Satu siasatan terperinci akan dilakukan berhubung majlis bertemakan "Arabian Dangdut Night" yang memaparkan video nyanyian seorang individu dipercayai lelaki menyerupai wanita berpakaian seksi pada majlis itu tular dalam media sosial.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri Mohd Nor Hamzah berkata, siasatan itu akan dijalankan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).
Kredit foto: ALHIJRAH ONLINE/Harian Metro
"Siasatan adalah berhubung perlanggaran Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Negeri Terengganu yang mula diperkenalkan pada tahun 2020," katanya selepas membuat lawatan mahabbah di sebuah hotel di sini, hari ini.
Video berdurasi 25 saat yang memaparkan nyanyian individu terbabit pada 25 Mac lalu dikecam netizen yang marah kerana ia berlaku beberapa hari sahaja sebelum umat Islam menyambut Ramadan.
Mohd Nor berkata, kerajaan negeri sangat sensitif dengan perkara seperti itu yang menyinggung perasaan umat Islam dan berharap ia akan menjadi iktibar untuk semua pihak terutama pengurusan hotel di Terengganu agar lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Sumber: Harian Metro |