CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 801|Reply: 14

[Tempatan] 10,000 tak hadir ambil SPM bukan perkara baharu, kata Radzi

[Copy link]
Post time 21-6-2022 09:11 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Isu ketidakhadiran calon bukanlah suatu isu baharu malah angka sekitar 10,000 calon tidak hadir pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu, adalah lebih kurang sama dengan angka dicatatkan, pada tahun-tahun sebelumnya.

Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin, berkata justeru, pihaknya akan melaksanakan satu pascanilai menyeluruh berkaitan isu ketidakhadiran calon peperiksaan SPM.

Walaupun beberapa faktor menyumbang kepada keputusan calon tidak menduduki peperiksaan tersebut telah dikenal pasti sebelumnya, Radzi berkata, pihaknya akan menjalankan satu analisis untuk mengenal pasti pendekatan menyeluruh dalam memastikan perkara ini tidak berlarutan.

“Kami sedang teliti keputusan yang baru kita umumkan (SPM 2021). Kita sedang melihat apakah kekangan dan cabaran baharu yang dihadapi dalam konteks ketidakhadiran calon dalam SPM. Secara keseluruhannya, sebelum ini pun berlaku calon tidak hadir dan memilih untuk terus tidak duduki peperiksaan itu.

“Perkara ini yang kami akan lihat secara lebih menyeluruh. Ia tidak boleh kita lihat secara ‘peacemeal’ kerana perkara ini dah berlarutan sekian lama,” katanya dalam sidang media Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-66 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Perasmian JENDELA DBP.

Menurut laporan Bernama, Radzi berkata, usaha kementeriannya dalam menerapkan konsep ‘Sekolahku Sejahtera’ untuk memupuk minat pelajar kepada sistem persekolahan boleh dilihat sebagai langkah yang boleh diambil untuk menangani masalah tersebut.

“Antara perkara kita tekankan dalam Sekolahku Sejahtera antaranya adalah untuk mewujudkan suasana sekolah yang cukup seronok untuk (pelajar) hadir, kita tidak perlu paksa mereka dan mereka sendiri merasakan sekolah itu tempat mereka.

“Kalau kita tidak tangani secara menyeluruh dan cerakinkan satu persatu, kita tidak dapat mencari pendekatan atau mekasnime yang sesuai (untuk menyelesaikan masalah itu),” katanya.

Sementara itu, apabila ditanya adakah terdapat kemungkinan pelajar sekolah kini lebih minat untuk bekerja dan tidak menumpukan perhatian kepada persekolahan, Radzi berkata, beliau sendiri pernah menemui ibu bapa kepada pelajar yang tidak memasuki sistem persekolahan kerana sudah selesa bekerja.

Oleh itu, beliau berkata, kesedaran bahawa sekolah adalah komponen penting dalam pembangunan anak muda perlu dihayati oleh semua termasuk ibu bapa.

“Murid, ibu-bapa, guru-guru dan masyarakat secara bersama perlu bekerjasama bagi memastikan anak kita terus bersekolah,” katanya.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/06/21/10000-tak-hadir-ambil-spm-bukan-perkara-baharu-kata-radzi/



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2022 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi 2021 hada 24k calon bang. Bertambah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman i spm dedulu ada classmates yg tak ambil sbb parents tak mampu byr yuran periksa.  Tak tau if now still ada yuran periksa ke tak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar betik puluh2 K tak hadir ambik exam SPM. Ingat kan mana2 yang tak datang tu cikgu yang kena panggil kat rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu pencen awal terpaksa menipu tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 21-6-2022 03:34 PM
Samerosie replied at 21-6-2022 01:27 PM
Zaman i spm dedulu ada classmates yg tak ambil sbb parents tak mampu byr yuran periksa.  Tak tau if  ...


