CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 954|Reply: 8

[Politik] Ambang PRU15 : "Top 5” bertemu, tanda pilihan raya sudah dekat

[Copy link]
Post time 29-7-2022 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR – Lima pemimpin teratas UMNO telah berjumpa pada 27 Julai, menandakan Pilihan Raya Umum Ke-15 semakin hampir.

Sinchew Daily melaporkan, pemimpin termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertemu antaranya untuk menentukan masa paling sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum.

Susulan pertemuan yang turut disertai Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan dua Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin itu, seorang sumber memberitahu Sinchew Daily, “pilihan raya tidak akan lebih lewat dari Disember tahun ini.”

Gambar pertemuan “Top 5” UMNO itu telah dikongsikan oleh ketua pemuda parti itu, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan perkongsiannya segera mengundang spekulasi pilihan raya.

Menurut sumber, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan atau RoS dijangka akan mengumumkan untuk menerima hasil Perhimpunan Agung UMNO Khas (PAU Khas) untuk menundakan pemilihan parti kepada dalam tempoh enam bulan selepas pilihan raya umum.

Kata sumber, keadaan itu sekali gus bermakna UMNO tidak lagi perlu melaksanakan apa-apa “Pelan B” yang dikhabarkan sebelum ini.

Perdana Menteri cenderung kepada pilihan raya selepas Bajet 2023, tetapi pemimpin lain cenderung mahu mengadakan pilihan raya sebelum pembentangan Bajet 2023.

“Kedua-dua pihak masih berunding, termasuk kemungkinan mengawalkan pembentangan Bajet kepada September,” kata sumber kepada Sinchew Daily.

Sementara itu, Mohamad Hasan memberitahu akhbar itu, pendirian UMNO untuk membubarkan Parlimen secara secepat mungkin tidak pernah berubah, tetapi tarikhnya hanya boleh dicadangkan Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ditanya sama ada soal pembubaran termasuk tarikhnya dibincangkan antara pemimpin “Top 5” , Mohamad berkata, perkara itu diserah kepada pertimbangan Perdana Menteri yang mempunyai kuasa mencadangkan tarikh kepada Yang di-Pertuan Agong.

Perdana Menteri tidak memberi apa-apa janji mengenai tarikh pilihan raya.

“UMNO pula telah menetapkan pendirian sejak awal iaitu kami mahu segera membubarkan Parlimen,” katanya.

Sementara itu, berhubung kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang kecewa kerana Ismail Sabri tidak melaksanakan persetujuan dengan Perikatan Nasional (PN), sumber berkata, perjanjian itu adalah tidak sah.

Kata sumber, perjanjian itu tidak diterima dan diluluskan oleh Majlis Tertinggi UMNO dan Perdana Menteri justeru tidak perlu menuruti.

Katanya, perjanjian hanya sah jika Perdana Menteri menandatangani sebagai Naib Presiden UMNO dan mendapat pengesahan Majlis Tertinggi.

Hamzah sebelum ini menggesa Ismail Sabri supaya tidak menepis perjanjian yang telah dicapai pada hari pertama PN menyokongnya sebagai Perdana Menteri.

Susulan daripadanya, Asyraf pula menggesa PN supaya tidak mengugut Perdana Menteri demi mendapatkan jawatan Timbalan Perdana Menteri. – MalaysiaGazette

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2022 03:39 PM | Show all posts
dari top 5 ni cuba teka tekok sapa yg masih dalam kes mahkahmah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2022 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mojarean_X at 29-7-2022 03:46 PM
totokreturn. replied at 29-7-2022 03:39 PM
dari top 5 ni cuba teka tekok sapa yg masih dalam kes mahkahmah?


Zahid ada kes, tok mat ari tu khabar angin ckp sdg disiasat, mahdzir saksi pendakwaan kes kak mah. Yg khaled pula so far x de apa2 khabar angin yg melibatkan mahkamah. Mail pula ko ghase???
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
I love tok mat.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 03:50 PM | Show all posts
azwan ali flip hair sajork
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Azmin Ali bottom 5 tersenyum sinis dengan Haziq



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2022 03:53 PM | Show all posts
ajib tak jemput minum skali ke, mentang2 la dia sibuk utk kes 15 ogos ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengah ugut mail ke tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2022 06:07 PM | Show all posts
Bukan Awani, BH atau Hmetro tapi Sinchew daily yang dapat scoop.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:53 PM GMT+8 , Processed in 1.374663 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list