CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 500|Reply: 0

[Politik] Edisi Kupas Bawang: Benarkah PTPN sudah jadi alat politik?

[Copy link]
Post time 21-7-2022 01:56 PM | Show all posts |Read mode
Kita semua tahu dan kenal Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) . Kita juga kenal bekas orang-orang kuat PTPTN yang nampak tergugat benar dengan apa yang diperkatakan oleh Datuk Wan Saiful Wan Jan, bekas Pengerusi PTPTN baru-baru ini.

Bermula dengan Ketua Pemuda UMNO (15 Julai 2022) dan kemudian bekas ahli lembaga pengarahnya, Tan Sri Johan Jaaffar (15 Julai 2022).

Kenapa bersungguh benar gaya mereka menyerang Wan Saiful.? Kenapa suka benar ‘mengusik’ PTPTN?

Rupanya tidak lain dan tidak bukan kerana kerusi Pengerusi PTPTN kosong sejak 17 Jun 2022 dan telah genap sebulan. Selesai persoalan pertama.

Persoalan kedua, adakah berbaloi UMNO nak rebut jawatan Pengerusi PTPTN yang sepatutnya disandang oleh Bersatu?

Berbaloi tuan-tuan. Ini cerita dia.

Sejak kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pentadbiran negara pada Mac 2020 dan implementasi polisi baharu oleh Wan Saiful bersama ‘political will’ kerajaan pada masa itu, PTPTN mencatatkan 433,722 peminjam membayar balik pinjaman mereka dengan nilai RM 1.9 billion.

Hanya pada tempoh singkat 1 November 2021 hingga 30 April 2022. Mereka ini tidak perlu diugut untuk disenarai hitam oleh Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dan imigresen pun macam zaman UMNO dulu.

RM1.9 bilion hanya dalam enam bulan. Berbaloi tak nak berebut kerusi tu tuan-tuan?

Cuma persoalan wajar untuk tuan-tuan tanya kepada Ketua Pemuda UMNO Asyraf Wajdi Dusuki dan Johan. Betul ke PTPTN zaman UMNO dulu model operasinya adalah pinjam daripada pasaran modal atau pasaran kewangan (bank dan sebagainya) dengan ‘interest rate’ tertentu dan dipinjamkan pula kepada mahasiswa/peminjam dengan ‘interest rate’ lebih tinggi?

Adakah Asyraf dan Johan setuju dengan model operasi ini nak dekat sama dengan Ah Long – untung atas angin.

Kalau orang tak mampu bayar akibat tekanan ekonomi teruk masa itu, mereka disenaraihitamkan dan dikenakan sekatan perjalanan ‘travel ban’ .

Soalan kedua untuk Asyraf dan Johan. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak share ke dengan korang berdua pasal kuota seat Pengerusi PTPTN tu untuk Bersatu macam apa dimaktubkan dalam perjanjian hari itu?

Benda sepenting ini takkan lah korang tak bincang dulu dalam group whatsapp?

Atau Pemuda UMNO a.k.a whistleblower PWTC ni gigih serang Wan Saiful dan PTPTN sebab nak alih isu perjanjian tu?

Atau isu Presiden UMNO yang masih tak selesai kes mahkamah? Atau pergolakan dalaman UMNO menjelang pemilihan tak lama lagi dah?

Apa pun, macam Datuk Dr Marzuki Mohamad sebut, orang Bersatu ini tawaduk sifatnya. Takda jawatan pun takda masalah. Kerja kita tetap buat.

Rakyat tetap kita jaga. Kita tak bising bila tak ada jawatan dan tak jadi whistleblower hanya untuk dapat perhatian dan jawatan.

*Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

https://www.agendadaily.com/rencana/betul-kah-ptptn-jadi-alat-politik-apa-asyraf-johan-tahu/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.037900 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list