CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2540|Reply: 26

Anak Usia 10 Bulan Lembik Angkara Jiran Memandai Suap 100Plus

[Copy link]
Post time 18-6-2022 06:50 PM | Show all posts |Read mode
Normal untuk ibu bapa bersikap sedikit cerewet dan protective apabila menyentuh isu pemakanan anak-anak.


Tidak semua makanan atau minuman boleh diberikan kepada mereka, lebih-lebih lagi jika si kecil berusia di bawah lima tahun.


Silap hari bulan, perut si kecil akan meragam, malah tidak mustahil mereka terpaksa dirawat di hospital gara-gara 'disumbat' makanan yang bukan-bukan.




Kredit foto: TikTok




Hal serupa berlaku kepada seorang bayi perempuan sehingga perutnya meragam semalaman gara-gara tindakan tidak bertanggungjawab jirannya yang memberi minum air berkarbonat.


Apa yang dikesalkan, tindakan tersebut dilakukan tanpa kebenaran ibu mangsa.


Bercerita mengenai insiden yang menimpa anak kecilnya, Anggun baru-baru ini, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Bee Naiscyaa berkata ketika itu dia meminta bantuan seorang jiran untuk menjaga bayinya yang berusia 10 bulan buat seketika.




Kredit foto: TikTok




"Saya turun di lobi bawah untuk ke kedai, kebetulan bertemu jiran yang sudah berumur pangkat makcik. Saya singgah sebentar dan bersembang. Saya minta tinggal sekejap sahaja untuk ke kedai di tepi lobi.


"Apabila saya kembali menuju ke arah anak yang sedang duduk dalam stroller, saya nampak makcik tu suap sedikit air berkarbonat kepadanya. Terus saya berlari ke arah makcik itu dan tegur air gas tak elok untuk bayi.


"Dia jawab anak saya nak rasa sikit, tak banyak pun," cerita wanita berusia 27 tahun ini kepada mStar ketika mengimbas kembali insiden berkenaan.


Menurut Bee Naiscyaa, dia langsung tidak melengahkan masa lantas terus bergegas membawa anaknya pulang ke rumah dan memberinya minum air masak.


Bagaimanapun, hal yang dibimbangi Bee Naiscyaa berlaku jua apabila anak tunggalnya mula menangis semalaman, disyaki akibat sakit perut dek minuman berkarbonat yang diminum sebelum itu.








"Anak menangis, meragam... waktu itu sudah malam dan suami masih bekerja. Belum pulang ke rumah lagi. Saya hanya mampu sapu minyak ubat sambil urut perut anak.


"Sambil tu saya sulam dengan air masak. Alhamdulillah tak lama kemudian dia tidur dan selepas cirit birit dia beransur pulih. Mujurlah dia sakit perut malam itu saja," kata wanita yang menetap di Alam Damai, Cheras.


Ujar ibu kepada seorang cahaya mata ini, kejadian tersebut secara tidak langsung membuatkannya sedikit trauma dan serik untuk berjumpa dengan orang.


"Apabila saya kongsikan dekat TikTok, kebanyakannya memang minta saya bertegas dan jangan biarkan anak kepada sesiapa.







"Daripada perkongsian itu juga, saya ingin tegaskan supaya orang kita sedar dan jangan bawa budaya yang tak masuk akal. Suap menyuap bukan satu trend dan boleh membawa maut.


"Kalau sesiapa suka suap menyuap bayi, tegur dengan cara yang tegas. Beritahu mereka kepentingan pemakanan yang sihat untuk kanak-kanak bawah dua tahun," katanya lagi.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2022 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa suruh tinggal anak dekat jiran
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Elekrolit tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Bawak anak tu ke mana2.. jgn harapkan org
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang kau tinggal anak tu pada orang dah kenapa???
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2022 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Suruh makcik tu suap je air gas kat cucu sendiri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2022 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
dah kedai tu dekat je pun, knapa la ko nak tinggalkan anak ko dengan org lain? itu baru disuapnya 100+.. klu dibawa lari atau buat benda2 lain lagi, nak salahkan org luar tu juga ke? aku salahkan ko perempuan!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2022 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
ingatkan dapat kasihan rupanya cacian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2022 12:45 PM | Show all posts
Sebab tu jangan suka2 sub kat orang untuk jaga tak tahu apa dia lakukan dibelakang kita
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2022 01:25 PM | Show all posts
moral of the story: kalau ada anak below 2 year old tak yah tergedik2 nak husung ke hulu ke hilir bawa bertandang rumah org, bawa kenduri kahwin, rumah sedara mara jiran2, bawa gi open house etc. kalau nak bercikcur suruh org lain jaga, sila bayar & hire part time nanny bukan minta tolong org free free. tu je nak cakap.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2022 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
1st of all, yg ko memandai tnggal ank nkat jiran dh kenapa...baby kan...sdgkan kuarga sndr pun ko xleh caya, apatah lagi org luar
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2022 01:50 PM | Show all posts
Salah sendiri. Janganlah caya kat orang 100%. Lepas ni lepak la lagi kat taman, tah hapa lagi disumbat nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2022 03:02 PM | Show all posts
jari10 replied at 18-6-2022 09:32 PM
Yang kau tinggal anak tu pada orang dah kenapa???

Tngok umur mak tu pun dh thu, bru 27 thun haha, hsil khwin muda, ank pun lantak je lh.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2022 03:02 PM | Show all posts
ezacbee replied at 19-6-2022 01:50 PM
Salah sendiri. Janganlah caya kat orang 100%. Lepas ni lepak la lagi kat taman, tah hapa lagi disumb ...

Mak muda, bru 27 thun, mmg xde bnyk pngalaman haha.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2022 03:03 PM | Show all posts
margo20 replied at 19-6-2022 12:25 PM
ingatkan dapat kasihan rupanya cacian

Slah sndri sheol jugak haha, umur bru 27 thun, muda lgi. Klau mak2 yg dh brpngalaman, xde nya nak biarkn baby sndri cmtu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2022 03:04 PM | Show all posts
imanjannah replied at 19-6-2022 12:08 PM
dah kedai tu dekat je pun, knapa la ko nak tinggalkan anak ko dengan org lain? itu baru disuapnya 10 ...

Ikr? Dh nmanya ank sndri, lain kli bwa dgn tgn sndri & buknnya d tinggalkn kat strangers.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2022 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Alamak terkena balik rupanya. Ingatkan acik2 forum serbu nak backup.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2022 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
gideoncross replied at 19-6-2022 03:02 PM
Tngok umur mak tu pun dh thu, bru 27 thun haha, hsil khwin muda, ank pun lantak je lh.

Dah pernah berkali2 kan dia kata pernah disuap dgn yg tak sepatutnya..termasuk rendang. Memang mak bodo.. klu 17 tahun, yes mak muda
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2022 03:09 PM | Show all posts
kesian baby tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2022 05:44 PM | Show all posts
jari10 replied at 19-6-2022 03:08 PM
Dah pernah berkali2 kan dia kata pernah disuap dgn yg tak sepatutnya..termasuk rendang. Memang mak ...

Nmpk sngt blum ada klayakkan jdi mak & bgi iol 27 tu msih muda haha.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.085648 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list