Resah gara-gara permohonan ikat jamin ditolak, penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas dakwaan mengedar dadah cuba mengemukakan rayuan secara peribadi.
Ketika berada di kandang orang kena tuduh (OKT), Yasin, 47, secara tiba-tiba menyatakan kebimbangannya tentang masalah kesihatan yang dialaminya kepada Majistret Zhafran Rahim Hamzah.
Sambil memegang sekeping kertas putih, Yasin bersuara kepada mahkamah.
"Saya ada ubat yang diberikan, tapi khuatir bila-bila masa kesihatan terjejas.
"Saya risau crack dan gila seperti berlaku tiga kali sebelum ini," katanya pada Khamis.
Situasi itu berlaku selepas pihak pendakwaan dan pembelaan selesai mengemukakan hujah masing-masing.
Sejurus selepas Yasin bersuara, peguam belanya Yusmadi Yusoff sekali lagi mengulangi hujahnya sebelum itu tentang masalah kesihatan dan rawatan yang perlu diberikan kepada anak guamnya.
Sementara itu ketika ditemui di luar mahkamah, Yusmadi memaklumkan bahawa Yasin menghidap bipolar tahap kronik sehingga boleh menjejaskan kesihatan dirinya.
"Dia melalui proses perubatan sejak tahun 2009 termasuk pernah dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
"Namun dia tak bercerita dekat orang fasal tahap kesihatannya. Itu yang bagus fasal dia.
"roses perubatan itu berterusan sampai sekarang termasuk di hospital lain. Hak rawatannya perlu dipastikan. Dia kena dapat rawatan segera," katanya kepada mStar.
Ujar Yusmadi, sejak Yasin ditahan reman dia tidak mendapat sebarang rawatan perubatan berhubung penyakit yang dihidapinya itu.
17 pasu pokok ganja ditemui di kediaman Yasin.
"engalaman dilaluinya kini (ditahan reman) tak sewajarnya.
"Sejak ditahan, dia tidak mendapat rawatan lagi. Hal ini juga sudah dimaklumkan polis. Pihak polis juga kata perkara itu (masih belum dirawat) perlu dihujahkan di mahkamah," ujarnya.
Terdahulu Yasin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen di sini hari ini atas pertuduhan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Kota Damansara pada 24 Mac lalu.
Selain itu tiada pengakuan direkodkan terhadap seorang bekas penyanyi kumpulan nasyid itu selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengedarkan dadah jenis ganja seberat 214 gram pada 24 Mac lalu.
Post time 31-3-2022 09:45 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ok kaka tarik blk Komen kaka kat atas..xtau bakpe xblh delete plak
https://youtu.be/urpncXqDPMg
Rupanya dia pernah buat appearance share psl sakit dia sebelum ini..so legit la dia minta kelonggaran utk perubatan..
And sorry Yasin..kaka ingat td staged...
Btw awat lawyer dia pki songkok?pastu tny plak soalan psl anak..dah macam Kes syariah plak
sesetgh org ambik weed bole kurangkan penyakit mental, ada org pulak makin teruk keadaannya, hingga menimbulkan manic episodes. kalo diikutkan weed ni relief utk jangka pendek, tp utk jangka masa panjang merosakkan otak dan ada kajian menunjukkan pesakit bipolar kadar paling tinggi ketagih berbanding populasi lain.
ic. Deyols ni dh tak larat amik ubat kowt , ada forumer ckp try stop tp tetiba moyan. Terpaksa makan balik. Mebi Yassin ni try weed utk perubatan alternatif , tp klo "terlajak", bahayanya.
yup, cuma pesakit yg ambik weed ni kena pantau pengambilan... sama mcm makanan, harus ada moderation gitu. kelegaan utk sementara waktu tp triggers psychosis dan anxiety jd satu hal pulak. ai pernah baca pengalaman seseorg penghidap bipolar di US, satu hari lepas ambik weed dia pergi ke farmasi nak beli apa entah - tiba2 dia rasa berdebar2, rasa mcm dia diperhatikan. pastu entah macam mana dia yakin sangat pekerja2 kat farmasi tu nak serang dan bunuh dia. tak sempat beli barang, dia berlari keluar dan terus balik rumah. satu lg, efek drpd penggunaan weed berpanjangan nih, sakit perut kronik.
.
Ini macam tanam sayur sendiri untuk jimat wang = tak payah beli sayur dari pasar.
Tabiat ketagih dadah, rokok, arak, pil preskripsi, dll adalah amat mahal. Sebaiknya dicegah. Ketagihan dalam otak berlaku selepas mengguna bahan itu hari2 selama 1 bulan. Bila sudah ketagih, apa boleh buat = akan jadi macam keretapi laju tak terkawal = "trainwreck", terutamanya bila tak cukup wang, spt kerana pandemik Covid/sekatan2 ekonomi. Mungkin boleh cuba "Tapering Method" untuk buang ketagihan secara perlahan-lahan.
"Withdrawal symptoms" dari ketagihan amat dahsyat, spt "Delirium Tremens" = boleh jadi gila, kena "stroke"/akmar, serang jantung dan mati. Kesian.
.
yang anti sangat dengan najib ni memang kaki gam, kaki ganja, dan orang gila
dalam forum ni pon ramai orang gila macam ni.. hari2 hasut orang lain benci najib
ujung2 ko yang masuk ke dalam.. siap kena gantung lagi