CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 947|Reply: 12

[Tempatan] Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, terkejut dan nafi terima wang UKSB

[Copy link]
Post time 20-6-2022 08:59 AM | Show all posts |Read mode
Anifah terkejut, nafi terima dan terima wang UKSB

https://www.utusan.com.my/nasion ... n-terima-wang-uksb/

Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
20 Jun 2022, 8:49 am


ANIFAH AMAN

PETALING JAYA: Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menafikan menerima sebarang wang daripada Ultra Kinrara Sdn. Bhd. (UKSB) dan menegaskan tidak pernah berjumpa dengan bekas Pengurusan Pentadbiran syarikat itu, David Tan Siong Sun.

Anifah yang terkejut dengan keterangan Siong Sun kemudian memaklumkan beliau bersedia untuk membantu siasatan dijalankan pihak berkuasa bagi membersihkan namanya.

“Sebagai Menteri Luar, saya berjumpa dengan ramai orang. Seingat saya, tidak pernah jumpa David Tan atau menerima sebarang wang daripadanya mahupun UKSB.

“Saya tidak mengetahui siapa mereka dan saya tidak pernah berurusan dengan mereka dalam apa perkara sekali pun,” katanya dalam kenyataan.

Beliau merujuk kepada laporan berita membabitkan namanya menerusi keterangan Siong Sun selaku saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes rasuah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Selain bekas Ahli Parlimen Kimanis itu, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disebut sebagai salah seorang penerima dana berjumlah kira-kira RM1.3 juta daripada UKSB selalu syarikat pembekal perkhidmatan visa luar negara (VLN) oleh saksi pendakwaan ke-17 bicara kes Ahmad Zahid.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pagoh itu dalam reaksi balasnya menafikan kenyataan saksi pendakwaan terbabit iaitu Siong Sun.

Malah, prosiding tersebut turut menamakan tiga anggota Kabinet seperti Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan seorang lagi bekas menteri iaitu Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Susulan pendedahan itu, SPRM dalam reaksi segera memaklumkan akan membuka kertas siasatan terhadap penama yang didakwa menerima wang dalam perbicaraan kes rasuah itu. – UTUSAN

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2022 09:05 AM | Show all posts
betul2 tekejut ke buat2 terkejut?
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 09:11 AM | Show all posts
Kuceng saya pun terkejut berikutan membaca berita ini.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 10:50 AM | Show all posts
nie sorang lg...buat2 lupa...tp duit dpt buat soping
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni semua salah Dap..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 12:17 PM | Show all posts
mungkin dia berkata benar .... dia terkejut sebab dia dah lupa.. ... sebab lupanya ialah banyak pihak bagi duit..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2022 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 20-6-2022 12:03 PM
Ni semua salah Dap..

Hahaha....itu lain....tp klau nama hakim yg kena sebut  bkn dlm prosiding mahkamah oleh individu yg diragui kredibiliti laju pulak diorg siasat sampai mael lambung pun sokong
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 12:35 PM | Show all posts
hasil dari luar negara, takkan ko tak tahu mesti ada komisyen punya, dari awal benda ni wujud, mesti sudah tahu, dekat mana lagi ada benda ni? India? Sri Lanka? Bangladesh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2022 12:36 PM | Show all posts
terkejut mak.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
“Sebagai Menteri Luar, saya berjumpa dengan ramai orang. Seingat saya, tidak pernah jumpa David Tan atau menerima sebarang wang daripadanya mahupun UKSB."

tu yg ko tak ingat lettew atok, sendiri mengaku jumpa ramai orang sampai ko pon tatau sape
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 20-6-2022 12:30 PM
Hahaha....itu lain....tp klau nama hakim yg kena sebut  bkn dlm prosiding mahkamah oleh individu y ...

Ni lah jadinya kalo kjaan corrupt to the core..akn lakukan apa saja smpai judical system pun dorg kacau utk nak lepaskan diri..apa2 hal boleh blame dap
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 01:11 PM | Show all posts
sikit sangat kot sbb tu lupaaa.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 01:20 PM | Show all posts
sampai la ni tak percaya SPRM sejak bos dia kata adik dia main saham guna nama dia. hahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.856286 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list