View: 650|Reply: 1
|
Lelaki Berat 463Kg, Tak Boleh Gerak, Tak Pernah Mandi Selama 4 Tahun- 'Duduk, Tengok TV, Makan'
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki pernah menjadi tular kerana memiliki berat badan melebihi 463 kilogram (kg) merupakan individu terberat di dunia.
Baru-baru ini, Kenneth Brumley, 40 kembali viral semula apabila sebuah stesen televisyen menyiarkan dokumentari mengenai dirinya.
Bapa kepada empat orang anak yang menetap di Texas, Amerika Syarikat ini kelihatan terbaring di atas lantai rumahnya ketika beberapa anggota bomba sedang membantunya yang tidak mampu bangun dan bergerak sendiri.
Malah, apa yang lebih menyedihkan apabila Kenneth juga tidak berdaya menguruskan diri sendiri dan tak dapat membersihkan dirinya selama empat tahun.
Foto: Daily Star
Aktiviti hariannya hanya makan, tonton TV dan duduk.
Menurut pasukan penyelamat, mereka menyatakan bahawa seluruh rumah Kenneth dikatakan mempunyai bau yang kurang menyenangkan.
Demikian kerana saiznya yang besar, Kenneth tidak muat untuk melalui pintu di rumahnya sehingga menyebabkan pasukan penyelamat terpaksa memecahkan dinding dan mengusungnya ke hospital berdekatan.
Lebih menjadi sukar apabila difahamkan, mereka mengangkatnya dengan penuh berhati-hati bimbang akan kemungkinan menyebabkan lelaki itu mengalami serangan jantung jika tersalah langkah.
Menurut laporan, sepanjang penjagaan di hospital, Kenneth dikatakan mengambil kira-kira 30,000 kalori setiap hari di mana jumlah tersebut sama seperti kandungan yang diambil orang biasa sepanjang dua minggu.
Setelah mendapatkan rawatan selama 356 hari, Kenneth dibenarkan pulang.
Tiada perkembangan terkini tentang status kesihatannya dan jika Kenneth masih hidup, usianya sudah mencecah 54 tahun. -CARI
Sumber: mStar/Daily Star |
|
|
|
|
|
|
|
tibi kokesen pon pandai asteruk..sooo????
motip nak buat artikel about a documentary yang pernah keluar 14 years ago!! bukan ade update terbaru pon..
Sampah betul la.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|