CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1584|Reply: 18

Bakal Buat Pengumuman, Ada Kejutan Dari Nurul Izzah Dalam Pemilihan PKR?

[Copy link]
Post time 1-4-2022 12:00 PM | Show all posts |Read mode
Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dijangka akan mempertahankan jawatan naib presiden disandangnya sebelum ini pada pemilihan parti PKR pada Mei ini.


Sumber mendedahkan, Nurul Izzah bakal membuat pengumuman mengenainya dalam beberapa hari lagi walaupun sebelum ini ada spekulasi mendakwa beliau tidak akan bertanding mana-mana jawatan kali ini.




Kredit foto: IG Nurul Izzah




Beliau yang pernah menang jawatan Naib Presiden PKR sebelum ini dengan undian paling tinggi dikatakan akan menerajui arus perjuangan baharu dalam pemilihan kali ini.


“Kemunculan Nurul Izzah yang dilihat bergandingan bersama dengan calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam beberapa siri forum dan temu bual di media mengesahkan lagi desas-desus dalam kalangan ahli serta menarik perhatian ramai untuk mengetahui hala tuju politik Puteri Reformasi itu.


“Kehadiran beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Gombak dipimpin oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari seolah-olah memberi bayangan tentang adanya satu gerakan sedang digemblengnya.


“Ingat ya, PKR telah mencatatkan prestasi buruk dalam tiga siri PRN baru-baru ini dengan kekalahan demi kekalahan malah kepimpinan Datuk Seri Anwar (Ibrahim) menjadi persoalan serta mendapat tekanan dari pimpinan tertinggi gabungan Pakatan Harapan (PH) sendiri.


“Kemerosotan sokongan ketara itu telah menimbulkan wacana dan kesedaran ahli serta penyokong tentang perlunya parti menonjolkan barisan kepimpinan baru lebih segar, berwibawa serta dinamik untuk memacu PKR menjadi parti diyakini rakyat,” kata sumber itu panjang lebar.




  



Kata sumber itu lagi, Nurul Izzah bukanlah tokoh asing dalam landskap politik Malaysia malah telah menggerakkan perjuangan parti lebih 24 tahun.


“Jika ada yang tidak tahu, beliau telah memegang jawatan Naib Presiden PKR selama tiga penggal berturut-turut dan juga tiga penggal sebagai ahli Parlimen.


“Kehadirannya juga sebenarnya pasti menjadi sandaran terbaik PKR menawarkan barisan kepemimpinan muda berkaliber dan berpengalaman untuk memimpin arus perjuangan baru PKR. Kita nantikan kejutan dalam beberapa hari lagi,” ujarnya.


Pemilihan PKR bagi penggal 2022-2025 akan berlangsung 13 hingga 18 Mei ini.


Sebelum ini, Nurul Izzah pernah membuat kejutan apabila mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR dan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang pada 2018.


Bagaimanapun, beliau tidak pernah berhenti bersuara secara lantang malah antara wakil rakyat yang berani mengkritik kepimpinan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.




Sumber: MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2022 12:05 PM | Show all posts
Teringat isu rumah ppr karachi.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 12:07 PM | Show all posts
baguslah... gantikan Pak Nuwar yang meme past by-sell date tu.. build up PKR jadi strong opposition atau ambil alih teraju gantikan semua past by-sell date politician dari semua parti politik baik PH, PN atau BN.. ni balik2 muka bossku, Nuar, Abah, Tun, Guan Eng, Hadi..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 12:19 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
ceh ingatkan bangnon nak bersara, izzah nak bertanding presiden
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Gituh.. nanti parti menang menyorok dalam gua kan Izzah & Piji?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2022 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Relevant LG ke pkr ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 03:04 PM | Show all posts
Jadi presiden pkr, wuhuuuu!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2022 05:47 PM | Show all posts
pkr kena ada ketua baru yg diluar senarai anak beranak bang non

berani tak?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape x cabar Presiden je terus?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Parti Keluarga Rapat
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
spankee_fili replied at 1-4-2022 01:51 PM
Gituh.. nanti parti menang menyorok dalam gua kan Izzah & Piji?

Xde tulur mcm tu la. Xhingin dah undi lg sekali. Kita undi ingatkan 2 ekor ni nk bawak perubahan. Last2 jawatan penting pon tarak. Najib pon lg berani dari both ni. Masa ni start pongpang2 dah menang lenyap
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 06:11 PM | Show all posts
anony-mous replied at 1-4-2022 06:07 PM
Xde tulur mcm tu la. Xhingin dah undi lg sekali. Kita undi ingatkan 2 ekor ni nk bawak perubahan.  ...

Najib tulur dalam handbag pun lagi berani kan
Ni pakat keluar balik sebab jadi pembangkang memang senang, komplen sajaaaa
Bila jadi kerajaan kena berebut jawatan, berebut harta rampasan perang, pening kepala
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
spankee_fili replied at 1-4-2022 06:11 PM
Najib tulur dalam handbag pun lagi berani kan
Ni pakat keluar balik sebab jadi pembangkang m ...

I pon bengang dgn najib sbb dia habis buruk nama malaysia tp idok la dia menyorok. Lapiji n izzah ni mmg teruk yach. Izzah mmg ahli parlimen kan selama ni? Yg lapiji jah x ada jawatan. Tp selama 4-5thn ni both diam x berkutik. Ni sbb ada ura2 nk pru this year, boleh muncul balik. Setakat “buat keje” for a few months jah. Dah menang nanti hilang lah. Bila org persoalkan, senang sikit boleh jawab “sy x pegang jawatan” . Yg bangnon tu diam mcm dah terkubur elok la lepas je jawatan tu. Ko mmg xkan merasa la jd pm tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 08:08 PM | Show all posts
rapatnya bisik

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Rafizi ni kita tau la dia merajuk bawak diri. Izzah tu ada je. Aktif je kat parlimen tu. Time pkp hari tu pun ada je collaborate dgn lecturer usm kalau x silap buat kajian pasal kesan pkp/covid19 pada masyarakat. Dapatan kajian tu pun dia nak share dgn kementerian berkenaan supaya tindakan dapat diambil walaupun dah duduk di kerusi pembangkang semula.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2022 02:05 AM | Show all posts

Aiol trgelak kat komen uol yg ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 05:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Mari rapatkan bontot

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 06:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Dgn izzah ni i mmg ada soft spot, mcm2 dah dia lalui. Cuba kot letak muka kaklong kadet, berapi2 jari masing2 tak sesabar nak maki
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.050288 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list