View: 5795|Reply: 58
|
Boleh Buat Buah Pinggang Sistem Saraf Rosak- Ada Merkuri, Berhenti Guna Dua Krim Kosmetik Ini Segera!
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA: Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan produk kosmetik LS Repairing Cream dan Luffiya Treatment Foundation mengandungi racun berjadual iaitu merkuri.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Norhaliza A. Halim berkata, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat dibatalkan sekali gus tidak dibenarkan dijual di negara ini.
Katanya, penjual dan pengedar produk kosmetik itu perlu menghentikan penjualan dan pengedaran serta-merta yang mana penjualan serta pengedaran produk kosmetik ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Foto: Utusan
“Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.
“Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Menurut Norhaliza, merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan yang mana ia boleh diserap masuk ke dalam badan serta menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.
“Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak masih kecil atau yang belum dilahirkan dan menyebabkan ruam, iritasi serta perubahan lain pada kulit.
“Justeru, orang awam yang sedang menggunakan produk kosmetik berkenaan dinasihatkan segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers,” katanya.
Tambah beliau, orang awam digalakkan menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store. – CARI
Sumber: Utusan Online |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Byk produk timbang kilo yg xlulus kkm and guna sijil palsu. |
|
|
|
|
|
|
|
Emtah.leee..
Dolu iols.guna sabun.susu kambing.kotak.hijau tu je..
Kulit mulus je..hahaha...
Tak pernah beli set2 gini sebab makcik iols.pakai brand de wajah dolu..habis cam sundel.bolong jadinya..huduh gilaaaaa... |
|
|
|
|
|
|
|
Jiran mak i
Rosak buah pinggang stage 4
Dia mkn supplemen traditional ni bli kt shopee |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 1-4-2022 01:46 PM
Emtah.leee..
Dolu iols.guna sabun.susu kambing.kotak.hijau tu je..
Kulit mulus je..hahaha...
sundel bolong macamana rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
takut pula i sbb selalu pakai cream hilang gatal jat shopee warna kuning agak viral, rasa nak hantar lab cek kandungan dia. |
|
|
|
|
|
|
|
zaman ni pun ada lagi pakai krim timbang kilo gini, dah lah mahal! |
|
|
|
|
|
|
|
Jenis yang mudah terpengaruh dengan iklan dan testimoni paslu je suka beli produk macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
Selagi masih ada orang yg low self-esteem,selagi itu akan wujud produk timbang pemutih kulit. Yang meniaga produk ni pula senang-senang buat duit atas kelemahan orang lain. Mereka ni percaya bulat-bulat supplier mereka kat China tu. Yang buat R&D tu company kat China, bukan pengusaha kosmetik. Entah bahan dalam produk tu halal atau haram pun pengguna tak tahu. Main sapu aje lepas baca testimoni pengguna lain |
|
|
|
|
|
|
|
produk sape ni jenama LS
yihhh |
|
|
|
|
|
|
|
Punya la berlambak produk timbang kilo sampai yg xpernah dgr pun ada |
|
|
|
|
|
|
|
Jenama pon caprut dan tak eksklusif. Bukan jenama yg establish pun.. acik2 kepam bimbo2 bbnu semua pon boleh ada brand seniri harini |
|
|
|
|
|
|
|
pearl.silver replied at 1-4-2022 01:46 PM
Jiran mak i
Rosak buah pinggang stage 4
Dia mkn supplemen traditional ni bli kt shopee
Dnd product konsider timbang kilo? |
|
|
|
|
|
|
|
isu lapuk tapi berterusan
maybe kebodohan pengguna diwarisi turun temurun. |
|
|
|
|
|
|
|
Kiranye mudah dpt anak sindrom ke camne..sebab sekarang byak jumpe family yg ade 1 anak sindrom ke lembam ke..... ngeri pulak aku... |
|
|
|
|
|
|
|
iols perasan dak2 bbnu sangat suka mencuba produk2 caprut yang baru muncul. Sebab iols pernah join group FB produk Wat*on* nak cari toner yang sesuai, berlambak iya minah2 join situ rekomen itu ini, yang tak jual kat kedai W tu pun diorang suggest, dan rata2 produk timbang kilo brand cenggini yihhhh kowser meols nak baca dan terus left. Gitulah target seller ni. Sama macam MLM yang dok target bebudak U dan kolej yang tak faham selok belok pastu suruh bayar sekian2 amaun untuk penuhkan poket sendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
iols pun rengsa tgk kat tiontok org campur2 lotion dgn produk lain, untuk hasilkan krim putih. nerkoyan pulak org beli..bodoh betul. sok2 kena kanser gigih mintak derma |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin bajet tak ada nak beli yang elok, tapi I rasa produk yang selamat tidaklah mahal mana, sebab produk timbang kilo pun bukan murah mana. Jadi pilihan terletak di tangan mereka yang membeli jugak hujung hujung. |
|
|
|
|
|
|
|
Manalah diorang ni jumpa brand2 pelik tak pernah nampak ni semua?
Kan ada je brand yg boleh dipercayai dijual kat farmasi yang wallet friendly. |
|
|
|
|
|
|
|
produk timbang kilo...yang guna tu tak siasat ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|