CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1618|Reply: 12

Lelong Barang 'Branded' Suami Curang Di FB Live, Puluh Ribu Juga Untungnya!

[Copy link]
Post time 1-4-2022 01:15 PM | Show all posts |Read mode
Kecewa apabila mengetahui suami tercinta tergamak berlaku curang di belakangnya, ibu muda dari Filipina ini nekad melelong kesemua barangan berharga dan berjenama milik suaminya.


Ibu kepada tiga anak dikenali sebagai Jamille Margarita Galvez melelong kemeja, topi dan kasut suaminya itu menerusi siaran Live di Facebook.




Kredit foto: Malay Mail




Dia juga sempat bergurau dalam bahasa Tagalog dengan mengatakan bahawa dia ingin mengurangkan ‘sampah’ yang ada di dalam rumahnya, namun tetap ingin memperoleh wang kerana tidak mahu membazir dengan membuang barangan tersebut.


Wanita berkenaan turut berseloroh dengan mengatakan bahawa pembeli perlu menanggung risiko kerana ada kemungkinan barangan dilelong sudah terkena ‘kutukan’ suaminya yang curang itu.


Malahan, wanita ini juga ‘berharap’ agar suaminya menonton sesi lelongan itu supaya dia dapat melihat kesemua barangan berjenamanya telah dijual.




Kredit foto: FB/OhBulan




Hasil jualan lelong yang dilakukan, wanita tersebut telah meraih pendapatan sebanyak 300 ribu Filipina Peso bersamaan dengan RM24,257.70.




Sumber: OhBulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2022 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow.. drp campak kat luar je kan..
Baik jual.. puas hati..

Tp diorg xleh divorce kan..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh ni dah macam plot tinder swindle
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok juga...ada ditinggalkan barang berjenama
Kalau tinggal spender kirai je..nak gadai tang mana...
Last2 masuk dalam kisah rumah tangga

Bagus ko dekk...bijak mengambil peluang
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerdikkk bijak sana... dpt fulusss
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 02:17 PM | Show all posts
Tindakan yang bijak benda elok buat apa membazir elok buat duit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2022 05:24 PM | Show all posts
Bijak2 hahahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2022 06:23 PM | Show all posts
Untunglaaa...
Xpe nanti kat sini jadi ikutan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2022 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Eleh tiru si gf simon muka alip syukri tu kohkohkoh
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2022 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
lattehazelnut replied at 1-4-2022 01:18 PM
Wow.. drp campak kat luar je kan..
Baik jual.. puas hati..


Ya Filipina tiada peruntukan undang2 untuk divorce. Hanya ada 2 negara dalam dunia yang berada dalam kedudukan begini iaitu Filipina dan Vatican. Antara jalan keluar ialah untuk membubarkan perkahwinan atas sebab perkahwinan tu tak sah sejak mula lagi atas sebab teknikal.

Di Malaysia pula, ada peruntukan dalam Law Reform (Marriage and Divorce) Act untuk judicial separation bagi penganut Katolik yang tak boleh divorce.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2022 02:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan total sale 16k ke...dh jadi 24k pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 01:51 AM | Show all posts
Artemesiaa replied at 1-4-2022 02:17 PM
Tindakan yang bijak benda elok buat apa membazir elok buat duit

Mnggigil c jejantz tngok bkas istri nya buat cmni, good job.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 01:54 AM | Show all posts
lawo2 pilipina sana. cmner orang boleh kata pilipino tu asalnya serumpun melayu. awat laen bebenor genetik fizikalnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.043617 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list