View: 592|Reply: 5
|
[Tempatan]
DUN Sabah tolak bahas isu tuntutan Sulu,... sis Dua Chzy tersenyum sinis hehehe
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 21-7-2022 06:01 PM
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal sekali lagi dalam usahanya untuk membawa usul membahaskan isu tuntutan waris Kesultanan Sulu.
Usul tersebut yang dibawa sekali lagi ditolak Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya yang menjelaskan penolakan itu dibuat mengikut peraturan tetap 23 A (23) mana-mana usul yang ditolak di bawah perenggan satu tidak boleh dikemukakan dan tidak boleh dibacakan dalam majlis mesyuarat.
“Maka permohonan (membahaskan semula) usul itu telah saya tolak dan saya telah sampaikan kepada yang berhormat (Shafie),” katanya dipetik laporan Astro Awani semasa Sidang DUN Sabah hari ini.
Terdahulu semula memulakan sesi pertanyaan-pertanyaan untuk jawapan lisan Aturan Urusan Mesyuarat Penggal Ketiga DUN Sabah ke-16, Shafie yang juga ADUN Senallang bangun dengan membawa peraturan tetap (standing order) 31.
Beliau yang juga Presiden Parti Warisan itu memaklumkan sudah menghantar permohonan semula meminta izin majlis membincang dan membahaskan mengenai keselamatan Sabah terhadap ancaman waris Kesultanan Sulu.
“Permohonan semula ini adalah untuk meminta izin membahaskan mengenai keselamatan bukan Sabah dan bukan mengenai Azerbaijan dan Mahkamah di Sepanyol tetap tentang keselamatan serta ancaman perkara ini kepada Sabah.
“Isu ini penting berkaitan nyawa. Jangan nanti berlaku kejadian di bumi Sabah (keselamatan),” katanya.
Pada 12 Julai dilaporkan aset dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan dirampas oleh kumpulan Sulu, yang dikatakan menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia.
Langkah itu yang pertama kali dilaporkan adalah sebahagian daripada tindakan undang-undang yang dikemukakan pada 2017 oleh kumpulan Sulu untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.
Semalam, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata beliau melarang Ahli Parlimen daripada membahaskan isu perundangan merampas aset Malaysia di luar negara oleh pihak mendakwa pewaris kesultanan Sulu, bagi mengelakkan strategi balas Putrajaya terdedah.
Beliau terpaksa menjelaskan keputusannya menolak beberapa usul berkaitan perkara itu diteliti selepas ahli Parlimen pembangkang hari ini menegaskan Speaker telah membuat keputusan yang salah, sehingga mencetuskan kekecohan.
“Mengenai isu sub judice, (Perintah Tetap) 36 (2) menyatakan bahawa tidak boleh disebut apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh mahkamah jika pengerusi mendapati ia merugikan pihak yang terlibat dalam prosiding undang-undang,” katanya
“Apabila kita bercakap tentang perkara Sulu ini, sudah ada perintah ex-parte di mana kita perlu bayar AS$15 bilion (RM66 bilion). Adakah kita mahu berbincang dan semasa perbincangan ini berlaku, kita tidak akan tahu apa yang akan diperkatakan, dan secara tidak sengaja strategi kerajaan terbongkar dan akan ada kritikan terhadap tindakan yang akan diambil oleh kerajaan,” tambahnya.
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/usul-bahas-isu-sulu-dibawa-shafie-sekali-lagi-ditolak-dun-sabah/
|
|
|
|
|
|
|
|
Urang sekarang, belajar la dari kebodohan ummah dulu2 iya.
Bedebah mana yang dulu2 acknowledge the whole Sabah kengkonon milik Sulu ini when in fact meka dan Brunei hanya pernah menjajah bahagian Pantai Timur Sabah?
Itulah. Janji lagi ke bulan ke bintang. Buduh.
Kalau Tun Fuad Stephens dan pemimpin2 Sabah yang nak berangkat pi Malaya bincang pasal perjanjian ntah hapa segala itu tidak mati dalam nahas double 6 tragedi, idok la sedeh sangat kot Sabah sekarang ini. Keturunan sundel pembunuh mureka sampai kotak hitam idok dijumpai kengkunun sampai sekarang itu pun ntah sudah dapat cash ka belom. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 21-7-2022 06:16 PM
Urang sekarang, belajar la dari kebodohan ummah dulu2 iya.
Bedebah mana yang dulu2 acknowledge the ...
soalan...piee..tu bukan ada bau2 suluk jugak ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
Syarikat2 tu dibekukan ka dirampas?
Sapie nak bahas amender? Ada bukti ka sulu ni terlibat dgn lahad datu? Bkn ke deme habaq deme ni takde apa2 terlibat?
Dan menda alah surat2 sumer tu, masih disimpan ke dakk? Jgn jadi mcm batu putih.. tapi kalau diikutkan, lepaih pembentukan mesia, hat lain2 tuh voley tuntut lagi ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 21-7-2022 12:12 PM
soalan...piee..tu bukan ada bau2 suluk jugak ke???
Iya tapi dia tu dah beketurunan2 dok Sabah. Dia kacukan Suluk Bajau. Sebab tu TYT Sabah prefer Pie jadik CM. Orang dia.
Tapi Pie ni better la dari Jiji. Jiji, aiyooooooooooyooooo ammmaaaa apppaaaaaa macam lombu kena cucuk idung ja. |
|
|
|
|
|
|
| |
|