SHAH ALAM – Seorang penjual aiskrim potong di Terengganu tidak dapat menahan sebak apabila pendakwah popular, Ebit Lew menghadiahkannya sebuah kereta.
Ebit menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan kisah wanita yang menjaga ibu saudara orang kurang upaya (OKU) sambil berniaga menaiki motor beroda tiga itu mendapat perhatiannya apabila tular di media sosial.
Sebaik mengetahui kisah itu, Ebit berkata, dia bertolak ke Terengganu untuk bertemu dan membawa wanita tersebut ke pusat pameran kenderaan di Kuala Terengganu bagi membeli kereta secara tunai.
"Lepas Subuh terus ke Terengganu. Sampai tadi kakak ini terkejut dan gembira. Saya terus bawa kakak ini beli kereta dekat Perodua Kuala Terengganu.
"Baik layanan semuanya terus kami bayar cash (tunai) kereta ini untuk hadiah pada kakak ini," katanya dalam satu hantaran dimuat naik di Facebook pada Ahad.
Dalam pada itu, Ebit berkata, wanita tersebut sebelum ini pernah menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana, namun terpaksa berhenti belajar kerana mengalami masalah kewangan selain mahu membantu menjaga ibu saudaranya.
Ebit turut memuji kecekalan wanita tersebut yang tidak bergantung harap kepada sesiapa walaupun menghadapi kesukaran hidup.
"Jika sesiapa nak bantunya, boleh beri aiskrim potongnya dan taja kepada anak yatim atau majlis buka puasa.
"Makcik tadi tiba-tiba pegang tangan saya cium dan ketawa gembira je bila dapat kereta baru. Semoga ALLAH berkati keluarga ini dan berikan rezeki mencurah-curah buatnya," katanya.
SumberSinarHarian
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 3-4-2022 10:40 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ritu mati2 tanak terima bantuan
Dpt kereta bukan mahen dia
Ye ke dia jg maksdra tu
Duit yebit ker mcm tatau penyucian
Kan bln ni kes dia nk di sebut pe lg kasik cuci dosa
Post time 4-4-2022 01:13 AMFrom the mobile phone|Show all posts
kereta baru ke kereta second.belikan orang kereta baru Rm30k ke Rm40k pakai duit penderma macam tak sesuai pulak.lain la kalau duit tu sememang nya duit sendiri. berapala harga roadtax insurance agaknya
i rasa sesuai je. sebab bantuan zakat/ kebajikan masyarakat nampaknya tak keluarkan orang susah dari cycle kemiskinan pun, dapat bantuan pun masih bercatu (sebab sikit sangat).
Post time 4-4-2022 09:17 AMFrom the mobile phone|Show all posts
faraway1 replied at 3-4-2022 07:29 PM
Harap support minyak keta juga.... Kos baiki, insurans, tu semua menambah kos untuk orang yang mung ...
Ebit dah mudahkan jalan open order askrim untuk majlis2 besar. Tinggal usaha saja. Takkan sampai bila2 nak camtu je. Ada kereta lagi memudahkan. Duit boleh kumpul untuk bayar semua tu setahun sekali.
Kenapa ek si Ebit ni buat duit derma orang ramai macam harta dia pulak? Tak pernah langsung nak sebut yang ni duit orang ramai, dia cuma mengagih-agihkan je. Kepala timun betul