CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2852|Reply: 34

[Dunia] Kemaruk nak kawin dengan pelarian Ukraine, lelaki nekad tinggalkan keluarga

[Copy link]
Post time 9-7-2022 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 9-7-2022 03:52 PM

LONDON: Seorang lelaki yang sebelum ini menerima kecaman hebat kerana sanggup meninggalkan isteri dan anak-anaknya demi menjalin hubungan cinta dengan pelarian Ukraine kini mengumumkan dia mahu berkahwin dengan wanita itu.

Tony Garnett memberitahu, dia sudah bersedia mendirikan rumah tangga dengan pelarian Ukraine, Sofiia Karkadym, 22, dan memulakan keluarga baharu.




Namun, impian itu mungkin sukar dicapai atau mustahil apabila Garnett sebelum ini sudah menjalani pembedahan vasektomi selepas mempunyai dua anak dengan bekas isterinya.

“Saya ingin melamar wanita cantik ini segera dan kami sudah bersedia memulakan keluarga baharu,” kata Garnett seperti yang dilaporkan Daily Mail.

Dalam pada itu, Karkadym berharap prosedur vasektomi yang pernah dilakukan Garnett dapat diubah kembali bagi membolehkan mereka memiliki cahaya mata selepas berkahwin.

Garnett, 29, sebelum ini dikecam selepas meninggalkan isterinya yang dikahwini selama 10 tahun untuk bersama dengan Karkadym yang datang ke Britain sebagai pelarian Ukraine susulan peperangan yang berlaku.

Garnett membuat keputusan untuk bersama wanita tersebut selepas 10 hari Karkadym tiba di Britain.

Kini, pasangan kekasih itu sudah berkenalan selama dua bulan dan merancang untuk melawat keluarga Karkadym di Ukraine untuk meminang wanita tersebut.

Garnett mengakui dia dan Karkadym masih menerima kecaman daripada banyak pihak yang melabelkan mereka sebagai pentingkan diri dan lupa daratan.

Namun, pasangan itu enggan memikirkannya dan meneruskan hubungan seperti biasa.

“Perpisahan dalam hubungan adalah perkara biasa, jatuh cinta dengan orang lain juga perkara biasa, kenapa perlu diperbesarkan? Soalnya.

https://www.utusan.com.my/luar-negara/2022/07/tinggalkan-isteri-mahu-kahwin-dengan-pelarian-ukraine/






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2022 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm gigi jongos heols tu.


Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko biar btol derkem @Kemaruk?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 12:23 PM | Show all posts
Perpisahan dalam hubungan adalah perkara biasa, jatuh cinta dengan orang lain juga perkara biasa, kenapa perlu diperbesarkan?
Betul. Perlu ka sampai kena bincang dalam forum cari. Berapa markah nak kasi?

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 12:48 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 12:58 PM | Show all posts
Ex dia gundu kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2022 01:09 PM | Show all posts
Mana2 kalau dah nama pelarian pasti nak cari pasangan orang local agar tak kena tendang keluar dari negara tu.  Moga tindakannya tu betul dah tak kena tinggal nanti nak rujuk balik dengan bini anak dah susah nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 10:05 PM | Show all posts
apa rupa bini dia yg ditinggalkan tuh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2022 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh dorang dah nak kawen ya aritu penah masuk dah kisah dorang ni kat porem.
Pompuan pelarian tu mcm salahkan si isteri plak padahal ko tu baru duk 10 hari umah orang dah merembat laki orang tu.
Seperti menolong anjing  pastu anjing tu kekoh kau pulak. Lupa la peribahasa tu tapi camtu la lebih kurang.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Umpama friska 1 bln jd pati dh caras laki org jusa c-
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Senang2 je tinggal bini lepas kenal org baru 10hari..aiyohhh..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 9-7-2022 02:05 PM
apa rupa bini dia yg ditinggalkan tuh?

Lebih kurang ja macam skandal dia tapi versi muda. Cer google.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
ezacbee replied at 9-7-2022 04:58 AM
Ex dia gundu kot

Tak la. Herlok ja.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
dia baru jumpa cinta sejati kot...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 11:51 AM | Show all posts
jgn lupa bayar nafkah anak kalo dh kahwin baru. btw dorang ni x bole berpoligami ke? mmg kena cerai juga ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Esok lusa  bakal binik Ukraine ni sama naik and kepam macam ex dia jugak.

Walopun dua² putih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2022 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Vavi la..baru kenal 10 hari , jumpa soulmate konon

6 bln pertama kentut pun wangi lagi

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau baca kisah ni..dia bagi tumpang pompuan ni..pastu pompuan ni mmg miang..dgn laki org tu dia kemain menggarik..dgn wife org tu dia wat bodo je

Jgn la main bawak masuk org berlainan jantina yg x dikenali menumpang dlm rumah sendiri. Jangan. Refugee yg keluarga dgn anak2 kecik xpela juga
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 12:20 PM | Show all posts
baca tajuk ingatkan bang kem @kemaruk yg nk kahwin ngan pelarian ukraine
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 12:23 PM | Show all posts
mojarean_X replied at 10-7-2022 12:20 PM
baca tajuk ingatkan bang kem @kemaruk yg nk kahwin ngan pelarian ukraine

tu la

bangkem pon ingat camtu mula2
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.199856 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list