View: 8315|Reply: 139
|
[Tempatan]
Sistem pendidikan negara tidak ada hala tuju | Luahan hati cikgu bersara awal yang terpaksa menipu.
[Copy link]
|
|
Edited by maklukpenggoda at 17-6-2022 10:40 AM
"SAYA boleh mengajar dari pagi sampai ke petang tetapi saya tidak akan kembali berkhidmat jika sistem pendidikan tidak diubah".
Itu pendirian bekas guru bahasa Inggeris, Wan Maizura Kamaruddin yang memilih untuk bersara awal pada 1 September tahun lalu ketika berusia 53 tahun walaupun sepatutnya masih berbaki lagi tujuh tahun.
Menurut Wan Maizura, dia tidak pernah terbayang untuk bersara awal sehinggalah pada satu ketika keputusan itu dibuat selepas merasakan dirinya tidak mampu mengikuti sistem pendidikan sedia ada.
"Contohnya sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan pemansuhan peperiksaan. Kadang-kadang saya terpaksa menipu dalam memberi markah tahap penguasaan murid walaupun budak itu tidak tahu membaca.
"Kerana ada pihak yang takut jika kena minta surat tunjuk sebab. Majoritinya menipu demi nak mendapatkan data yang cantik," katanya kepada Majoriti.
Bekas guru bahasa Inggeris, Wan Maizura.
Menurut Wan Maizura, kebebasan bersuara dalam kalangan guru juga seolah-olah disekat kerana perlu selari dengan pendapat pihak tertentu seperti guru besar dan jika tidak, akan ditukar atau diambil tindakan.
Jelasnya, dia pernah bersuara mengenai pihak atasan dan salah laku guru besar tetapi tidak diendahkan malah dia sendiri yang terpaksa menanggung akibat hingga dihantar mengajar ke kelas bawah.
"Bila guru besar dah tak suka saya, apa lagi boleh dibuat. Lebih baik saya berhenti. Bagi saya ketiadaan hak bersuara ini sesuatu yang sangat tidak profesional.
"Itu belum lagi kerenah birokrasi bila terlalu banyak aktiviti yang ingin dilakukan di sekolah seperti keceriaan kelas dan sebagainya sehingga kami terpaksa guna duit sendiri.
"Bertahun-tahun kami (guru-guru) terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk aktiviti-aktiviti yang tidak relevan sebaliknya hanya mahu ditunjuk kepada Nazir Sekolah dan pihak jabatan yang datang melawat.
"Bila kita tanya, kita diminta untuk buat sahaja dan dimomokkan dengan alasan bersedekah dan keberkatan kerja," katanya mengakui perkara itu menjadi tekanan kepada guru.
Arahan berubah-ubah
Satu lagi perkara yang disentuh Wan Maizura adalah berkenaan isu arahan berubah-ubah daripada peringkat atas sehingga ke guru.
Jelasnya, bermula daripada arahan dari Kementerian Pendidikan (KPM), turun ke Jabatan Pendidikan Negara (JPN) dan beberapa lagi pihak sehinggalah ke sekolah semuanya berbeza.
"Setiap arahan dari atas bila turun ke bawah semakin bertambah. Saya sifatkan ini dengan istilah 'little napoleon' di mana Petunjuk Prestasi Utama (KPI) diubah untuk mengikut KPI yang diperlukan pihak tertentu.
"Mereka pula yang tentukan KPI untuk kepentingan diri sendiri dan akhirnya guru terpaksa ikut. Jadi keseronokan untuk mengajar itu telah tiada dan ditarik oleh sistem pendidikan sebegini.
"Saya ini seorang yang 'gila' mengajar. Tetapi bila ada arahan bertindih sampaikan kena kerja pada pukul 10 malam, awal pagi kena masukkan data, ini yang kita tak mampu ikut.
"Kita nak mengajar untuk memanusiakan budak-budak. Kenapa kita nak mengajar mengikut KPI orang tertentu? Mereka hanya mahukan data yang cantik," katanya yang sebelum ini mengajar di Sekolah Kebangsaan Presint 16(1), Putrajaya.