Takda dah kak. Gomen tanggung semua. Sebab tu aiol rajin bising jika budak2 malas blaja. If ambik 9 subjek, around RM 100++ yuran SPM gomen tanggung...Aiol SU SPM sekolah so tiap tahun nampak la berapa banyak duit kerajaan terbuang dek menanggung yuran peperiksaan anak2 bangsa negara ini. Menda free ni rakyat kita belum reti appreciate.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2022 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 21-6-2022 02:11 PM
Biar betik puluh2 K tak hadir ambik exam SPM. Ingat kan mana2 yang tak datang tu cikgu yang kena pan ...

Sekolah biasanya kejar budak2 cicir ni. Tapi kalau dah hari exam meka sendiri decided untuk tak hadir, itu pilihan meka dan mak bapak meka yang biarkan perkara seumpama begini terjadi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Dgn perangai bangsat menteri2 dan politician..dgn mak bapak skrg yg x kisah pembelajaran anak..x mustahil msia in 20 yrs time will be back mcm zmn b4 merdeka...adoi..bangkitlah org melayu. Jgn fikir nak seronok dan hiburan je..nak berubah kn ada ilmu..ilmu blh dpt dr sekolah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2022 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 21-6-2022 11:27 PM
Takda dah kak. Gomen tanggung semua. Sebab tu aiol rajin bising jika budak2 malas blaja. If ambik  ...

Oh thank you for the clarification teacher.   Sangat bertuah bebudak zaman sekarang.  During my time kena bayar chuols, dalam 200+ ingat2 lupa and that amount of money to some parents memang cannot afford esp if anak2 srp and spm tahun yg sama.  Drama2 pukuk 7 zaman dulu selalu anak2 lari dr rumah sbb malu tak boleh byr yuran
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 07:57 AM | Show all posts
jadi penyelesaian KPM nanti tak lain tak bukan adalah tambah kandungan syllabus, tambah tugas guru dan tambah dokumentasi
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 08:18 AM | Show all posts
isu ketidakhadiran calon ni bukan masalah pelajar tak datang sekolah dan ambil peperiksaan, tapi masalah lain. Pelajar datang sekolah. Tapi depa detect tak hadir. Boleh tengok kat laman FB ada yang dah mengamuk. Lepasan SPM ni dah hampir tamat tempoh untuk isi borang U. Depa tak dapat selesaikan isu status T(tak hadir) para pelajar. Silap2 student/waris saman .

Punca? Sistem bermasalah? Pelajar diberi kebebasan untuk ambil SPM sesi dua haritu di mana-mana pusat sama ada pusat asal atau pusat terdekat dengan pelajar? Banyak sekolah terkena masalah ni. Bila suruh buat semakan semula, result akan keluar 2 minggu ke sebulan..camno??? Bukti kehadiran fizikal sekolah ada ambil..tu yg kantoi tu ...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 08:22 AM | Show all posts
bukan perkara baru? sepatutnya kamu menteri kena ada plan utk yg gagal hadir spm. kenapa takde mekanism utk mencegahnya wahai jidin?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 09:56 AM | Show all posts
abas8888 replied at 22-6-2022 08:18 AM
isu ketidakhadiran calon ni bukan masalah pelajar tak datang sekolah dan ambil peperiksaan, tapi mas ...

kalau baca dalam artikel, isu ramai yang tak hadir ni dah bertahun-tahun... bukan baru. .. tak tahulah masalah tak hadir yang dah bertahun-tahun ini sebenarnya cuma masalah teknikal spt dlm tulisan anda.. cuma kalau itu masalahnya itu dah tunjuk pengurusan hauk

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 21-6-2022 11:34 PM
Oh thank you for the clarification teacher.   Sangat bertuah bebudak zaman sekarang.  During my ti ...

Zaman aiol pun still kena bayar.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 12:23 PM | Show all posts
abas8888 replied at 22-6-2022 08:18 AM
isu ketidakhadiran calon ni bukan masalah pelajar tak datang sekolah dan ambil peperiksaan, tapi mas ...

haru biru jadinya... mcm mana la x kena kecam
kalau yang real mmg x hadir tu lain kes la kan.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.742296 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list