View: 1357|Reply: 0
|
Honda RS-X Repsol Edition dilancar untuk Malaysia
[Copy link]
|
|
Boon Siew Honda hari ini memperkenalkan RS-X Repsol Edition untuk pasaran Malaysia, dan ia dijual pada harga RM9,948 tidak termasuk insurans. Disediakan sebagai pilihan kepada tiga warna sedia ada sekarang, model Repsol Edition ini juga dikatakan hanya akan dikeluarkan terhad sebanyak 5,000 unit sahaja.
Keistimewaan utama model ini sudah tentu adalah pada grafiknya, yang menggunakan rekaan ikonik Repsol yang menggabungkan warna oren, putih, merah dan hitam, sementara bahagian lain pula adalah sama sahaja seperti RS-X biasa yang dilancarkan November tahun lalu.
RS-X digerakkan oleh enjin suntikan bahan api satu silinder DOHC 149.16 cc, dan dipadankan bersama transmisi enam kelajuan untuk menghasilkan kuasa 15.8 hp pada 9,000 rpm dan 13.6 Nm tork pada 7,000 rpm. Enjin hanya boleh dihidupkan dengan pemula elektrik.
Kedua-dua brek hadapan dan belakang menggunakan sistem cakera dengan angkup satu piston dan dilengkapi dengan ABS one-channel, sementara suspensi pula terdiri daripada fork teleskopik di hadapan dan monoshock dengan pelarasan pra beban di belakang. Rim adalah unit 17 inci dengan tayar 90/80 di hadapan dan 120/70 di belakang.
Kelengkapan lain yang terdapat pada RS-X adalah seperti tangki bahan api 4.5 liter, meter digital dengan penunjuk kedudukan gear, lampu depan dan belakang LED, berat 122 kg dan klac jenis basah. Model ini datang dengan jaminan selama dua tahun atau 20,000 km. |
|
|
|
|
|
|
| |
|