|
Dengan ekonomi yang semakin teruk, ramai manusia semakin terdesak untuk mencari wang bagi mengisi perut mereka.
kredit foto: Instagram
Baru-baru ini, di Indonesia, seorang warga emas ditahan polis selepas mengguna duit mainan untuk membeli ayam di sebuah pasar.
Pada asalnya, suspek memberitahu bahawa duit mainan yang digunakannya itu diberi majikannya sebagai upah kerja.
Difahamkan, suspek itu berbohong dan duit mainan berkenaan bukanlah pemberian majikannya seperti didakwa suspek.
Selepas disoal siasat, dia akhirnya mengaku bahawa duit mainan itu bukanlah upah seperti didakwa, sebaliknya hanya rekaan semata-mata.
kredit foto: Instagram
Melihat komen di video berkenaan, ramai netizen bersimpati dengan warga emas itu tetapi ada juga mengatakan bahawa dia dipaksa anggota polis untuk mengaku kesalahannya. - CARI
|
|