CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 428|Reply: 4

[Tempatan] Jangan malu lapor polis

[Copy link]
Post time 22-6-2022 08:23 PM | Show all posts |Read mode
Jangan malu lapor polis


GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Mereka yang menjadi mangsa penipuan diminta jangan malu untuk tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yahaya Othman berkata, kadangkala mangsa penipuan malu untuk tampil membuat laporan polis kerana terdiri daripada golongan profesional.

Menurutnya, jangan malu untuk tampil membuat laporan polis supaya pihaknya dapat memberi perhatian terhadap kes itu dan ciri-ciri penipuan terbabit supaya dapat membuat pencegahan.

"Sesi town hall ini adalah kali kedua dibuat, sebelum ini diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan akan diperluaskan ke daerah lain.

"Tujuannya untuk memberi penerangan dan menyebar mengenai penipuan yang kerap terjadi membabitkan kerugian ribuan dan jutaan ringgit," katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi Town Hall berhubung isu online scammer oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) 2, Kepong, di sini, hari ini.

Yahaya berkata, diharapkan dengan penerangan ini masyarakat akan lebih celik mengenai taktik penipuan kerana lebih mencegah daripada terkena.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-malu-lapor-polis

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2022 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang le...
No akaun keldai punya..
Makcik.iols.kena..nama empunua akaun tu cm orang borneo..ada 2 3 akaun..
Polis ckp nak.amek.maklumat saja..
Mmg.mustahil nak dpt.duit balik...hoohoo
Bertabahlah kita kalau kena tipoo
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sembang jela ko polis. Ini mcm kalau ada accident kndraan buat la report polis. Biar polis yg buat keputusan. Last2 mcm bodoh je kputusan polis
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 22-6-2022 08:42 PM

Dah orang2 atas dibayar jota2.
Apakah ertinya ini?


Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang bukan malu. Orang malas... Sbab report pun bukan jadi apa.polis ramai pemalas, kes vip, artis baru siasat betul2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.384385 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list