View: 2351|Reply: 42
|
Ramai Ibu Bapa Bawa Anak Kecil Bersesak Di Bazar Ramadan
[Copy link]
|
|
Bagan Serai: Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak membawa anak-anak kecil mengunjungi bazar Ramadan bagi mengelakkan mereka terdedah kepada jangkitan Covid-19 walaupun negara sudah memasuki Fasa Peralihan ke Endemik.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, kawasan sesak yang sempit dengan orang ramai adalah suasana yang tidak baik kepada kanak-kanak terutamanya mereka yang tidak mempunyai perlindungan vaksinasi.
"Melihat suasana hari pertama bazar Ramadan di Bagan Serai ini, kami dapati ramai pengunjung membawa anak kecil di tempat yang penuh sesak.
"Kalau tempat sempit ini sebaiknya jangan bawa anak-anak, kita tidak mahu menyambut Ramadan dalam keadaan sedih dan sibuk di hospital," katanya.
Foto: Harian Metro
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengedarkan kurma di Bazar Ramadan Bagan Serai di sini, semalam.
Dr Noor Azmi berkata, data terkini menunjukkan vaksinasi kanak-kanak hanya sebanyak 38 peratus, manakala remaja 91.7 peratus dan dos penggalak pula 67.3 peratus.
"Ini menunjukkan vaksinasi membabitkan kanak-kanak masih di tahap yang perlahan dan kami berharap ibu bapa mendapatkan vaksinasi untuk anak-anak mereka secepat mungkin," katanya.
Dalam perkembangan lain, Dr Noor Azmi berkata keputusan memendekkan tempoh kuarantin dan memanggil petugas kesihatan yang dijangkiti Covid-19 untuk kembali bekerja bagi mengatasi masalah kekurangan kakitangan di hospital dilakukan berdasarkan fakta sains dan nasihat pakar.
Beliau berkata, orang ramai tidak perlu bimbang kerana keputusan itu juga adalah syor Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) yang membuat penilaian data saintifik dan bukannya secara semberono.
"Kuarantin dipendekkan kerana pekerja Kementerian Kesihatan (KKM) juga terkena jangkitan Covid-19, antaranya menjadi kontak rapat namun rawatan dan program (tugas) di hospital agak tergendala sekiranya mereka menjalani kuarantin yang lama.
"Oleh itu, penilaian dibuat daripada mereka yang sudah divaksinasi sepenuhnya dan menerima dos penggalak serta tiada simptom lagi selain tiada rekod komorbid barulah diberi kuarantin pendek supaya dapat kembali bekerja dan menjalankan tugas.
"Ini amat penting supaya keadaan hospital tidak terganggu dan lumpuh," katanya.
Baru-baru ini, gabungan pekerja penjagaan kesihatan menggesa KKM untuk mempertimbangkan semula keputusan memendekkan tempoh kuarantin kepada pekerja kesihatan dan sebaliknya memperkenalkan perlindungan tambahan.-CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk thread tak selari dgn isi |
|
|
|
|
|
|
|
memang ramai pun mak bapak masih tak cakna..
most mak bapak muda-muda ni..
kau pakai mask, anak-anak tak pakai..
lepas tu biar anak pegang sana sini duduk merangkak kat tanah bagai..
ada siap bawak baby lagi..
jenis mak bapak hari ni anak mati, esok buat anak lain..
|
|
|
|
|
|
|
|
mana mungkin
rakyat kata tengah menderita tunggu duit kwsp 10k
kan brang sume tengah mahal
xkan dah bersesak2 |
|
|
|
|
|
|
|
camnelah orang malaysia ni tak obes? bawak anak-anak pegi jln ke bazar. baik bawak pegi jogging ke main basikal kt taman ke |
|
|
|
|
|
|
|
gigih nyaaaa
balas dendam 2 tahun tak boleh gi bazar letteewww
habis diusungnya anak beranak tok nenek bagai |
|
|
|
|
|
|
|
panas2 ni pegi je la sorg.. anak2 tu ko beli je apa dorg suka.. lemas aku tgk... |
|
|
|
|
|
|
|
smlm jiran citer bazar kat putrajaya pukul 6 payung meja semua dah bungkus sbb jualan dah habis. pnya laa ramai org dok beratur lagi kat luar ramai2. gigih betol memasing mcm tak makan setahun. yg bawak anak kecik tu mesti baru lepas kena kobid. so rasa diri dah kebal tak kena jangkit lagi 3 bulan |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu masa kecil tak penah g bazaar tp juadah puasa penuh atas meja walaupun arwah mak iols cuma masa satu jenis kuih je aritu cth karipap.
