View: 2342|Reply: 10
|
"Apa hal ini...saya tiada kaitan!", Vida serik jadi penaja.
[Copy link]
|
|
Edited by maklukpenggoda at 9-8-2022 07:57 PM
KUALA LUMPUR : Penyanyi dan usahawan kontroversi tanah air, Datuk Seri Vida, 50, berharap netizen dan orang ramai tidak mengaitkan dirinya dengan kes tuntutan hadiah berupa sebidang tanah melibatkan juara program Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Datuk Aishah Ariffin.
Menurut Vida, dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu tersebut kerana ia melibatkan penaja lain dan bukan dirinya.
“Apa pasal ya? Asal Aishah buat tuntutan saja orang cari saya? Apa hal ini? Saya pun jadi hairan. Rasanya ramai sudah keliru ini. Saya tak ada kaitan pun dengan penajaan berupa sebidang tanah semasa menjayakan program GV4 itu.
“Penaja yang terlibat difahamkan merupakan sebuah syarikat peneraju perumahan. Sebelum ini pun, isu antara saya dengan Aishah membabitkan tajaan hadiah barangan kemas. Tetapi, hal itu pun sudah lama selesai.
“Jadi, saya harap, jangan kaitkan dengan saya tentang hadiah tanah itu. Saya tiada kaitan. Jangan menganiaya saya,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.
Selain itu, kata Vida, sehingga kini sukar untuk dia melupakan isu salah faham pemberian hadiah berupa barangan kemas kepada juara GV4 kerana ia menyebabkan perniagaan kedai emasnya terjejas teruk.
“Waktu itu memang terjejas teruk. Bukan tahap jatuh terduduk, tapi terlentang, terguling sebab orang fitnah saya jual barang kemas palsu.
“Untuk saya bangkit kembali, bukan senang. Tapi, saya yakinkan diri untuk bangun semula di sebalik segala yang terjadi,” katanya.
Vida juga mengaku serik untuk menjadi penaja kepada mana-mana program televisyen setelah melalui pelbagai pengalaman pahit sebelum ini.
Kata penyanyi lagu I Am Me ini, dia mahu lebih tenang dalam menjalankan perniagaannya supaya tidak lagi tersilap langkah.
“Memang agak serik. Tengoklah, mana ada saya jadi penaja mana-mana program lagi buat masa ini. Tak nak dah terkena macam dulu.
“Saya ambil masa untuk bertenang. Kalau ada yang datang nak saya taja program selepas ini, saya nak tanya apa manfaat yang kita boleh dapat? Apa jaminan untuk diri dan perniagaan saya boleh naik? Bukan sekadar nak glamor-glamor lagi.
“Mereka nak cari penaja untuk program mereka, tapi kita sebagai penaja tidak dilayan sepatutnya. Seriklah saya,” katanya.
Terdahulu, Aishah yang menjuarai program GV4 pada tahun 2017 mendakwa sehingga masih belum menerima hadiah berupa sebidang tanah lot banglo yang dijanjikan oleh penaja.
Berikutan itu, dia terpaksa membawa perkara tersebut ke mahkamah untuk diselesaikan secara perundangan.
Kemenangan di GV4 juga menyaksikan Aishah membawa pulang wang tunai RM100,000, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Eropah, barangan kemas, baucer membeli-belah bernilai RM6,000 serta piala.
Sumber
|
|
|
|
|
|
|
|
Byk bunyi lah kau vida..dah mmg kau beri brg kemas palsu....menyampah dgn konsep mktg viral ..hrp2 tok guru mickey mouse cpt mampus dr byk ajar org msia jd bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
Play victim pulakk ko |
|
|
|
|
|
|
|
Janji lah lagi..kasi berlian palsu buat malu je. |
|
|
|
|
|
|
|
Mestila serik lps bertemu buku dgn ruas |
|
|
|
|
|
|
|
Siakap senohong gelama ikan duri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Eh eleh macik ni..hotel 6 bintang ko bila nk siap? Aritu kemain gebang hanat nih |
|
|
|
|
|
|
|
asal kaya je tokey produk timbang kilo ni bkk kedai emas..sama la mcm mohd sajad..washing machine ke... |
|
|
|
|
|
|
|
Dsv tngh sibuk tu bercintan balik. Jgn le kome kacau. |
|
|
|
|
|
|
| |
|