CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 650|Reply: 0

Jual Kad ATM Untuk Mule Account, Sembilan Ditangkap Termasuk Seorang Wanita

[Copy link]
Post time 4-4-2022 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Gambar Hiasan (Sumber Google)


Jenayah mule account atau akaun keldai sejak akhir-akhir ini semakin berleluasa apatah lagi tahap kesedaran orang ramai mengenai isu ini masih berada di paras yang rendah. Tanpa sedar, akaun seseorang itu digunakan oleh sindiket 'scammer' untuk transaksi kewangan yang tidak sah.


Di Johor Bahru, Harian Metro melaporkan sembilan individu termasuk seorang wanita disyaki terbabit dalam penjualan kad ATM untuk digunakan sebagai akaun keldai ditahan dalam dua siri serbuan di sebuah rumah di Kampung Melayu Majidee.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat memaklumkan suspek berusia di antara 32 hingga 40 tahun itu berperanan sebagai ejen penjualan kad ATM berkenaan.


ACP Raub Selamat


"Untuk setiap kad ATM yang diperolehi, mereka menerima bayaran kira-kira RM600. Kad tersebut akan dijual semula kepada sindiket pelaburan secara atas talian dengan harga kira-kira RM1,600 hingga RM1,900 bagi setiap kad ATM.


"Siasatan mendapati dua daripada sembilan orang suspek tiada rekod jenayah sementara tujuh lagi mempunyak rekod lampau dan kes dadah," katanya dalam satu kenyataan.


Dalam serbuan tersebut, pihak polis berjaya merampas 19 kad ATM dan enam telefon bimbit pelbagai jenayah.


Katanya, kesemua suspek ditahan reman selama empat hari bermula semalam dan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.





Pihak polis turut menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati ketika menyerahkan kad ATM kepada individu yang tidak dikenali. Menyerahkan kad ATM atas urusan penjualan dan juga kegiatan jenayah kepada individu lain adalah satu kesalahan.


Untuk rekod, dalam kes akaun keldia pemilik akaun selalunya akan terpedaya dengan tawaran upah lumayan hingga mencecah ribuan ringgit untuk membuka atau menyerahkan akaun bank bagi kegunaan pihak ketiga, terdapat juga ejen yang menjadi orang tengah dalam perbuatan jenayah terbabit.


Ejen tersebut berperanan mengumpulkan kad ATM atau akaun untuk dijual kepada sindiket penipuan, pinjaman dan pelaburan tidak wujud. Hukuman bukan hanya disabitkan ke atas 'scammer' tetapi pemilik akaun turut berhadapan risiko sama. - CARI






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.029359 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list