Jelasnya, Pegawai Tadbir Daerah (PTD) yang tidak mempunyai asas perguruan yang menetapkan KPI guru, minta lakukan bermacam program semata-mata nak mencapai KPI mereka di kementerian.
Malah, dia sebagai seorang guru lama sudah mempunyai modul pengajaran yang boleh meningkatkan kualiti murid tetapi sayangnya tidak diiktiraf sebaliknya perlu mengikut arahan yang lebih menjurus kepada kepentingan pihak tertentu.
Terpaksa hadap atau pencen awal
Walaupun ramai yang sudah tertekan dengan situasi sekarang, Wan Maizura memberitahu terdapat beberapa individu yang terpaksa menyimpan hasrat untuk bersara disebabkan komitmen kewangan.
Seperti dirinya, dia sudah sepatutnya bersara pada usia 60 tahun tetapi disebabkan sudah tidak mampu bertahan dengan sistem pendidikan sekarang, dia terpaksa mengambil tindakan nekad.
"Bila dah tertekan, memang saya sudah tak fikir apa yang akan jadi selepas ini. Mujur saya ada suami yang membantu terutamanya daripada segi kewangan.
"Cuma bagi mereka yang muda, terpaksalah hadap kerana masih ada bebanan hutang dan komitmen kewangan yang lain.
"Tetapi apa yang mengecewakan adalah mereka ini terpaksa bertahan dan seakan sudah tidak mempunyai jiwa untuk mendidik," katanya.
Menurut Wan Maizura, dahulu tidak pernah berlaku perkara sebegini (bersara awal) dan sejak lima ke enam tahu kebelakangan ini isu bersara awal mula berbangkit.
Tambahnya, sistem pendidikan sekarang seperti tiada hala tuju yang membuatkan ramai guru seakan sudah tidak ada jiwa untuk mengajar.
https://majoriti.com.my/berita/2022/06/15/jiwa-pendidik-diragut-sistem-pendidikan-terpaksa-039menipu039-demi-data
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ramai cikgu2 tertekan...tengok dlm forum ni pun yg cikgu dan bekas cikgu, semuanya kepala tak brape betul...kesan sistem berubah-ubah kot...jahanam pendidikan negara |
|
|
|
|
|
|
|
@dua_chzy plis komen?
Memang sadis sistem didik negara ni. Tukar2 polisi ikut kepentingan peneraju kabinet. Apa yg untungkan dia... yg tu lah jadi visi sistem utk guinea pigs negara |
|
|
|
|
|
|
|
Seriously...patutla rakyat Malaysia x setanding dgn rakyat luar negara tahap otak..cth manada seko pun rakyat Malaysia mampu mencipta sesuatu yg boleh dunia ikut... |
|
|
|
|
|
|
|
lain kali jadi cikgu tiktok ootd je
xde kisahkan pasal mengajar
kisahkan pasal view tiktok dgn baju apa nk pakai |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 17-6-2022 03:11 AM
mclaren replied at 17-6-2022 02:46 AM
@dua_chzy plis komen?
Memang sadis sistem didik negara ni. Tukar2 polisi ikut kepentingan peneraju ...
Maizura ni cakap pasal open secret dunia pendidikan tanahair.
Fasal kena menipu bila bagi markah PBD/,S tu, aiol dah merasa. Har2. Tahun lepas aiol berkeras tak mau menipu (tinggikan markah at least pegi 3 = tahap penguasaan minimum) so aiol bagitau ahli panitia, bagi markah jujur. Mujo tak kena soal oleh PPD (tahun2 sebelumnya weol diwajibkan oleh PPD untuk letak minimum 3 supaya result nampak canteks). Tapi tu pun markah panitia ai bagi tu hada slight change (atas arahan pentadbir) bila dah sampai tangan SU PBD/S.
Then menipu markah pentaksiran Kokum. Yang ni aiol siap bergaduh dengan PK Kokum sebab tak mau ubah markah luluskan semua pelajar atas demand PPD (camna nak lulus, isi kehadiran di Google Form ja pun malas? Aktiviti online ai buad pun tak mo join?). Ujung2 dia pi ubah sendiri, submit kat PPD, pehtu weol dapat anugerah pengurusan kokum terbaik daerah. Cibai, wakakakakaka
Cikgu2 senyum sinis je la baca luahan Maizura.
