View: 788|Reply: 13
|
[Politik]
Anwar sahut cabaran Najib: Saya sedia debat bila-bila masa
[Copy link]
|
|
Anwar sahut cabaran Najib: Saya sedia debat bila-bila masa
Diterbitkan: Apr 4, 2022 12:08 PM
Bagai pucuk dicita ulam yang mendatang - Anwar Ibrahim hari ini menerima cabaran Najib Razak untuk berdebat mengenai usaha menyelamatkan (bail out) syarikat Sapura Energy Bhd (Sapura Energy).
Dalam kenyataan dikeluarkan tengah hari ini, Anwar berkata dia pernah mencabar Najib sejak sedekad lalu namun ia tidak bersambut.
"Saya bersedia untuk berdepan dan berdebat demi negara dan rakyat pada bila-bila masa dengan Najib," katanya.
Ahli parlimen Port Dickson dan Presiden PKR itu turut mengiringi kesanggupannya dengan serangkap pantun:
Tuan Puteri pergi ke Lukut,
Bawa pulang kacang panjang;
Sedikit pun hamba tak takut,
Kalau berani turun gelanggang.
Isu gesaan Najib agar kerajaan menyelamatkan Sapura Energy asalnya melibatkan ahli parlimen Pekan itu dengan bekas ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
Antara isu yang dipertikaikan mereka ialah kewajaran ketua pegawai eksekutifnya yang diberikan gaji yang begitu lumayan.
Menurut Rafizi pada Mac lalu, Najib - sebagai perdana menteri ketika itu - gagal menjaga kepentingan institusi awam melalui Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) yang menjadi pemegang saham dalam syarikat tersebut.
Meneliti rekod kewangan Sapura Energy, Rafizi berkata, seorang pengarah eksekutif yang mewakili pemegang saham majoriti meraih hampir RM1.1 bilion dari 2009 hingga 2021 dalam bentuk gaji, bonus, sewa, yuran harta intelek dan bentuk imbuhan lain.
Perbalahan itu kemudian membawa kepada cabaran Rafizi kepada Najib agar mereka berdebat mengenai langkah berkenaan.
Ia kemudian dipersetujui oleh Najib namun bekas perdana menteri itu turut mengajar agar Anwar dilibatkan sama.
Langkah itu dianggap Rafizi sebagai petanda Najib takut untuk berdebat. Namun pada masa sama dia - yang menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan timbalan presiden PKR kali ini - berjanji untuk memanjangkan cabaran tersebut.
Kata Anwar dia bersikap sama seperti yang diambilnya pada 10 tahun lalu dan pernah mencabar Najib.
Pada awal Ramadan ini, kata Anwar, Najib memilih untuk mencabarnya setelah dia gagal menjawab sanggahan Rafizi mengenai kemelut bail out Sapura yang dicadangkan ketika ramai rakyat miskin dan para peniaga kecil tidak terbela.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jangan nnti bagi alasan macam2 pulak nk escape drpd debate. Sendiri cabar org, sendiri lari macam pondan. Kahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Takde penyakit cari penyakit ko kann najib. ujung2 ko nge!at2 cam celaka. mcm zaman paklah level sabery buih je mampooo |
|
|
|
|
|
|
|
Rafizi perbetul putar belit fakta ‘budak Najib Razak’
By FAZLI RADZI / April 4, 2022
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tampil perbetul putar belit fakta golongan yang digelarnya ‘budak-budak Najib Razak’ susulan pelawaan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN), Isham Jalil untuk berdebat.
Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau pada mulanya tidak mahu melayan perkara remeh yang dibawa golongan itu seperti Isham Jalil.
Walau bagaimanapun, Rafizi ingin mengulas untuk membuktikan kaedah puak BN dalam memutar belit fakta untuk mempengaruhi pembaca.
Rafizi, 45, menegaskan Isham, 46, berbohong apabila mengatakan beliau pernah kalah semasa Debat Piala Perdana Menteri pada 1991 peringkat separuh akhir.
Terdahulu, Isham berkata, dia menang pemidato terbaik debat manakala Rafizi hanya menang pada tahun 1992.
“Sekarang mungkin dia (Rafizi) nak ulang debat dengan saya. Saya ok dan tunggu saja,” kata Isham.
Isham Jalil
Mengulas dakwaan Isham itu, Rafizi menjelaskan bahawa dia masih berada di Tingkatan Dua sekali gus tidak mengambil bahagian pun dalam Debat Piala Perdana Menteri pada 1991.
“Dia (Isham) cakap tahun 1992 baru saya menang, konon saya menang lepas dialah.
“Dia tak cakap yang saya menang Piala Perdana Menteri 1992 dan jadi pembahas terbaik dengan mengalahkan dia,” tulis Rafizi di Twitter disusuli emoji ketawa.
Jelasnya, hal kekalahan itu tidak Isham sebut bagi mengelak malu dalam kalangan rakan-rakan partinya.
“Bab tu dia sembunyi sebab malu dengan geng-geng Umno sendiri,” tambahnya lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
kalu jadi debat najib dgn rafizi/anwar i berani bogel la. haha
|
|
|
|
|
|
|
|
ape dapat dgn debat?? nak tahu ape korang sanggup derma kat rakyat Malaysia dan deliver what u speech??? |
|
|
|
|
|
|
|
Aik? Hidup lg bangnon ni. Najib pon malas nk layan rasanya. X berbaloi setakat nk lawan bangnon. Lapiji pakar formula pon najib tiau
Nk berbalah apa lg? Zmn najib kerajaan x usik sapura sbb pegangan pnb 11% jah. Company dikira swasta. Zmn ph, nk bail out pegangan ank atok, pnb beli 40% share dah jd GLC, tp x reti control gaji ceo. Malu kalau aku jd lapiji, terus nmpk bodoh. |
|
|
|
|
|
|
|
fizamn replied at 4-4-2022 02:31 PM
ape dapat dgn debat?? nak tahu ape korang sanggup derma kat rakyat Malaysia dan deliver what u speec ...
berdebat tu...mampu mencanakkan ekonomi negara...'aku jual tanah salah...ko jual tanah...betul...kekdah orng politik..' |
|
|
|
|
|
|
|
Tak habis2 nak berpolitik rakyat dah malas nak melayan dia tak tahu |
|
|
|
|
|
|
|
bab sape menang dulu debat ni mcm kelakar okeh...mcm budak2 sekolah gaduh
|
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah. Sepatutnya pemimpin2 ini kena berdebat supaya kita boleh tengok kualiti pemikiran terutama bila terdesak. Harap-harap jadiklah... |
|
|
|
|
|
|
|
alesandra replied at 4-4-2022 01:59 PM
Takde penyakit cari penyakit ko kann najib. ujung2 ko nge!at2 cam celaka. mcm zaman paklah level sab ...
Kalau betul jadi debat ni..Mohon tv3, rtm buat live ye..pasti ramai penyokong dua dua belah pihak nak tgk...satu lagi jgn ambik pun any iklan semasa live tu |
|
|
|
|
|
|
|
uol nih rajin ketinggalan keretapi.
celah mananya yg najib MALAS NAK LAYAN kalu dah
dia terhegeh2 petik nama anwar.
kalu nak debat dgn rafizi, terima je la.
konon ajak anwar sekali.
kalu jadi debat mmg tak cukup tanah najib lari.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|