CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1290|Reply: 6

Kematian Faziani Pengasas Dnars: Polis Kelantan Serah Kepada Wisma Putra Dan Interpol

[Copy link]
Post time 20-6-2022 03:54 PM | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU - Polis Kelantan menyerahkan isu berkaitan kematian pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Allahyarhamah Faziani Rohban Ahmad kepada Kementerian Luar (Wisma Putra) dan Polis Antarabangsa (Interpol).


Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya tidak membuka kertas siasatan sebaliknya mengambil keterangan terhadap individu terlibat sebagaimana laporan yang dibuat oleh pengadu.


"Dia (pengadu) buat laporan, jadi kita akan ambil keterangan kerana hendak tahu apa sebenarnya berlaku kerana laporan itu terlalu umum.


"Bagaimanapun untuk siasatan apa yang dipertikaikan, masalah semasa kejadian dan apa yang berlaku kita akan rujuk (hantar) pada Wisma Putra dan Interpol," katanya ketika sidang media selepas merasmikan perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Isnin.


Foto: Sinar Harian




Muhamad Zaki berharap, pihaknya diberikan ruang untuk meneliti satu persatu laporan yang diterima bagi memberi keadilan kepada semua.


"Keadilan ini mesti mempunyai fakta yang tepat dan polis tidak mahu masyarakat membuat andaian sendiri.


"Ini bukan siasatan kes kematian tetapi siasatan berkait laporan yang dibuat sama ada ia benar atau tidak.


"Hal kematian dan kemalangan itu sudah disiasat di sana (Thailand) dan perkara tersebut telah lama berlaku," katanya.


Beliau menjelaskan, dalam siasatan dalaman dilakukan, pihaknya akan meneliti individu yang disebutkan dalam laporan polis sekiranya ia boleh membantu siasatan.


"Siasatan tersebut terarah kepada apa yang didakwa oleh pengadu.


"Kejadian ini berlaku sekian lama mungkin berdasarkan percakapan saudara mara, rakan-rakan menyebabkan ia menimbulkan curiga," katanya.


Katanya, jika ada kebenaran polis akan rujuk pihak berkuasa negara jiran untuk siasatan lebih lanjut.


Sinar Harian pada Khamis melaporkan ahli keluarga kepada pengasas produk kecantikan Dnars Skincare tampil membuat laporan polis bagi menuntut siasatan lebih lanjut dilakukan berhubung kematian Allahyarhamah Faziani. -CARI


Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2022 04:04 PM | Show all posts
memang masa mula2 baca kes ni dulu, ada bau2 ikan paus gituhh.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 04:16 PM | Show all posts
semoga di permudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mengantuk masa memandu mmg tak kena apa2 kan walaupun penumpang ninggal eh?
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 04:57 PM | Show all posts
mmg smell ikan dari dulu...

apa cer bekas bapak tiri tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2022 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox: memang masa mula2 baca kes ni  ...

Alamak apa kes.. x tau pun.. ingat mmg kemalangan betol2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 1.347332 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list