MELAKA – Restoran 35 yang dikaitkan kontroversi kerana layanan kasar terhadap pelanggan dinasihati supaya lebih beretika sekaligus menjaga imej Melaka sebagai negeri pelancongan.
Exco Perpaduan, Penerangan, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna Ngwe Hee Sem berkata, walaupun orang Melaka terkenal dengan cara percakapan yang kasar, ia tidak seharusnya ditonjolkan kepada pelanggan apatah lagi dijadikan satu budaya.
Menurutnya, keadaan itu jika disalah tafsir memberikan persepsi negatif yang dikhuatiri mengguris perasaan pelancong daripada pelbagai latar belakang dan budaya.
“Dari segi layanan seperti yang ditularkan itu, saya sudah nasihat pekedai yang mereka seharusnya layan pelanggan dengan cara baik dan bersopan santun.
“Ini (cakap kasar pada pelanggan) bukan budaya di Melaka, ini lebih kepada kes individu kerana kalau kita lihat semua restoran lain mereka boleh beri layanan yang baik kepada pelanggan.
“Mungkin Restoran 35 ini cara cakap mereka tu agak tinggi sikit suara dan itu memang cara mereka tapi kena juga faham bukan semua pelanggan boleh faham cara begitu,” katanya lagi.
Ngwe Hee Sem (kanan) mendapatkan penjelasan daripada pemilik Restoran 35 di Banda Hilir, Melaka yang mencetuskan kontroversi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan mengejut ke restoran berkenaan di sini hari ini.
Semalam, MalaysiaGazette melaporkan dakwaan sikap biadap dipercayai pekerja sebuah restoran asam pedas di Banda Hilir di sini yang memarahi pelanggannya dengan perkataan menghina.
Sebelum ini, restoran sama dikatakan pernah tular apabila dipercayai pekerjanya juga memarahi pelanggan sehingga mendapat reaksi masyarakat yang meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pengusaha restoran terbabit.
Dalam kejadian terbaharu, satu klip video berdurasi 51 saat yang tular di media sosial sejak kelmarin di mana seorang pelanggan dari Singapura diherdik dengan perkataan yang menggambarkan mereka sekeluarga tidak mampu menikmati menu di restoran asam pedas berkenaan.
Mengulas lanjut, Hee Sem berkata, hasil pemeriksaannya hari ini juga mendapati restoran berkenaan mematuhi semua aspek undang-undang di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
“Saya lihat, semua menu di sini diletakkan tanda harga dan harga yang ditawarkan juga berpatutan jadi tidak timbul isu harganya yang mahal sebagaimana didakwa,” katanya. – MalaysiaGazette
Kena banyak belajar dari peniaga Jepun dan Korea macam mana mereka hormat pelanggan mereka ketat mana pun muka sibuk mana pun tetap juga tunduk hormat ucap selamat.
Post time 12-6-2022 11:18 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ada juga lah function lain exco pelancongan ni selain promote tempat & ajak orang datang melancong. Lagipun singaporean kan family minah tu? Penats jur exco promote kau bagi layanan hanat kat orang yer. Patut lah engko menggelupur minta maaf layan orang kasar rupanya exco dah tegur. Adan uke.
Post time 12-6-2022 12:48 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sbnrnya bukan budaya org Melaka ckp gtu..org kata kalu Jupe org Melaka ckp elok2..tu keturunan bangsawan psl percakapannya lembut2 kt sana..yg keturunan kuli kasta rendah ckp kuat2..psl tu xramai spesis ckp kuat2 kt sna..pasal kasta rendah masa zaman Sultan Melaka..