Sbb apa? Dulu kita semua jadikan amalan sedekah juadah dibulan ramadan tu rutin. Hari2 saling bertukar2 juadah.
Biasa bukan sorang jiran je kadang 5-6 jiran. Seronoknya zaman tu semua org bukan senang tp semua sedar kelebihan bulan ramadan ni kena banyak2 kan bersedekoh dan tak perlu nak melantak byk2.
Bila seharian berpuasa perut bukan mampu nk mkn byk2 pun sebenarnya tp cer mkn pelan2 baru sedar tak perlu byk pun mkn utk rasa kenyang. |
|
|
|
|
|
|
|
Ramainya manusia. Aku balik kampung tapi kat kampung boleh jem berderet kereta. Heran betol. Korang tak masak ke kat rumah?? Xpsal2 pusing jalan lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun dah agak, semalam mesti ramai giler kat bazar sebab first day and hari cuti
terpaksa jugak masak walaupun rasa cam hape je
tenkiu che nom buat youtube masak gittew |
|
|
|
|
|
|
|
i sampai sekarang kureng dgn bazar..
samada masak sendiri or beli kt kedai yg dh biasa..
rasa mcm gamble sgt kalau pergi bazar..mesti ada yg bikin hangin |
|
|
|
|
|
|
|
2 hari sebelum puasa sampai lah smlm kemain sesak supermarket, pasar, org stock up brg makan, alih pasar ramadan pun sesak juga?
cmana nak praktik kan penjimatan, dah jadi double perbelanjaan tu, dah kalau nak membeli kat param takyahlah sesak kan supermarket |
|
|
|
|
|
|
|
semalam saja jalan2 kat Bazaar RAmadhan di Stadium Ipoh... tuuu diaaa manusia macam ulat taik punya ramai bersesak-sesak bawak anak2 kecik selamber jerrr... mmg pakai mask dorang tu tp ntah lahhh... rasanya kat bazaar semalam jer berapa ribu la yg dah kena covid... aku nak singgah pun tak jadi... takutttt.... |
|
|
|
|
|
|
|
sori la nak cakap.. melayu ni mcm satu kebanggaaan pulak usung bayi kecik yg masih merah masuk mall la tempat sesak pelbagai...x tau ke imuniti bdk kecik tu masih rendah??? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak salah nak pergi bazar..
Baru peralihan endemik.. Kesian kat budak kalau kena covid.
Sorang pergi beli yang lain dok dalam kereta (kot jenis xboleh berpisah kalau keluar).
Tak boleh balik kampung raya, kita juga yang merempan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sblm covid pun i xfaham mak bapak bawak anak berderet..
Xpun housemate bawak dua2 tiga kereta beli satu dua juadah..
Lepas tu parking block jalan.. xpun parking depan rumah orang..
Mmg la lain org nak menda lain.. amik la gambar share dgn group family.. xpayah nak angkut sume.. xpun esok lusa boleh beli..
Menu sama je org bazar jual 30 hari ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
1 bazar ni mmg port org singapore, smalam member i gi sana pastu dia bgtau bazar tu jual karipap 1pc RM3. saiz dia adalah sebesar karipap ikea tu. huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
mizruncing replied at 4-4-2022 11:31 AM
smlm jiran citer bazar kat putrajaya pukul 6 payung meja semua dah bungkus sbb jualan dah habis. pny ...
Untung peniaga2.
Org2 putrajaya tak terkesan dgn kobis ye? |
|
|
|
|
|
|
|
yes iols pun dh lama tak pi bazar ramadan
klu tak masak, iols beli kat restoran yang mmg biasa mmg kita dh tau masakan macamana
kuih pun biasa ada jual jugak kt situ
koser la nk beratur bersesak. pastu membazir beli mcm2
|
|
|
|
|
|
|
| |
|