CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 959|Reply: 5

[Tempatan] Tiada bukti | Bapa bersyukur Samirah Muzaffar telah dibebaskan bersama anak.

[Copy link]
Post time 21-6-2022 05:59 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 21-6-2022 06:07 PM

Kuala Lumpur: "Alhamdulillah, inilah berita yang kita tunggu-tunggu selama empat tahun. Ia berita yang amat menggembirakan," kata Dr Chandra Muzaffar, bapa kepada Samirah Muzaffar yang dilepas serta dibebaskan daripada pertuduhan membunuh suaminya empat tahun lalu oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini.

Menurutnya, keputusan mahkamah itu jelas menunjukkan anak dan cucunya tidak terbabit dengan tuduhan membunuh bekas menantunya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Allahyarham Nazrin Hassan.

"Inilah satu bukti yang jelas tentang kemenangan, kebenaran kerana kita tahu inilah kebenarannya dan kita tidak meragui langsung tentang apa yang sebenarnya berlaku kerana kita kenal baik arwah Nazrin.

"Kita tahu bahawa hubungannya dengan anak saya (Samirah) dan anak-anak yang lain begitu mesra, begitu rapat dan akrab. Bila tuduhan itu dibuat, kami semua terkejut dengan tuduhan yang dibuat beberapa minggu selepas arwah dikebumikan.

"Kita semua maklum peristiwa ini berlaku pada Jun 2018 tetapi tuduhan seperti bunuh ini timbul sekitar Oktober (2018). Cerita ini tiba-tiba timbul, walhal tiada bukti langsung seperti mana dibuktikan dalam mahkamah, tiada bukti langsung," katanya.

Beliau berkata, tuduhan berkenaan menimbulkan kesengsaraan yang besar kepada mereka sekeluarga serta sahabat dan selama empat tahun, mereka terpaksa menanggung bebanan dan penderitaan.

Katanya, selama empat tahun juga Samirah tidak bekerja manakala dua cucunya pula dibebani dengan tuduhan membunuh pada usia yang masih terlalu muda.

"Alhamdulillah selepas empat tahun, keputusan mahkamah hari ini membuktikan mereka tidak terbabit dengan tuduhan itu.

"Samirah mungkin dapat bekerja semula, begitu juga cucu-cucu saya, seorang kini di peringkat pra universiti dan seorang lagi bersekolah.

"Sekarang mereka dapat menumpukan perhatian sepenuhnya dalam pelajaran kerana mereka pelajar yang bagus tanpa dibebani lagi dengan tuduhan yang amat berat itu.

"Saya harap selepas ini Samirah dan dua cucu dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik, lebih tenang dan dapat menyumbang bakti kepada masyarakat, insya-Allah," katanya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan Samirah, 47, bersama dua anaknya dilepas serta dibebaskan daripada pertuduhan membunuh Allahyarham Nazrin pada 2018.

Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman menetapkan keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Samirah yang juga balu Allahyarham Nazrin dan dua anaknya berusia 16 serta 19 tahun.

https://www.hmetro.com.my/utama/2022/06/854065/chandra-muzaffar-bersyukur-anak-dua-cucu-bebas-tuduhan-bunuh


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2022 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm...dh agak dh pun
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tebang ke hidup acik2 oi?

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 06:54 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 06:55 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 21-6-2022 06:19 PM
Boleh tebang ke hidup acik2 oi?

tebang ke, tenang?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti keluarlah teori2 domino acik2 bwg hangit berspekuan khuenz CSI pun kalah….

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.074362 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list