CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 628|Reply: 1

Panduan puasa pesakit diabetes

[Copy link]
Post time 7-4-2022 04:42 PM | Show all posts |Read mode
Panduan puasa pesakit diabetes


SENAMAN ringan untuk pesakit kencing manis.

WALAUPUN ada pesakit yang dibolehkan tidak berpuasa, namun ramai memilih untuk melaksanakan Rukun Islam ketiga itu.

Oleh itu, amat penting bagi penghidap kencing manis untuk memahami risiko dan cara pengurusan penyakit sebelum berpuasa terutama komplikasi berkaitan penyakit berkenaan.

Pengarah Perubatan Abbot Nutrition Dr Nina Mazera Mohd Said berkata, sepanjang berpuasa, individu tidak boleh mengambil makanan dan minuman sehingga 13 jam.

Menurutnya, ini boleh menyebabkan pesakit kencing manis berisiko mengalami komplikasi termasuk dehidrasi atau hipoglisemia semasa berpuasa dan hiperglisemia selepas berbuka.

Terdapat beberapa garis panduan untuk penghidap kencing manis sebelum memulakan ibadat puasa.

"Pertama ialah kerap berjumpa dengan doktor dan pakar diet dalam tempoh enam hingga lapan sebelum Ramadan untuk mendapatkan nasihat perubatan.


"Penilaian pra-Ramadan adalah penting untuk memahami risiko yang mungkin boleh berlaku semasa dan selepas berpuasa serta cara mengatasinya," katanya.

Menurut Dr Nina Mazera, doktor akan menyemak sejarah perubatan, melakukan penilaian risiko, menasihati mengenai dos ubat, rutin suntikan insulin dan menilai sama ada seseorang itu boleh berpuasa atau sebaliknya.

"Selain itu, amalan berpuasa sunat boleh mengelakkan badan 'terkejut' apabila berpuasa Ramadan," katanya.

Menurutnya, garis panduan kedua ialah pengambilan makanan semasa sahur dan berbuka secara sederhana.

Kata Dr Nina Mazera, rancang pengambilan makanan yang mempunyai nilai indeks glisemik rendah dan tinggi serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang serta pemakanan seimbang.

"Formula khusus kencing manis seperti Abbott's Glucerna juga disarankan diambil semasa berpuasa kerana membantu mengawal bacaan glukosa darah dan mengawal glisemik dengan lebih baik.

"Amalkan mengambil dua hingga tiga biji kurma atau sepiring buah-buahan dan minum banyak air untuk mengatasi dehidrasi serta meningkatkan tahap glukosa darah dengan selamat selepas berpuasa," katanya.

Dr Nina Mazera berkata, garis panduan seterusnya ialah memantau bacaan glukosa.


Pemantauan glukosa darah yang kerap semasa berpuasa dan tidak berpuasa adalah perlu untuk menyesuaikan ubat atau rawatan mengikut keperluan pesakit.

"Paras gula dalam darah perlu diperiksa sebelum sahur dan dua jam selepas berbuka. Ia penting untuk mengetahui sama ada tahap bacaan glukosa itu rendah atau tinggi. Mereka boleh berbuka sekiranya keadaan kesihatan tidak berada pada tahap yang baik.

"Pesakit kencing manis perlu peka dengan keadaan badan mereka sama ada hipoglisemia atau hiperglisemia. Bagi dua keadaan ini, mereka dikecualikan berpuasa," katanya.

Jelas Dr Nina Mazera, garis panduan terakhir ialah pesakit kencing manis digalakkan kekal aktif dengan melakukan aktiviti fizikal intensiti ringan dan sederhana.

"Senaman memberi banyak faedah kepada pesakit kencing manis kerana ia boleh menurunkan paras gula dalam darah sehingga 12 jam. Ini membolehkan badan menggunakan insulin dengan lebih cekap.

"Justeru, mereka digalakkan melakukan senaman ringan atau sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sebelum berbuka dan selepas sahur.

"Bagaimanapun, elakkan melakukan aktiviti fizikal secara berlebihan kerana boleh menyebabkan risiko hipoglisemia atau dehidrasi," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/sihat/ ... sa-pesakit-diabetes

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2022 01:09 AM | Show all posts
oh nina.. kawan sy semasa belajar
tk lama dulu pun ada melawat kami di sini dgn hubby dia.. yg juga kawan dan senior saya
ada nmpk dia dalam buletin utama tv3 semalam.. promoting paed something something
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.097478 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list