CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1295|Reply: 13

[Politik] Kenapa SPRM tak siasat Muhyiddin macam Rohana?

[Copy link]
Post time 18-6-2022 08:46 PM | Show all posts |Read mode
Tokoh veteran Umno Shahrir Samad membangkitkan mengapa SPRM tidak menjalankan siasatan terhadap Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, yang didakwa menerima RM1.3 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).

Shahrir membuat perbandingan dengan tindakan SPRM yang menjalankan siasatan terhadap bekas CEO Kumpulan Astro Malaysia Holdings Bhd, Rohana Rozhan selepas namanya disebut bekas Pengerusi Goldman Sachs Group Inc Asia Tenggara Tim Leissner ketika perbicaraan terhadapnya di Amerika Syarikat.

"Kalau kenyataan saksi dalam mahkamah Amerika Syarikat tentang pemberian wang oleh Tim Leisnner kepada Rohana menggerakkan SPRM untuk menyiasat Rohana, mengapa pula SPRM tidak bertindak sama pantas atas bahan bukti yang sudah diketahui hasil siasatannya sendiri.

"Kalau bukan Muhyiddin yang didakwa menjadi sebab (tiada siasatan), begitu jugalah bukan Rohana yang menjadi tertuduh dalam mahkamah Amerika Syarikat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Siasatan terhadap Rohana dibuat setelah Leissner berkata dia memberi Rohana AS$10 juta dan wanita itu menggunakan wang itu untuk membeli rumah di London.

Ketika perbicaraan kes rasuah terhadap Zahid berhubung projek Visa Luar Negara (VLN) semalam, bekas pengurus pentadbiran UKSB David Tan Siong Sun berkata syarikat itu memberi RM1.3 juta kepada Muhyiddin secara tunai antara 4 Jun hingga 23 Ogos 2018.

Muhyiddin kemudian menafikan dakwaan itu dan berkata dia sedia disiasat oleh SPRM.

Sharir berkata lagi, SPRM sepatutnya telah tahu tentang dakwaan berkaitan Muhyiddin itu setelah meneliti bahan bukti daripada UKSB.

Dengan itu, dia mendakwa pihak peguam negara juga tahu akan dakwaan itu sebelum ia ditimbulkan saksi semalam.

Kenyataan Shahrir hanya merujuk kepada Muhyiddin namun nama ahli politik lain yang disebut dalam prosiding semalam termasuk Khairy Jamaluddin, Reezal Merican Naina Merican, Hishammuddin Hussein, Mohd Shafie Apdal dan Anifah Aman.

Nama-nama ahli politik itu terdapat di dalam lejar UKSB dan Laporan Analisis kes Cawangan Forensik dan Teknologi SPRM.

Terdahulu hari ini, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Razlan Rafii menggesa Muhyiddin turut didakwa atas tuduhan rasuah.

Ketua Penerangan Bersatu Kedah, Khairul Anuar Ramli pula menggesa laporan SPRM terhadap pemimpin-pemimpin Umno yang dinamakan sebagai penerima wang daripada UKSB.

https://www.malaysiakini.com/news/625200

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2022 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab Din Pagoh ada butang, jangan sampai dia tekan butang & sebut bod**.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 07:33 AM | Show all posts
kebal beb. tu sebab ramai nak jadi ahli politik
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
mesti sprm taw yg siapa penerima duit dri company tu. lejar tu bahan bukti utk kes zahid hamidi. mustahil sprm x taw
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 07:49 AM | Show all posts
yg kena siasat najib & zahid ja

LGE pun tiada
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 11:42 AM | Show all posts
Dari tahun 2018 lagi SPRM dah tau Mahiyadin, KJ, Shafie bedal, hishamudin semua tu dapat duit dari UKSB.
kenapa SPRM tak soal siasat ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2022 11:58 AM | Show all posts
sebab orang masih terhutang budi dengan mahiyadin. dia adalah salah seorang yang terpaksa dipecat dan keluar parti ketika bersuara pasal 1mdb.....dulu dia ada imej yang baik, bila keluar berita pasal skandal dia orang atau sesiapa pun juga jadi terpinga-pinga .. eh betul ker... eh bingung aku... hahah
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 12:00 PM | Show all posts
pak yidin takde tetek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2022 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 20-6-2022 12:14 PM

Salah dap la nih menteri melayu kuat makan rasuah..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 12:44 PM | Show all posts
2018 kan mahiadin ada kuasa.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kimora tersenyum sinis?

Kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Politaik mmg bongok..... gubal undang2 parlimen buat sprm konon nk tunjuk bgus x mkn rasuah, tangkap pun bilis marhaen jerr....bila yg gubal u2 kantoi.....ujong2 suma bebas suci murni....dh byk contoh yg dh lepas
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 05:57 PM | Show all posts
amboiiiiiiii.... tak padan dgan lembab bak lemboo... kemahennn ehhhh......
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 08:01 PM | Show all posts
2018 kan zaman PH memerintah. Mana la dorang nak siasat pemimpin PH. Sedangkan kes guan eng pun senang2 digugurkan. Yang penting dorang nak kenakan Najib & Zahid jer.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.203999 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list