Tapi, satu dunia la sebenarnya ada masalah dalaman dalam pendidikan. Kalau baca luahan cikgu2 kat US pun lebih kurang ja dengan cikgu2 tanahair. Cuma cikgu2 Scandinavian countries ja kot mampo ketawa riang. |
|
|
|
|
|
|
|
"Contohnya sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan pemansuhan peperiksaan. Kadang-kadang saya terpaksa menipu dalam memberi markah tahap penguasaan murid walaupun budak itu tidak tahu membaca.
Sistem pbs ini berdasarkan penipuan uols. Tahniahlah kepada semua...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sad truth. Guru ni melaluinya dan juga bidang2 yang lain. Harap ada pihak bukak mata |
|
|
|
|
|
|
|
kita yg diluar kkm pun dpt rasa yg pendidikan kat Msia ni mmg dah lost takde hala tuju,apatah lagi cikgu cikgi |
|
|
|
|
|
|
|
jgn kata cikgu,staff pun tertekan keje,same je,
|
|
|
|
|
|
|
|
Hmm tu lah. Nk ikut ngara luar xde exam tp caca marba pelaksanaan. Kesian kt bdk2. Ni 20ribu lbh x ambil spm. Lpsni spm plk dimansuhkan |
|
|
|
|
|
|
|
Syurga tu bukan halatuju ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
Sangat setuju dan sangat jelas pendangan cikgu ni, represent hampir semua pendapat guru2 senior yg cenerlang. Kementerian patut take note this comment seriuosly. Bila tiada jiwa, tiada roh mengajar lagi, tiada ilmu yg berkesan sampai pada kanak2 yg akan menjadi masyarakat masa depat. |
|
|
|
|
|
|
|
Kaka @Buritan boleh bagi sepatah dua kata |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahaha.....cikgu pun dh terikut style swasta....klau ko anak sedara VP ka GM xde sapa berani jentik, klau GM meluat dgn ko baik terus tender notis la....buat kerja mcm nk mamps pun increament ciput.....anak sedara dia plk every year kenaikan maximum |
|
|
|
|
|
|
|
allshares replied at 17-6-2022 12:12 PM
Kaka @Buritan boleh bagi sepatah dua kata
Koh koh.. aku setujuk jah ape yg dia ckp tuu.. aku dolu dolu beria laa bagai nak mampus study ppsmi.. kita naklaa jd ckgu yg bagus.. baru jahh aku nak blend dan nak expert tukooo.. pas tuu pbs punyalaa byk band yg aku duk kira.. baru jee nak pandai tukoo.. korang ingat aku ni cikgj terus pandai ke bila satu sistem tuu tuko tuko.. amik masa nak phm.. pas tu tuko kbat.. ujung ujung aku maleh dahh.. umo pun dah 40 masalah peribadi pun byk.. pencem awaii.. plg aku kesian.. krlas ujung.. yg baik.. sian tau.. aku tak dpt nak tolong.. maafkan cikgi anak mutid ku kelas ujung.. harap masa deoan mu bersinar.. doa ckgu dr jauh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hohoho bersedekah sgtlaa.. aku pun tak taulaa sedekah ke hape.. tp bab keceriaan aku amik je ape yg ade kat rumah.. krnkadang ade jiran buang barang.. aku belasah jahh amik.. janji leh susun kat dlm kolaas.. bab buku latihan mmg aku tutup mata sbb bg aku.. dgn buat latihsn bebanysk bebudak tuu dptlaa cenerlabg utk koles pandai.. utk koles ujung jdlaa lulus.. yg penting aku dpt luluskan depa.. rasa lega semua lulus wpun d.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semua system tiada yang perfect yach even scandinavia... I ini issue quality or issue hidup mahu semua senang?.... |
|
|
|
|
|
|
|
Benar apa yang diperkatakan, apa yang diperlukan ialah yang berkualiti bukan kuantiti. Hasilnya pun dah boleh lihat sejak beberapa tahun ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku selaku ibu bapa pun pening dgn sekolah skrg.
Dari mula sekolah start in Mac smpai skrg Jun, jadual kelas pun boleh bertukar sampai 4 kali.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|