts
Pak Menakan seorang pulis .. sejak zaman dahulu kala memang takkan beri sedekah pada mana2 individu kaa group kaa yg kununn demi ugama tanpa permit pulis kaa jabatan ugama ka apa kaa..

Zaman berzaman depa dok tipu ataih nama ugama.. cuma laa ni makin rancak termasok "pengamal perubatan Isle" .. zaman2 dulu mana ada gelaran tu.. zaman laa ni muncul dek kerna bomoh yang tukaq imej jadi " perubatan Isle" .. baca ayat al quran sikit, ayaq/kismis jampi ke hulu ke hilir, scan ke luar ke dalam.. teruih ummah Isle low class terkesima sambil berkata.. inilah kehebatan ugama Isle dalam menentang jin2 yang durjana ...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Jah kobis kan baru nk menceburi bidang ni pulak..semoga jah kobis sekeluarga bertukar jadi kobis
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kirim wakaf alquran melalui mereka yg menunaikan umrah dan haji. Senaskah 50 riyal.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 02:10 PM | Show all posts
Mary_jane replied at 31-3-2022 11:56 AM
Kat Malaysia ni letak je nama agama, mana tak untung. Tapi ingat, Allah tu maha mengetahui.

Sma mcm prangai polis2 aurat, prangai gedik xpe aslkn brtudung.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 02:11 PM | Show all posts
krustykrab replied at 31-3-2022 12:59 PM
Jah kobis kan baru nk menceburi bidang ni pulak..semoga jah kobis sekeluarga bertukar jadi kobis

Pstu lpas dh d potong, simpan dlm container icecream yg Mamatini pkai utk simpan ikan hahahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni pasal jah buat program waqaf tu ke? Hehe...habislah jah...buat malu jer waqaf sampai RM200 senaskah. Semua benda nak diterpaling kan.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Sila take note ye Jahudi!!! Sah2 menjual agama. Skrg ni xpayah wakaf2 la quran ni. Quran ckup sgt malah berlebih2. Yg diperlukan quran braille utk org buta. Stop la trend wakaf2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
tikusmontok replied at 31-3-2022 01:07 PM
Kirim wakaf alquran melalui mereka yg menunaikan umrah dan haji. Senaskah 50 riyal.

Sory i noob nk tanya, klau dkt malaysia ni pon terlebih2 stok quran, apatah lg dkt mekah madinah kan? Apa keperluan nk wakaf quran dkt sana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2022 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Benak mana benak
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 31-3-2022 02:34 PM
Sila take note ye Jahudi!!! Sah2 menjual agama. Skrg ni xpayah wakaf2 la quran ni. Quran ckup sgt ma ...

Lamberttt sis. Ntah2 slot dah penuh. Hihi.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
gideoncross replied at 31-3-2022 02:10 PM
Sma mcm prangai polis2 aurat, prangai gedik xpe aslkn brtudung.

Mungkin bertambah suci lepas jadi polis aurat. Jaga kepala masing2 sudey.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 03:12 PM | Show all posts
JamilBinAbu replied at 31-3-2022 12:24 PM
Ada scammers terulung guna modus operandi wakaf al-quran ni suatu ketika dulu. Pakai niqab. Lepas ka ...

siapa dua orang ni? bagi klue sikit

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.162000 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list