Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Hafsh bin Umar, diceritakan oleh Syu'bah, daripada Abu Ishaq, daripada Abdullah bin Abu Bashir, daripada Ubay bin Ka'ab,
"Rasulullah s.a.w. pernah mengerjakan solat Subuh bersama kami, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apakah si fulan hadir?"
Mereka (para sahabat) menjawab, "Tidak."
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apakah si fulan hadir?"
Para sahabat menjawab, "Tidak."
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Dua (2) solat ini (Subuh dan Isyak) adalah solat yang paling berat bagi orang-orang munafik.
Andai kata kalian mengetahui apa (keutamaan) yang ada pada kedua-duanya, nescaya kalian akan menghadirinya sekalipun dengan merangkak.
Dan sesungguhnya saf pertama adalah seperti saf para malaikat. Seandainya kalian mengetahui keutamaan saf pertama, nescaya kalian akan merebutkannya.
Sesungguhnya solat seseorang yang berjemaah dengan satu (1) orang, adalah lebih baik daripada solat sendirian.
Dan solatnya bersama dua (2) orang jemaah, adalah lebih baik daripada solat bersama seorang jemaah.
Semakin banyak jemaahnya, maka semakin dicintai oleh Allah Ta'ala."
(Hadith Abu Daud no. 467)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|