CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1499|Reply: 31

Dihukum Ikut Undang-undang Syariah Kalau Tanam Kopi

[Copy link]
Post time 4-4-2022 06:40 AM | Show all posts |Read mode
Pemimpin tertinggi Taliban pada Ahad mengarahkan larangan penanaman popi di Afghanistan, memberi amaran bahawa kerajaan akan bertindak tegas terhadap petani yang menanam tanaman itu.


Afghanistan ialah pengeluar popi terbesar di dunia, sumber getah yang ditapis menjadi heroin, dan dalam beberapa tahun kebelakangan ini pengeluaran dan eksportnya berkembang pesat.




Sebahagian anggota Taliban di Kabul. - FOTO AFP




"Semua rakyat Afghanistan dimaklumkan bahawa mulai sekarang penanaman popi dilarang sama sekali di seluruh negara," kata satu perintah undang-undang yang dikeluarkan oleh Pemimpin Tertinggi Hibatullah Akhundzada.


Perintah itu dibacakan oleh jurucakap kerajaan Zabihullah Mujahid pada perhimpunan wartawan, diplomat asing dan pegawai Taliban.


"Jika ada yang melanggar perintah itu, tanaman akan dimusnahkan serta-merta dan yang melanggar akan dihukum mengikut undang-undang syariah," katanya.


Ini bukan kali pertama kumpulan fundamentalis itu berikrar untuk mengharamkan perdagangan itu.


Pengeluaran telah diharamkan pada tahun 2000, sejurus sebelum kumpulan itu digulingkan oleh tentera yang diketuai AS selepas serangan 11 September.


Semasa pemberontakan 20 tahun mereka terhadap tentera asing, Taliban mengenakan cukai yang banyak kepada petani yang mengusahakan tanaman di kawasan di bawah kawalan mereka.


Ia menjadi sumber utama bagi kumpulan untuk menjana dana.


Tentera Amerika Syarikat dan NATO cuba menyekat penanaman popi selama dua dekad mereka di Afghanistan dengan membayar petani untuk menanam tanaman alternatif seperti gandum atau saffron.


Tetapi percubaan mereka digagalkan Taliban yang mengawal kawasan penanaman pokok popi dan memperoleh ratusan juta dolar daripada perdagangan itu, kata pakar.


Timbalan Perdana Menteri Abdul Salam Hanafi menolak dakwaan Taliban membantu menanam pokok popi semasa pemberontakan mereka.


"Bagaimana mungkin ia dieksport ke seluruh dunia sedangkan mereka (pasukan diketuai AS) mempunyai kawalan penuh ke atas Afghanistan," kata Hanafi Ahad.


Laporan media Afghanistan mengatakan pengeluaran telah meningkat di dua wilayah selatan, Kandahar dan Helmand, sejak Taliban merampas kuasa pada Ogos, walaupun data tidak tersedia.


Afghanistan mempunyai hampir monopoli ke atas candu dan heroin, menyumbang 80 hingga 90 peratus daripada pengeluaran global, menurut Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah.


Jumlah tanah yang ditanam dengan bunga popi mencecah rekod tertinggi pada 2017 dan purata sekitar 250,000 hektar dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kira-kira empat kali ganda paras pertengahan 1990-an, menurut angka PBB.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2022 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Popi la bodoh bukan kopi
Kot ye pun kejor kpi, baca la dulu sblm publish. Memalukn persatuan wartawan je
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 07:24 AM | Show all posts
Jadahnye kopi?
POPI la weh.
Reti baca x?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kopi pun kopilah.... hahahahaha baru lepas sahur kut tu teringat2.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kopi dan popi pun tak boleh beza.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 07:55 AM | Show all posts
sedapnya kopi popi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2022 09:18 AM | Show all posts
tanam pun tak boleh.. tak lama lagi, harga kas-kas naik la..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 09:26 AM | Show all posts
krustykrab replied at 4-4-2022 06:45 AM
Popi la bodoh bukan kopi
Kot ye pun kejor kpi, baca la dulu sblm publish. Memalukn persatuan  ...

Saya sudah cakap itu hari, diorang ni selfproclaim diri tu wartawan. mana ada etika wartawan, apatah lagi berdaftar. suruh pergi buat kad media kat Kementerian Komunikasi pun, diorang malas nak mati. Dah la kena bayar, dibuatnya kerja kopipes je manjang. Ini kualiti yang diorang banggakan. Owner forum tersenyum sinis dan dalam masa sama mengaut kekayaan dari pengiklanan digital. Sementara yang wartawan palsu ni dapat ciput je. Katakan owner dapat 50K per month, wartawan palsu ni dapat 0.3 percent sahaja. Moderator hauk tu lagi la.. satu sen pun tak dapat. Pastu nak berlagak macam bapak dia punya forum. Hahahaha! Senang2 diperbodohkan owner forum.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2022 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodo punya wartawan... POPI la bukan KOPI....
POPI tu bahan mebtah buat heroin...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 09:44 AM | Show all posts
puasa2 ni sel oatak aku tak boleh berhubung.
dok fikir dah kenapa xboleh tanam kopi..

Bongok punya wartawan!!!! semua ambil dari tiktok tak pun berita indon!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 09:49 AM | Show all posts
krustykrab replied at 4-4-2022 06:45 AM
Popi la bodoh bukan kopi
Kot ye pun kejor kpi, baca la dulu sblm publish. Memalukn persatuan  ...

Diorang ni kira wartawan jugak ke walau main kopi pes dari sumber lain? Bergaji? Ke memang ada MOU dengan sumber yang dikopi pes tu boleh je main kopi pes letak dalam forum?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 10:00 AM | Show all posts
Woi wartawan ni dah kenapa dari tadi banyak typo nya! Daripada cukur jambang, smpai ke kopi semua kau melalut, fail kelas menaip ke dek? Wartawan di level nya sendiri, level sampah yah!
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 10:01 AM | Show all posts
Rockafella replied at 4-4-2022 09:26 AM
Saya sudah cakap itu hari, diorang ni selfproclaim diri tu wartawan. mana ada etika wartawan, apat ...

Eh sis dah xjadi momod ke? Ke memberontak sampai kena buang?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 10:01 AM | Show all posts
KOPI KOPI KOPIKOOOOO...gula gula kopikooooo
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 10:05 AM | Show all posts
kopi acik kau
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
ais_kosong replied at 4-4-2022 09:44 AM
puasa2 ni sel oatak aku tak boleh berhubung.
dok fikir dah kenapa xboleh tanam kopi..


Aku masuk thread ni pun sbb terkujat tk blh tanam kopi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2022 11:13 AM | Show all posts
lain kali bgn tido amik wuduk & solat subuh dulu bukannya terus bukak porem
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 11:51 AM | Show all posts
krustykrab replied at 4-4-2022 11:05 AM
Aku masuk thread ni pun sbb terkujat tk blh tanam kopi

Makin bongok wartawan cari ni. Benang yang sama 2 3 org post hari yang sama.
Xda yang pantau kerja diorang ke apa? Diorang dibayar setakat ubah tajuk ja ke?
Ni tajuk pun silap..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 12:02 PM | Show all posts
i klik sebab teruja nak tahu apa syariah law utk tanam kopi. uhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayoyo. Tanam kopi pun haram ke?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.045709 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list