CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19119|Reply: 12

[Dunia] Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat tarawih sepanjang Ramadan

[Copy link]
Post time 23-2-2025 08:55 AM | Show all posts |Read mode
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat tarawih sepanjang Ramadan
Oleh BERNAMA - Februari 22, 2025 @ 8:13pm


KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang Ramadan tidak lama lagi.

Arahan itu diumumkan oleh Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi menerusi akaun X rasminya pada Rabu, sebagai sebahagian daripada garis panduan dan arahan kepada masjid bagi persiapan bulan Ramadan pada Mac ini.

Kementerian itu menjelaskan, larangan itu bertujuan untuk memastikan kesucian masjid, mencipta suasana yang kondusif bagi menjalani ibadah serta menjamin keselesaan jemaah.

"Kementerian juga menegaskan keperluan untuk menetapkan kawalan terhadap pemasangan kamera di masjid dan tidak menggunakannya untuk merakam imam serta jemaah ketika solat…," menurut kenyataan itu.

Arahan itu turut menyatakan bahawa imam bertanggungjawab memberikan kebenaran kepada jemaah, mengesahkan tiada pelanggaran dilakukan mereka, mengetahui maklumat berkaitan jemaah serta mendapatkan kelulusan penaja yang sah bagi bukan warga Arab Saudi.

Kementerian turut menekankan larangan mengumpul sumbangan kewangan bagi projek penyediaan iftar (berbuka puasa) dan lain-lain. Sekiranya terdapat penyediaan iftar, ia hendaklah diadakan di tempat yang disediakan di perkarangan masjid serta di bawah tanggungjawab imam dan bilal.

Pihak yang bertanggungjawab menyediakan iftar perlu membersihkan kawasan berkenaan sejurus selepas berbuka serta dilarang mendirikan bilik atau khemah sementara bagi tujuan itu, menurut kenyataan berkenaan.

Kementerian juga menggesa petugas masjid, termasuk imam, pendakwah dan khatib, untuk meningkatkan kesedaran agama dengan menerangkan keutamaan bulan Ramadan, hukum-hakamnya, galakan melakukan amal kebaikan serta kepentingan memanfaatkan keberkatan hari dan malam sepanjang bulan itu.

Pemeriksa masjid akan mempergiat lawatan lapangan bagi memastikan semua arahan kepada petugas masjid dipatuhi dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan itu. – BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2025 09:03 AM | Show all posts
Okey la nih, sekurang-kurangnya dapat mengelak menunjuk..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2025 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by 3chanceno at 23-2-2025 11:48 AM

Meols dah berangqn nak tengok solat terawih nie live dari sana  sedihnya dah tak dapat dengar & lihat solat terawih dari sana
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2025 11:07 AM | Show all posts
Alhamdulillah.  Setuju dgn semua larangan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2025 11:45 AM | Show all posts
Padan muka kaki live cari makan kat socmed.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2025 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
3chanceno replied at 23-2-2025 10:13 AM
Meols dah berangqn nak tengok solat terawih nie live dari sana  sedihnya dah tak dapat d ...

Ai rs bkn live media official ni...ni yg jemaah yg nak tunjuk live die jemaah kat mekah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2025 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
3chanceno replied at 23-2-2025 10:13 AM
Meols dah berangqn nak tengok solat terawih nie live dari sana  sedihnya dah tak dapat d ...

tv Al-Hijrah hari2 ada live
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2025 01:52 PM | Show all posts
senyum sini gang2 konoha sebab mereka akan claim solat terawih mereka paling betul...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2025 02:02 PM | Show all posts
adeqbun replied at 23-2-2025 12:37 PM
Ai rs bkn live media official ni...ni yg jemaah yg nak tunjuk live die jemaah kat mekah

ye.  saya pun rasa mcm tu.  annoying sgt dgn yg serba serbi nak tunjuk live/rakam  masa beribadah.

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2025 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
asamfish replied at 23-2-2025 02:02 PM
ye.  saya pun rasa mcm tu.  annoying sgt dgn yg serba serbi nak tunjuk live/rakam  masa beribadah.  ...

Kalau yg live personal tu mmg wajib la dihalang..nak2 yg siap ade videografer mengikut sepjg berihram utk content..jijixx sgt kelaku mcm ni..xreti nak hargai moment beribadah..alasanya nak influence netizen benda2 yg baik
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2025 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
3chanceno replied at 23-2-2025 10:13 AM
Meols dah berangqn nak tengok solat terawih nie live dari sana  sedihnya dah tak dapat d ...

Awat pulak sedih?
Sama je cara solat semua muslim.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2025 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
adeqbun replied at 23-2-2025 12:37 PM
Ai rs bkn live media official ni...ni yg jemaah yg nak tunjuk live die jemaah kat mekah

Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang Ramadan tidak lama lagi.

- kalau baca ni, mcm kesemuanya sekali dilarang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2025 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
asamfish replied at 23-2-2025 02:02 PM
ye.  saya pun rasa mcm tu.  annoying sgt dgn yg serba serbi nak tunjuk live/rakam  masa beribadah.  ...

Ko jgn.. deme ahli syurga... sampai kan org yg tak rajin berpuasa mcm deme di cop bkn ahli ibadah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.877427 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list