View: 1360|Reply: 10
|
[Tempatan]
Warga asing bergaduh: Seorang maut, 2 parah dalam pergaduhan di jalanan
[Copy link]
|
|
Seorang maut, 2 parah dalam pergaduhan di jalanan
https://www.bharian.com.my/berit ... rgaduhan-di-jalanan
Oleh Nor Azizah Mokhtar - Julai 20, 2022 @ 12:01am
[email protected]

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga asing ditemui mati, manakala dua lagi lelaki warga asing cedera parah selepas dipercayai terbabit dalam satu pergaduhan di Jalan Tun H S Lee di sini, petang tadi.
Ketiga-tiga mangsa berusia antara 30 hingga 40 tahun ditemui dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri oleh anggota polis sebaik menerima laporan kejadian pada jam 2.26 petang.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata pemeriksaan mendapati salah seorang mangsa sudah meninggal dunia, manakala dua lagi mangsa cedera di beberapa bahagian badan.
"Mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan dan siasatan awal mendapati kecederaan kesemua mangsa dipercayai akibat tikaman senjata tajam.
"Hasil pemeriksaan, polis menemui satu senjata tajam dalam jarak 50 meter daripada tempat mangsa terbaring. Siasatan lanjut oleh pihak forensik sedang dijalankan untuk memastikan sama ada senjata terbabit digunakan dalam kejadian ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tambah Noor Dellhan, seorang lelaki warga asing yang dipercayai ada kaitan dengan kejadian itu berjaya ditahan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, kira-kira jam 5 petang tadi.
"Suspek yang berusia 52 tahun ditahan bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan akan direman esok.
"Dalam pada itu, pihak BSJ IPD Dang Wangi kini sedang giat mengesan dan mengenal pasti suspek utama kes ini. Motif serta punca sebenar kejadian masih dalam siasatan pihak polis," katanya.
Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini untuk tampil membantu siastaan polis dengan menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau otline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan.
|
|
|
|
|
|
|
|
masuk sepital...rawat smpai ok
keluar masuk penjara blanje mkn
g mahkamah naik turun naik turun
satu sedara pun x dtg lawat sbb warga asing.....kita suka sgt bela dorang nie |
|
|
|
|
|
|
|
tah benda la digaduhkan tu
|
|
|
|
|
|
|
|
HS Lee dan kwsn sekitar tu dah x rupa Msia dah...penuh dgn warga asing...time lunch xde la nak kluar ke area situ lagi..dgn ludah kahak sireh la.. |
|
|
|
|
|
|
|
apa bangsa yg bergaduh ni |
|
|
|
|
|
|
|
imanjannah replied at 21-7-2022 07:55 AM
apa bangsa yg bergaduh ni
Rasa bangla. Kan dah dekat2 central market area belakang kotaraya little bangla tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang asing ni India. Gado bertetak bagai waktu hujan2 lak tu. Yg kena tetak kat kepala maut. Yg cedera putus tangan. Katanya mabok. Member cerita. Jadi kat area central market. Masalah.. Masalah.. Dahla kat kawasan pelancong. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sehirkedi at 21-7-2022 11:12 AM
Kawasan sekitar banyak orang mabok. Pastu kacau orang. Kedai jual arak bersepah. Dah mabok pastu dok baring melata merata2 macam tunggu kena pijak. Malu je kat pelancong tengok. Pastu orang asing yg minum dah mabok pi kacau orang. Ada yg kena belasah kaw2. Memang mendapatlah. |
|
|
|
|
|
|
|
Mampus semua la senang
Buang duit je nak rawat2 |
|
|
|
|
|
|
|
Tuan2,Puan2...Selamat datang..ke keluarga Msia kita,1Msia,1dunia....'Malaysia Boleh'...yey!...yey!... |
|
|
|
|
|
|
|
mesti gaduh sebab ejek nama bapa masing2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|