View: 1388|Reply: 11
|
[Dunia]
China temui subjenis baharu COVID-19 varian Omicron
[Copy link]
|
|
China temui subjenis baharu COVID-19 varian Omicron
Penduduk pangsapuri berdiri dia tas bumbung kediaman mereka ketika peringkat kedua perintah berkurung COVID-19 di daerah Jing'an, Shanghai di China. - Foto AFP
BEIJING: China hari ini merekodkan 13,146 kes jangkitan COVID-19, angka tertinggi sejak gelombang pertama melanda lebih dua tahun lalu, dengan varian Omicron kini tersebar di lebih 12 wilayah.
Menurut kenyataan Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, seramai 1,455 pesakit bergejala, 11,691 kes tidak bergejala dan tiada kematian dilaporkan.
Dalam pada itu, media tempatan, yang memetik data pihak berkuasa kesihatan tempatan, melaporkan kes jangkitan membabitkan subjenis baharu varian Omicron turut dikesan.
Global Times melaporkan virus baharu itu diasingkan daripada pesakit COVID-19 bergejala ringan, yang berubah daripada varian Omicron BA.1.1, di sebuah bandar kira-kira 70 kilometer (km) dari Shanghai.
Laporan itu menyatakan subjenis terbabit tidak sepadan dengan varian yang menyebabkan penularan COVID-19 di China atau yang dikemukakan kepada Inisiatif Global mengenai Perkongsian Semua Data Influenza (GISAID).
Shanghai kini menjadi pusat wabak COVID-19 paling terkesan, dengan hampir semua 25 juta penduduknya menjalani perintah berkurung ketika pihak berkuasa berusaha membendung penularan jangkitan itu.
Bandar raya itu merekodkan lebih 8,200 kes tempatan, hampir 70 peratus daripada jumlah keseluruhan.
Walaupun secara relatifnya masih rendah berdasarkan standard global, ia masih dianggap teruk kepada negara yang hanya merekodkan dua angka kes harian sejak dua tahun lalu.
Sekatan yang dilaksanakan turut mengancam rantaian bekalan apabila gergasi perkapalan, Maersk, menyatakan bahawa beberapa depoh di bandar raya itu kekal ditutup, sekali gus menjejaskan perkhidmatan pengangkutan.
Perintah berkurung yang dilaksanakan turut menimbulkan kemarahan penduduk Shanghai apabila perintah yang sepatutnya berlangsung selama empat hari bagi melakukan ujian saringan besar-besaran dilihat berlarutan lebih lama.
Sementara itu, Naib Perdana Menteri, Sun Chunlan, tiba di Shanghai bagi memantau usaha pencegahan dan mengarahkan pihak berkuasa segera membendung penularan wabak berkenaan.
Sun, yang sebelum itu melawat Jilin untuk mengawasi perintah berkurung di wilayah Timur Laut itu, mengarahkan pihak berkuasa supaya tegas melaksanakan usaha menghentikan penularan wabak. - AGENSI
Sumber:https://www.bharian.com.my/dunia ... d-19-varian-omicron
|
|
|
|
|
|
|
|
hmmm ye la...apa2 je lah.cobid ni menyusahkan sume org je
udah2 le makan kelawar tu |
|
|
|
|
|
|
|
x habis2
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
mmmm berkurung sampai abang jamil........ kalau macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
penyokong dan pencinta lockdown pkp
bolehlah minta pindah ke china boleh menikmati pkp dan lockdown sampai AJL |
|
|
|
|
|
|
|
apakah symptoms varian baru ni?
now ramai +ve tapi symptoms demam, sakit tekak dan selesema |
|
|
|
|
|
|
|
Bila nk habisss daaa cobid mobid nisialan sungguh..pg2 ramadhan ni iols dh memaki
..mencik sungguhhh! |
|
|
|
|
|
|
|
In other news.... Two Chinese mRNA Covid-19 vaccines move towards clinical trials...
Buat2 tak faham pulak....
|
|
|
|
|
|
|
|
ok solat tarawih dari rumah, tiada majlis raya & balik kampung ya... |
|
|
|
|
|
|
|
Eleh, dh tak mati pun org wpun kes byk..varian2 covid ni dh mcm sakit biasa je |
|
|
|
|
|
|
|
hygiene, mereka kena belajar berak bercebuk,mandi pagi dan petang, ni berak pun takder paip |
|
|
|
|
|
|
| |
|