CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4049|Reply: 50

Jemaah Tak Senang Budak Berlari Terjerit-jerit, Tapi Imam Masjid Besi Kata Rindu

[Copy link]
Post time 5-4-2022 05:59 AM | Show all posts |Read mode
Tahun 2022 menjadi lembaran baharu apabila umat Islam dapat mengimarahkan masjid seperti sedia kala selepas kerajaan menetapkan fasa peralihan endemik bermula 1 April lalu.


Penetapan itu juga membolehkan saf bagi solat berjemaah dilakukan secara rapat berbanding sebelumnya yang mengehadkan dan menjarakkan individu kira-kira satu meter.




Kredit foto: Twitter




Lebih menggembirakan apabila peralihan berkenaan sejajar dengan kedatangan bulan Ramadan sekali gus suasana solat tarawih lebih meriah dengan gelak tawa kanak-kanak yang hadir.


Menerusi ciapan Twitter Asyraf Badhrul, Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Putrajaya menyeru jemaahnya untuk berlapang dada sekiranya terdapat kanak-kanak yang berlari atau menjerit di dalam masjid berkenaan.


Kata-kata imam berkenaan menyebabkan jemaah yang hadir berasa sayu kerana ia terselit seribu makna.








Ini kerana dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, masjid dan surau hanya dihadiri individu dewasa yang sudah mendapatkan dua dos suntikan vaksin manakala kanak-kanak tidak dibenarkan.


"Jika anak-anak berlari ke sana-sini, menjerit, kami harap tuan puan boleh berlapang dada, kerana masjid ini telah dua tahun merindui suara kanak-kanak - Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Putrajaya," ciapnya ringkas.


Perkongsiannya itu menyebabkan ciapannya diulang kicau lebih 20,200 pelayar dan menerima 41,300 tanda suka.








Malahan, ia turut dikongsikan di halaman Facebook Akhi Fairuz Al-Jengkawi yang turut disebarkan lebih 5,800 pengguna lain.


Rata-rata pelayar menzahirkan rasa syukur dan turut berkongsi pengalaman masing-masing. Bagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang memberikan pandangan berbeza.


Malah ramai menyifatkan, kelonggaran yang diberikan itu tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk ibu bapa membiarkan anak-anak mereka membuat bising di masjid sehingga mengganggu jemaah yang datang.


Apa pula pandangan anda?




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2022 06:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku OK je budak menjerit. Aku dulu pun macam tu juga.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kita tunggu budak2 tu sepak terajang tarik rambut jemaah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
betul sangat..semalam teraweh dgr suara budak jerit2 cakap "aminnnn" teringat aku masa aku kecik dulu..itula kenangan mereka bla dah besar nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Masjidil Besi Keluli tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 07:21 AM | Show all posts
klu kat masjid ok lah.. masjid besar. depa nak berlari, bermain gelak ketawa kat blkg2 tu.. x ganggu jemaah nak solat kat bhgn depan

klu surau.. dah lah kecik.. tempat depa nak berlari pun sempit.. berlari.. jatuh, terhantuk dinding. berlanggar sesama sendiri.. jap lagi mula lah gaduh.. pastu nangis.. yg ni mmg aku x boleh nak berlapang dada
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2022 07:25 AM | Show all posts
jerit boleh tapi jangan menjerit mencarut sudah la...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagi best kalu campak mercun kebaboom, semakin kuat bunyi mercun, lagi khusyuk solat terawih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2022 07:47 AM | Show all posts
ada pro & con dia la gak ada budak2 kt masjid nie... nk larang pun tkleh jgk... jgn smpai tk terkawal la anak2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau yg jenis behave ok la nak bawak. Mak pak pasti lebih kenal pangai anak sendiri lagu mana kan?
Kalau yg jenis mcm dlm video yg viral tu tarik belit kain telekung kakak dia tu takleh la bawak g surau/mesjid tu pasal mak tu pun solat jemaah teraweh kat umah je ngn anak dia. Sbb anak dia yg kecik tu tgh membuas suka kacau kakak dia nk solat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 08:01 AM | Show all posts
ramai nya setan yang sinis dalan thread ni..  
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 08:04 AM | Show all posts
Suchi replied at 5-4-2022 07:56 AM
Kalau yg jenis behave ok la nak bawak. Mak pak pasti lebih kenal pangai anak sendiri lagu mana kan?
...

hahahaha...
agak ganas adik nya disitu...
siap belit tali kat kepala kakak lagi. nasib baik tali pendek.

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 5-4-2022 07:25 AM
Lagi best kalu campak mercun kebaboom, semakin kuat bunyi mercun, lagi khusyuk solat terawih

lagi besttt juga kalo kanak kanak ni main baling2 selipar jemaah sesama diorg pastu ms nak balik,jemaah tgk selipar depa dh hilang la,sebelah hilang la..pasti comel kan kanak-kanak tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengok la perangai anak dulu. Anak aku ikut mood, kadang2 duduk diam2. Ada masa yg merengek nak balik. Nampak dia moody je mmg aku cancel bawak dia pergi masjid
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 08:29 AM | Show all posts
Antara yang x senang budak2 g teraweh kat masjid
1. xdak anak / anak x nak ikut g masjid
2. malas g masjid, tapi anak dok ajak g masjid
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 08:36 AM | Show all posts
bagi dalil membolehkan budak2 kecik berlari2 dan buat bising dalam masjid. takkan nak amik kata2 mufti dan tokoh berjubah je kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2022 08:36 AM | Show all posts
klu menjerit berlari2 tak kacau org takpe lagi. tp kalau dah melampau sampai pijak org tgh solat mmg ku halau budak tu balik
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh bawa anak tp mak pak kena jaga adab anak2..

Jgn biar anak2 ganggu jemaah lain..kalau nk laru2 kt luar ok aja..cuma yg rengsa tu yg jenis nakal mmg nk kacau org solat..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 08:48 AM | Show all posts
Ok je ada kanak-kanak dalam masjid
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 09:17 AM | Show all posts
bawakla anak2 yg dah mumaiyiz kalau ke surau or masjid tu.. kalau yg toddler tu.. jenis yg kalau dibiar sendiri pon tak ke mana sangat.. habis2 pon dok kuda pak/mak dia.. takpela jugak.

Risau kalau bawak anak sorang.. toddler pulak tu.. tapi dibiar lepas entah ke mana.. risau keselamatan dia. Kalau yg umur2 sekolah rendah ni.. mmg masih berlari2 bertolak2.. bole bawak cuma berpesan2 la jugak..  kalau kt masjid.. dorang bole main kt luar ruang solat tu.. ye la.. tarawih bkn 4 rakaat aje.. lama tu bebudak nk duduk diam. Penat.. bosan. sure dia nak main2 jugak. Kena pulak tengok ada budak2 lain berlari2.. eh dia nk join jugak. Cuit kakak la.. cuit adikla.. pastu sama join.

Anak2 ni kita biasakan dari kecik bawak ke masjid.. mcm korang teringat pengalaman gi masjid kan.. makan moreh.. dah tu apsal kedekut taknak anak2 rasa pengalaman tu. esok2 dah besar.. takdela kekok nk masuk masjid.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.079657 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list