CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1606|Reply: 4

[Tempatan] Terbaik tuan Mohamad Nor Nidzam!

[Copy link]
Post time 3-4-2022 06:53 PM | Show all posts |Read mode
Terbaik tuan Mohamad Nor Nidzam!


MOHAMAD Nor Nidzam bersama anggota memborong kerepek dijual seorang wanita. FOTO ihsan Inspektor Mohamad Nor Nidzam Mohamad Zin

Petaling Jaya: Kesusahan seorang wanita yang terpaksa membawa bersama empat anaknya menjual kerepek di kaki lima di Jalan PJU 10/2A, Damansara Damai, di sini, mendorong seorang pegawai polis membantu wanita berkenaan dengan membeli kesemua jualannya.

Ketua Polis Balai Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Inspektor Mohamad Nor Nidzam Mohamad Zin, 37, berkata, kejadian itu berlaku jam 10.30 malam Rabu lalu.

Katanya, ketika kejadian, beliau baru saja selesai tugas operasi di kawasan berhampiran sebelum terserempak dengan seorang kanak-kanak lelaki yang memaklumkan berada di situ kerana menemani ibu serta tiga beradik lain berniaga kerepek di kaki lima hadapan sebuah bank.

"Wanita itu memaklumkan dia dari Sungai Besar ke lokasi terbabit untuk menjual kerepek dan terpaksa membawa empat anaknya bersama kerana tiada orang yang menjaga mereka. Jika diikutkan perbuatan wanita itu salah (menjual di kaki lima dan membawa bersama anaknya yang masih kecil), namun saya kasihan melihat kesusahan dialaminya.

"Saya tak boleh lihat orang dalam kesusahan terutama membabitkan anak-anak kecil kerana mereka mengingatkan kepada anak saya. Pada mulanya, saya mahu membeli separuh saja jualan wanita itu kerana tidak cukup wang (tunai), namun saya kumpul wang daripada anggota polis lain untuk membeli kesemua kerepek berkenaan berharga RM520.

"Pada mulanya, wanita itu seakan tidak percaya saya mahu memborong kesemua kerepek berkenaan. Namun apabila saya memberikan wang itu, dia nampak begitu gembira dan berulang kali mengucapkan terima kasih kepada saya" katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohamad Nor Nidzam berkata, kerepek itu dibawa ke Balai Polis Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dan Balai Polis Bandar Sri Damansara untuk kudapan anggota polis serta pekerja-pekerja am yang berada di balai polis berkenaan.

Menurutnya, beliau memuatnaik video kejadian itu di akaun TikTok miliknya sebelum ia menjadi tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

"Tujuan saya memuatnaik video kejadian itu bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tetapi saya mahu ia dijadikan sebagai inspirasi dan ikutan kepada orang lain bagi membantu orang yang dalam kesusahan.

"Pada masa sama, saya harap ia dapat memberikan imej baik kepada polis sekali gus mengubah persepsi negatif sesetengah pihak terhadap kami (polis)," katanya yang bertugas sebagai Ketua Balai Polis Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah sejak Disember tahun lalu.

Keprihatinan Mohamad Nor Nidzam membantu wanita berkenaan juga meraih perhatian daripada warganet apabila ramai di antara mereka menulis komen positif serta memuji tindakannya di media sosial.

Seorang pengguna akaun TikTok bernama Alif memaklumkan tindakan pegawai polis berkenaan amat berjasa kepada masyarakat.

"Terbaik tuan. Ini baru betul berjasa pada masyarakat. Saya doakan tuan sentiasa dimurahkan rezeki," katanya.

"Saya jujur, jarang nak 'respect' (hormat) dengan polis tapi kali ini saya dapat lihat betapa mulianya kamu," kata seorang lagi pengguna akaun Tik Tok bernama Mellvin.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -mohamad-nor-nidzam

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2022 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lattehazelnut at 3-4-2022 07:51 PM

Sorryla yang jual depan bank ni sikit pun i xcaya.. bubuh harga yahudi lepas tu jual kerepek / muffin / etc yang masuk angin la, xsedap, expired la dll.. bila xnak beli buat muka..

Kalau nak simpati sbb anak.. habis orang lain yg kerja dekat pasar malam or gerai tepi jalan pun ada anak jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2022 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni 1 bank
Klu 10 bank


Msg2 menjual dpn bank je lps ni
1 night only sold out
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
lattehazelnut replied at 3-4-2022 07:49 PM
Sorryla yang jual depan bank ni sikit pun i xcaya.. bubuh harga yahudi lepas tu jual kerepek / muffi ...

Mmg taktik mereka mcm tu. Jual kerepek,minta sedekah dan derma depan pintu bank
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 12:50 AM | Show all posts
kadang polis saja beli sebab nak tau sapa ketua sindiket dia, macam la polis tak tau benda ni sindiket.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.047206 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list