CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 741|Reply: 5

Shanghai Edar Berjuta Kotak Ubat Tradisional Untuk Rawat Covid-19

[Copy link]
Post time 7-4-2022 07:02 AM | Show all posts |Read mode
Shanghai mengedarkan berjuta-juta kotak ubat tradisional Cina (TCM) kepada penduduk seperti produk herba dan kapsul selesema yang dikatakan boleh merawat Covid-19 dalam usaha mengawal wabak.


Ibu kota komersial China, kini di bawah perintah berkurung yang berpanjangan, melaporkan lebih 17,000 jangkitan Covid-19 baharu pada 5 April, termasuk 311 kes bergejala, dalam kalangan penduduk lebih 26 juta.




Kredit foto: Reuters




"Menghadapi varian Omicron yang sangat mudah berjangkit, kami harus menggunakan rawatan TCM secepat mungkin," kata Fang Min, presiden Hospital Shuguang di bandar itu.


"Bagi orang awam, termasuk kumpulan berisiko tinggi, mengambil rawatan TCM apabila wabak itu teruk mempunyai kesan pencegahan yang baik," katanya pada taklimat berita pada Selasa, sambil menambah bahawa rawatan sedemikian sudah diagihkan kepada lebih 21 juta orang.


Beberapa penduduk memberitahu Reuters bahawa mereka menerima ubat selesema percuma, Lianhua Qingwen daripada jawatankuasa kejiranan dalam beberapa minggu kebelakangan ini.


Beberapa yang lain dijangkiti Covid-19 berkata mereka mendapat ubat TCM untuk dilarutkan dalam air panas.


Kira-kira 98 peratus pesakit Covid-19 Shanghai sedang mengambil rawatan TCM, dan pasukan pekerja TCM telah pergi ke hospital dan tapak kuarantin yang ditetapkan sejak wabak terbaru bermula pada Mac, kata Fang.


Pihak berkuasa kesihatan China telah mengesyorkan beberapa ubat dan ramuan TCM, seperti Lianhua Qingwen untuk digunakan oleh pesakit Covid-19, walaupun kekurangan data klinikal yang boleh dipercayai mengehadkan penggunaannya di luar negara.




Kredit foto: CNN




Singapura yang mempunyai populasi etnik Cina yang besar berkata pada November tahun lalu, tidak ada bukti saintifik daripada ujian klinikal rawak bahawa mana-mana produk herba termasuk Lianhua Qingwen boleh digunakan untuk mencegah atau merawat Covid-19.


Ia menasihatkan penggunaan semua produk herba yang dirumus untuk demam dan selesema biasa hanya membantu merawat gejala seperti sakit kepala, hidung berair atau tersumbat, sakit tekak dan batuk.


Pada tahun 2020, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA), memberi amaran kepada vendor Lianhua Qingwen untuk berhenti menjualnya sebagai rawatan Covid-19.


Pegawai di daerah Hongkou di Shanghai telah mengedarkan 722,000 kotak kapsul Lianhua Qingwen, dan berhasrat untuk memberi semua penduduk ubat TCM seperti herba dan uncang teh, kata Shanghai Daily, yang dimiliki oleh kerajaan tempatan.


Shijiazhuang Yiling Pharmaceutical, pembuat Lianhua Qingwen berkata, percubaan klinikal pada 2020 menunjukkan bahawa ia bersama-sama terapi konvensional berkesan melegakan simptom Covid-19 seperti demam dan batuk.


China meluluskan beberapa rawatan termasuk ubat berasaskan antibodi keluaran Pfizer Inc, Paxlovid dan ubat berasaskan antibodi dari Brii Biosciences Ltd untuk merawat pesakit Covid-19, tetapi tidak jelas sejauh mana ia digunakan.




Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2022 07:50 AM | Show all posts
hygiene, mereka kena mengamalkan budaya pembersihan, ni berak pun tak cebuk, pengotor, makan semua benda
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Knape pic bahan mentahhh nokkk??? Utk masak nk berbuka...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 10:03 AM | Show all posts
aku 1 fmily makan pil lianhua qingweng tu..effect dia ni akan buatkan korang muntah kahak tapi iollss 1st time kahak dari pangkal paru2..memang akan kurus sbab tekak pun perit & selera makan pun hilang..tpi jujur ckap agak berkesan gak cme iollss skang xbrani nk mkn sbab tgh preggy
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 10:45 AM | Show all posts
mamajawie replied at 7-4-2022 10:03 AM
aku 1 fmily makan pil lianhua qingweng tu..effect dia ni akan buatkan korang muntah kahak tapi iolls ...

ya.. berkesan ubat ni. tapi kena check betul-betul takut terbeli yang palsu. kat office ni ramai yang makan ubat tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 03:26 PM | Show all posts
Asalnya covid ni pun berasal drp pengamal TCM. Traditional chinese medicine sebab itu makan haiwan pelik2. Lepas tu nak guna TCM pula rawat penyakit. Ntah apa penyakit pelik2 keluar nanti
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.063695 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list