View: 2482|Reply: 24
|
Ditinggalkan Suami Tahi Dadah- Wanita Derita Strok Dan Tibi Besarkan 3 Anak," Selalu Makan Biksut Kering Je"
[Copy link]
|
|
SEBERANG PERAI – Kesakitan akibat penyakit strok dan tibi selain kesempitan hidup selepas ditinggalkan suami yang terlibat penagihan dadah tidak mematahkan semangat seorang wanita dari Desa Kuala Muda di Penaga di sini untuk membesarkan anaknya dengan sempurna.
Azura Ahmad, 37, kini tidak lagi mampu bergerak apabila lumpuh separuh badan selepas terjatuh di dalam bilik air dalam kejadian lapan bulan lalu.
Susulan itu, wanita berkenaan terpaksa menggagahkan diri menguruskan rumah termasuk menyiapkan keperluan keluarga meskipun hanya berkerusi roda.
Foto: Kosmo
“Memang tiada pilihan, saya kena buat juga sebab dua anak dalam jagaan saya masih bersekolah iaitu berusia 10 dan 14 tahun kecuali yang paling bongsu yang berusia dua tahun,” katanya di sini baru-baru ini.
Azura berkata, kehidupannya menjadi lebih sukar apabila tiada pendapatan selepas tidak lagi boleh bekerja sebagai tukang masak di sebuah kedai makan di Kuala Muda, Penaga.
“Ada masa kami sekeluarga tiada makanan, cuma makan biskut kering.
“Saya juga runsing memikirkan nasib kami ketika bulan puasa dan hari raya nanti. Tak tahu bekalan makanan yang ada sekarang ni boleh bertahan sampai bila,” katanya lagi.
Terdahulu, kisah Azura itu mendapat perhatian Zakat Pulau Pinang (ZPP) yang sedia memberi bantuan bersesuaian.
Pengurus Bahagian Kebajikan ZPP Feroz Haniff Azmai, 38, berkata, pada peringkat ini urusan dokumentasi bagi pihak Azura telah selesai dan sedang melalui proses kelulusan.
“Beberapa pasukan unit kebajikan ZPP telah datang bertemu dengan pemohon di kediamannya dan kita telah uruskan hal-hal berkaitan dokumentasi untuk ke peringkat kelulusan segera.
“Kalau diikutkan situasi pemohon (Azura), dia memang layak menerima bantuan,” katanya.
Bagi Azura sendiri, dia bersyukur dan berterima kasih pihak yang tampil membantunya.
“Rasa bersyukur dan gembira sangat sebab pihak ZPP sanggup turun padang lihat sendiri keadaan saya dan keluarga. Kalau tak datang jumpa, memang beginilah keadaan saya sampai bila-bila,” jelasnya.
Dalam pada itu, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun BSN miliknya 0799-5411-0046-0973 atau menghubungi Azura di talian 013-894 0210. -CARI
Sumber: Kosmo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
harap anak² yg da besr sket mtang dgn keadaan keluarga..macik ni tade adik beradik/kuarga? |
|
|
|
|
|
|
|
Mereka macam ni selalunya kurang keluarga nak ambik tahu nak2 dengan keadaannya yang macam tu suami pulak mat pet. Makin menjauh ler memasing. Yang datang membantu pun selalunya orang luar. |
|
|
|
|
|
|
|
Uish rumah dia not bad la kemas jgk.. siannyaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
nanti dah viral dtg pulak mat pet mintak duit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Atata replied at 1-4-2022 01:02 PM
Uish rumah dia not bad la kemas jgk.. siannyaaaa
Baru nak cakap. Jauh beza dgn berapa family dok satu rumah dlu tu? Yang tu ya ampun bersepah Dan kotor |
|
|
|
|
|
|
|
maaf ye nak tnya, napa nak transfer tapi acc unable to proceed?dah max limit ke tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik rumah dia. Syukurlah ada rumah yg selesa. Mungkin dia takde duit untuk makanan dan keperluan seharian. Jgn pula ada yg hentam rumah dah elok tapi meminta2.
|
|
|
|
|
|
|
|
Azura Ahmad, 37, kini tidak lagi mampu bergerak apabila lumpuh separuh badan selepas terjatuh di dalam bilik air dalam kejadian lapan bulan lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
Hrp bulan puasa ni adalah yg hulurkan mknn atau keperluan lain.. drp bg duit kpd tabung yg ntah apa2.. better bg terus kpd yg memerlukan dpt ini |
|
|
|
|
|
|
|
8 bulan berkerusi roda kemas bersih rumah. Anak dia tolong ni mesti. Bagus lah. Semoga makin dipermudahkan hidup mereka |
|
|
|
|
|
|
|
X ada pulak lobai or ostat nk menikah dgn janda mcm ni ye? |
|
|
|
|
|
|
|
mamajawie replied at 1-4-2022 04:57 PM
maaf ye nak tnya, napa nak transfer tapi acc unable to proceed?dah max limit ke tu?
Kena block la tu. Banyak sangat transaction. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg perkhawinan itu satu perjudian if slps kawen, laki lak main dadah
bertabahlah Azura
semoga semua urusan dipermudahkan |
|
|
|
|
|
|
|
Pandai dia didik anak dia sentiasa kemas rumah. Dia pun nmpk wangi. Ada yg berjaya buat transaction ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Hrp2 pompuan tok sah lah nikah dgn org hisap dadah ni walau cam na pun dia usha u or tabur janji manis mcm2 sbb yg merana nanti you dan anak2...buat istikharah b4 buat decision penting mcm kahwin ni |
|
|
|
|
|
|
|
same here...tak leh transfer jugak..i tried just now
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak yg bongsu ni pun elok wangi tak berlumuih. Makan pun elok dlm plate. Semoga dipermudahkan serta diperluaskan rezeki untuk Azura anak beranak. |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya anak bongsu baru 2 tahun. kalau selama ni takde sekor pon sedara mara yg tolong dia dlm keadaan mcm tu, elok la tak payah tiber mengaku pulak eh bila acc bank azura semakin banyak sumbangan masuk |
|
|
|
|
|
|
| |
|