View: 1498|Reply: 10
|
[Dunia]
Nelayan Rusia temui ‘anak naga’
[Copy link]
|
|
Ikan naga atau chimaera yang ditemui nelayan Rusia di perairan Norway baru-baru ini. - Jam Press
Nelayan Rusia temui ‘anak naga’
MOSCOW – Seorang nelayan Rusia menemui sejenis makhluk laut yang mempunyai rupa seperti seekor anak naga, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.
Roman Fedortsov, 39, menangkap ikan kod, haddock dan tenggiri menggunakan pukat tunda komersial dan kadangkala, pukatnya mencapai kedalaman sehingga 914 meter di bawah permukaan laut.
Aktiviti menangkap ikan laut dalam itu menyaksikan Fedortsov kerap menemui haiwan aneh dan yang terbaharu, makhluk laut itu yang digelar sebagai ‘anak naga baru menetas’ oleh pengguna media sosial.
Haiwan itu bagaimanapun dikenal pasti sebagai chimaera iaitu ikan rawan atau juga jerung hantu.
Fedortsov turut menemui makhluk laut lain yang kelihatan mirip dengan burger keju dan donat.
Itu hanyalah tiga daripada pelbagai spesies laut pelik dan indah yang ditemui oleh Fedortsov. Dia menjadi sensasi di internet kerana kerap memuat naik gambar hidupan laut luar biasa.
Fedortsov menemui kebanyakan hidupan unik itu di laut Norway dan Barents, utara Rusia.
“Semua jenis ikan cantik dengan cara tersendiri. Saya tidak menganggap hidupan ini menakutkan atau hodoh,” kata Fedortsov. – Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... ia-temui-anak-naga/
|
|
|
|
|
|
|
|
sayang mati...kalau hidup boleh letak dlm tangki |
|
|
|
|
|
|
|
Scroll2 gambar kat atas ni, selain ucap subhanallah automatic terus beristighfar jugak bila nampak 1 pic ikan tu muncung dia sebijik muncung tok vida |
|
|
|
|
|
|
|
coba lihat bentuk-bentuk semuanya hodoh dan menggerikan... barangakali alam nak bagi tau bahawa kehidupan tanpa cahaya matahari dan oksigen yang cukup menyebabkan rupa kehidupan menggerikan.
begitulah barangkali wajah kehidupan kita bila kita terus mencemarkan dan menghancurkan satu-satunya planet yang berwarna biru ini sehingga oksigen dan matahari semua terhalang oleh kabus contohnya.
juga don't worry.. aku rasa alien yang nak datang kebumi pun rupa dia lebih kurang macam ni hodoh dan menggerikan kerana mereka hidup dikawasan kurang oksigen dan kurang cahaya matahari. .. kita dah boleh simpulkan mereka mungkin lemah fizikal ...
aku fikir begitu pada mulanya....
tapi bila aku terbaca yang kata mereka ni berupa begitu kerana disebabkan oleh tekanan yang berkurang dengan jumlah yang besar bila dibawa naik kepermukaan..swim bladder mereka pecah(ada ikan yang menyimpan belon udara dalam badan mereka untuk pengapungan).. menyebabkan mereka mendapat bala dengan rupa yang menggerikan hasil dari perbuatan predator paling canggih sekali di alam maya ini... kasihan mereka |
|
|
|
|
|
|
|
katanya, kita baru explore 5% saja dunia lautan. byk lg benda di 'bawah' sana yg belum diketahui dan dikaji. entah2 kapal ufo sembunyi dlm jurang Mariana pun kita tak sedar |
|
|
|
|
|
|
|
Antara angkasa lepas dan lautan dalam, akak rasa lautan dalam pun misteri gak sbb ada hidupan yg hidup sama2 kita di bumi ini tapi kita sendiri tak pernah jmpe melaikan dlm kes2 mcm nelayan rusia ni.
Sbb pukat tunda dia je bleh cecah almost 900+ meter ke dasar laut sana.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kes submarine Indonesia KRI Nanggala yg dulu tenggelam tu pun around 800+ meter mcm tu
Tp based on news ni, pokcik Fedortsov punya pukat bleh capai kedalaman 914 meter.lagi dalam dr KRI Nanggala tenggelam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|