CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 472|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Banjir kilat antara terburuk dalam 2 tahun

[Copy link]
Post time 25-5-2022 04:27 PM | Show all posts |Read mode

SEORANG penduduk Kampung Semarak terjejas apabila kediamannya dinaiki air akibat banjir kilat berikutan hujan lebat. FOTO Bernama

Seremban: Penduduk Kampung Ismail di sini menyifatkan banjir kilat yang berlaku susulan hujan lebat dan ribut malam tadi antara yang terburuk dalam tempoh dua tahun apabila paras air mencecah kira-kira tiga meter.

Warga emas yang menetap hampir lima dekad di kampung tersebut, Rohaini Abdullah, 77, berkata, kawasan berkenaan sememangnya sering berlaku banjir namun kejadian kali ini tidak dijangka apabila air meningkat begitu pantas menyebabkan dia tidak sempat menyelamatkan barangan berharga.

"Ketika itu 7.30 malam, saya berada di dalam rumah dan tidak dengar bunyi hujan. Anak tiba-tiba bergegas ke arah saya dan memberitahu siren banjir telah dibunyikan dan apabila saya menjenguk ke luar rumah, saya dapati air telah mula naik.

"Dua minggu lepas ada berlaku banjir tetapi air tidak masuk ke dalam rumah. Ini boleh dikira kali ketiga banjir terburuk berlaku dalam tempoh dua tahun ini selepas banjir Disember lepas, kerugian boleh cecah ribuan ringgit," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Khairulnizam Ahmad, 47, pula berkata kawasan perumahan itu yang terletak berhampiran Sungai Batang Pena menyebabkan lokasi tersebut lebih cepat dinaiki air berbanding kawasan lain.

Beliau berkata, anggota penyelamat termasuk bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) datang membantu namun mengalami sedikit kesukaran untuk memasuki kawasan banjir memandangkan banyak kenderaan diletakkan di tepi jalan.

Dalam pada itu, Pegawai Daerah Seremban Mohd Nizam Tajul Arus berkata hampir 300 rumah dikenal pasti terjejas akibat banjir itu antaranya di Kampung Ismail, Kampung Semarak, Kampung Pasir dan Kampung Dato Mansor.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... buruk-dalam-2-tahun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 12:13 PM GMT+8 , Processed in 1.428609 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list