CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 520|Reply: 0

[Johor] Tiga beranak gerakkan sindiket edar dadah

[Copy link]
Post time 2-6-2022 03:40 PM | Show all posts |Read mode

Kamarul Zaman menunjukkan dadah yang dirampas daripada sindiket pengedaran dadah ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini, hari ini. FOTO IZZ LAILY HUSSEIN

Johor Bahru: Suami isteri warga emas dan anak lelaki ditahan di kediaman mereka di Taman Century di sini, kelmarin selepas disyaki terbabit dengan sindiket pengedaran dadah sejak empat bulan lalu.

Mereka yang berusia 73, 70 tahun dan 36 tahun ditahan pada 3.30 petang, sebelum polis melakukan serbuan susulan dan menahan rakan anak lelaki yang berusia 36 tahun di pangsapuri Taman Mount Austin pada 5.50 petang semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menemui pelbagai dadah bernilai lebih RM1.25 juta dalam dua kediaman itu.

"Hasil risikan dan siasatan hampir empat bulan lalu, polis berjaya membongkar sindiket ini yang menjadikan kediaman sebagai tempat menyimpan barang larangan itu sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.

"Dadah dibungkus dalam bungkusan menyerupai peket minuman untuk mengelirukan pihak berkuasa dan jenis minuman itu mungkin popular di luar negara.

"Mereka menyasarkan pusat-pusat hiburan untuk mengedar dadah ini yang mana satu peket boleh mencecah RM250," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Kamarul Zaman berkata, rampasan membabitkan 14.31 kilogram (kg) serbuk ekstasi, 4.06 kg ketamin, 6,440 biji pil Eramin 5 dan 10,291 biji pil ekstasi yang semuanya bernilai lebih RM1.25 juta.

Selain itu, katanya, turut disita, empat kereta, sebuah motosikal, wang tunai RM41,093, seutas rantai leher dan dua utas jam tangan semuanya bernilai RM206,193.

Menurutnya, ujian saringan air kencing mendapati dua suspek positif methamphetamine dan semakan rekod lampau menunjukkan seorang suspek mempunyai kes berkaitan dadah.

"Semua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 7 Jun ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya yang memberitahu polis giat menyiasat sumber bekalan dadah.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sindiket-edar-dadah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.368547 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list