CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1534|Reply: 8

[Jenayah] Anak ahli Parlimen disiasat, kes belasah kawan

[Copy link]
Post time 9-5-2022 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Anak ahli Parlimen disiasat, kes belasah kawan
Meor Riduwan Meor Ahmad
[email protected]

Melaka: Berpunca perselisihan faham, anak kepada seorang ahli Parlimen di negeri ini didakwa bertindak menumbuk kenalan lamanya di sebuah rumah di Pernu di sini.

Difahamkan kejadian berlaku sekitar 12.30 tengah malam, 2 Mei lalu, selepas lelaki itu menghubungi mangsa berusia 49 tahun dan meminta lelaki datang ke rumahnya.

Sumber, perselisihan faham berlaku selepas mangsa dituduh bersikap kurang ajar terhadap ibu suspek ketika berada di kedai ikan bakar di Umbai di sini, sebelum itu.

"Ketika sampai di rumah berkenaan, berlaku pertengkaran antara mereka sebelum suspek menumbuk kepala mangsa.

"Malah suspek turut dikatakan menghantukkan kepalanya ke muka mangsa hingga menyebabkan kecederaan di bahagian hidung selain meludah muka mangsa," katanya.

Difahamkan mangsa ada meminta untuk bertemu ibu suspek bagi mengetahui perkara sebenar namun dihalau keluar dari kediaman itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi tadi mengesahkan menerima laporan dibuat pengadu pada 6 Mei lalu di Balai Polis Kandang di sini.

Katanya, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

"Setakat ini polis sudah selesai merakam keterangan individu terbabit. Kedua-dua mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain.

"Namun saya tidak dapat mengulas lanjut kerana siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Disiarkan pada: Mei 9, 2022 @ 9:48am

p.s. komen kat fb mengatakan saspeknya anak kepada timbalan menteri pertanian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2022 01:12 PM | Show all posts
mangsa dituduh bersikap kurang ajar terhadap ibu suspek ketika berada di kedai ikan bakar di Umbai di sini

masih boleh dipanggil mangsa ka dah ko yang kurang ajar dulu
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Gerak Gempur Pemuda Umno.

Kalau perlu terbalik kan mejo, kata Mat assan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 06:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tiba musim anak mp bermaharajalela ka?ko ingat ko anak raja?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 07:37 AM | Show all posts
yang berkuasa bapak kau..kau apa ada hehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu2 ada kes anak datuk kena bunuh sbb org dah lama sakit hati dgn perangai berlagak dia.... Tak ingat kat mana tapi anak datuk ni khabarnya sangat berlagak, membuli orang sana sini...Al Fatihah utk dia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2022 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 10-5-2022 09:56 AM
Decaffeinated replied at 9-5-2022 01:12 PM
masih boleh dipanggil mangsa ka dah ko yang kurang ajar dulu


'kurang [email protected] 1 jenayah'.....pernah dengar x...beberapa thn yg lalu..selepas 1 parti politik tu naik.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 10:04 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 9-5-2022 01:12 PM
masih boleh dipanggil mangsa ka dah ko yang kurang ajar dulu

Criminally, yep, die still mangsa.
And kejadian ni bukan in situ, mende dah lepas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2022 10:11 AM | Show all posts
lahabau buat hal lagi...  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.403461 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list